Adsense

Isnin, 7 Februari 2011

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Tiz bukan anak emas Khabir Bhatia

Posted:

Tiz bukan anak emas Khabir Bhatia

Tiz bukan anak emas Khabir Bhatia

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF dan ihsan TV3


TIZ Zaqyah tidak mahu lagi dikaitkan dengan kontroversi.


KEHADIRANNYA di persada seni tanah air cukup pantas meraih populariti. ia dikatakan di luar dugaan dan mengalahkan pelakon wanita yang sedia ada.

Memang tidak dapat dinafikan semuanya kerana penangan drama bersiri hebat Nur Kasih yang sebetulnya meledakkan nama Tiz Zaqyah di puncak dalam masa yang singkat.

Namun laluan yang diselusurinya tidak seindah seperti mana yang diharapkannya apabila namanya perlahan-lahan dihimpit kontroversi yang sedikit sebanyak mencalarkan kredibilitinya sebagai seorang pelakon.

Walaupun bukan itu yang dimintanya pada hari pertama dia berikrar untuk bergelar seorang pelakon, namun sebagai seorang artis, Tiz tidak mampu menolak kehendak takdir.

Jika dielak sekalipun tetapi sudah tertulis namanya akan terpalit dengan cerita panas yang sememangnya cukup merimaskan dirinya. Tiz cukup sedar itulah harga yang perlu dibayar oleh seorang artis popular sepertinya.

Terbaru, nama Tiz sekali lagi hangat diperkatakan apabila dikatakan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang anak VVIP dari Terengganu.

Apa yang menguatkan cerita itu apabila ada pihak yang ternampak Tiz dan individu yang dimaksudkan itu menikmati makan malam di sebuah restoran mewah dalam keadaan yang cukup mesra.

Tidak habis cerita itu, timbul pula cerita panas yang cukup mengejutkan apabila Tiz dikatakan tinggal sebumbung dengan pelakon kacak, Remy Ishak.

Saat diajukan persoalan itu kepada Tiz, dia tidak melatah mahupun melenting. Perlahan-lahan dia menghela nafas panjang sambil membetulkan posisinya di atas kerusi sebelum memulakan bicaranya.

"Saya sebenarnya sedih dan penat apabila tidak pernah sudah kisah yang memburuk-burukkan saya sedangkan saya sendiri tidak tahu dari manakah cerita palsu ini semua timbul.

"Dalam hal seperti ini, saya hanya mampu berkata barangkali ia adalah pelanduk dua serupa. Saya enggan memikirkan lagi cerita-cerita seperti ini kerana tiada faedahnya untuk saya berbuat demikian.

"Disebabkan itu, saya lebih selesa untuk bercerita tentang perihal kerjaya saya berbanding kehidupan peribadi kerana tidak mahu orang akan menjadi muak dan jelik mendengarkannya. Jadi, cukup-cukuplah menjaja cerita yang tidak betul tentang diri saya," ujarnya tenang namun tegas sewaktu memberikan penjelasannya.

Tiz berkata demikian sewaktu ditemui usai majlis pelancaran drama bersiri Gemilang di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sensasi

menyambung bicara, disebabkan terlalu banyak kisah palsu yang disensasikan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, pemilik nama penuh Siti Zaqyah Abdul Razak itu lebih selesa untuk mendiamkan diri.

Lebih senang kata Tiz, untuk dia mengambil pendekatan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri daripada terlalu tertekan memikirkan kisah-kisah itu.

"Untuk itu, saya menyibukkan diri saya dengan kerja tanpa perlu mengambil sedikit pun apa yang diperkatakan untuk dimasukkan ke dalam otak saya.

"Seperti mana yang saya katakan sebelum ini, saya hanya mahu bekerja dan memberikan lakonan yang terbaik tanpa mahu dibayangi dengan cerita yang bukan-bukan.

"Biarlah peminat menerima saya kerana bakat dan lakonan saya. Bukannya kerana kisah sensasi yang tidak pernah berkesudahan," ujar Tiz berkali-kali.

Mengalih bicara kepada perkembangan kariernya, Tiz benar-benar bersyukur kerana peminat masih lagi mempercayai bakat lakonannya dan menerima maklum balas serta kritikan daripada peminatnya.

Mana tidaknya. Tiz yang merupakan seorang pengguna tegar Twitter merupakan salah seorang artis yang rajin berkomunikasi dengan peminatnya dan mendapat maklum balas secara spontan daripada mereka.

Memilih

jika dilihat kepada portfolio Tiz sebagai seorang aktres, si jelita berusia 22 tahun ini telah membintangi drama dan drama bersiri yang benar-benar berkualiti dan telah meninggalkan impak yang bukan sedikit.

Selain Nur Kasih, drama bersiri Asmaradana dan beberapa telefilem juga telah berjaya melonjakkan nama Tiz sehingga dinobatkan sebagai Pelakon TV Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun lalu.

Hanya tersenyum, Tiz bersyukur dengan peluang yang diberikannya setakat ini dan kepercayaan setiap penerbit serta pengarah terhadap bakat lakonannya.

Bukan mahu mendabik dada atau menjadi seorang yang bongkak, Tiz memberitahu memang sejak azali dia sudah menjadi seorang yang begitu memilih dalam setiap hasil kerjayanya.

Apa yang dipentingkannya adalah kepuasan dalam berlakon.

Tiz sendiri mengakui, dia seorang yang cukup fokus dalam setiap tawaran yang diterimanya.

Begitu juga dengan skrip dan watak yang ditawarkan.

Tiz memberitahu dia seboleh-bolehnya tidak mahu membawakan watak yang klise sehingga tidak dapat menonjolkan bakat lakonannya yang sebenar.

"Saya tidak boleh berlakon dua hingga tiga projek sekali gus kerana ia akan membuatkan saya tidak fokus dan akan menjejaskan kualiti lakonan saya. Kalau berlakon, biarlah saya komited kepada satu dan kemudiannya baru memilih tawaran yang lain pula.

"Kesan daripada Nur Kasih juga telah membuatkan ramai pihak meletakkan harapan yang tinggi kepada saya. Ingin saya katakan di sini, saya masih baru sebagai seorang pelakon dan banyak yang perlu saya belajar. Perjalanan saya juga masih terlalu jauh dalam bidang ini.

"Tetapi, saya harus akui banyak yang saya belajar sepanjang bergelar pelakon terutama teknik lakonan daripada pengarah-pengarah.

"Itu membuatkan saya rasa saya mungkin bertuah sebagai seorang pelakon baru," jelas Tiz yang baru sahaja membintangi drama 7 Lagu bersama Farid Kamil dan Emelda Rosmila yang diarahkan oleh Kabir Bhatia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tanda aras baru Aizat

Posted:

Tanda aras baru Aizat

Tanda aras baru Aizat

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM


AIZAT menerima kejutan daripada keluarganya apabila mereka membawa kek bagi meraikan hari lahirnya yang ke-22 pada 21 Januari lalu.


MEMANG tidak keterlaluan dikatakan, penyanyi dan komposer muda popular, Aizat merupakan bakat kelahiran Akademi Fantasia (AF) yang paling berjaya setakat ini.

Biarpun tersingkir di minggu ketujuh pada AF musim kelima, nampaknya itu bukan satu halangan buat Aizat untuk meneruskan kesinambungan seninya.

Kejayaan yang dimilikinya hari ini telah berjaya meletakkan Aizat sebagai anak seni generasi baru yang mampu bertahan lama dalam industri.

Bakat besar Aizat tidak hanya terletak kepada kemampuannya menyanyi dengan baik tetapi dia juga cemerlang sebagai komposer dan penulis lirik.

Di awal kemunculannya ketika dia masih memiliki bentuk badan yang comel, dia pernah dikritik hebat oleh sesetengah pihak.

Namun, kini semuanya berubah apabila mereka kini dapat menerima kehadiran Aizat hanya selepas dia mula meraih perhatian yang cukup meluas dan meledak dengan lagu Hanya Kau Yang Mampu.

Lempar apa sahaja kata-kata nista kepada Aizat, namun, sebagai anak muda yang memiliki aspirasi dan cita-cita yang tinggi, itu bukan satu kudis untuknya meneruskan kariernya sebagai seorang artis.

Apabila Aizat mengumumkan mahu menganjurkan konsert mininya sendiri di bawah syarikat milik keluarga, Kasi Gegar Entertainment (KGE), ramai juga yang mencebik dan memandang sinis kepada Aizat.

Kata mereka, Aizat pastinya tidak mempunyai sebarang masalah terutama dari segi kewangan untuk merealisasikan konsertnya sendiri.

Apatah lagi, kata mereka, persembahan Aizat tempoh hari bukanlah persembahan yang berada dalam skala sebuah konsert.

Di sebalik kata-kata sinis itu persembahannya menerusi Urusan Aizat Amdan - Live In Damansara tempoh hari telah membuktikan bahawa pengaruh pemilik nama penuh Muhammad Aizat Amdan itu memang cukup kuat ketika ini.

Sesak Auditorium Bentley di Wisma Bentley, Damansara dengan kehadiran lebih daripada 700 peminat Aizat yang mahu menikmati persembahannya pada malam itu.

Tepat pukul 8.45 malam, Aizat memulakan konsert mininya dengan lagu Years From Now dan diikuti tiga lagu lain iaitu Mana Oh Mana, Senyum dan Erti Hari Ini yang merupakan lagu-lagu ciptaan Aizat bersama abangnya, Anas yang terkandung dalam album keduanya, Urusan Aizat Amdan.

Menariknya, untuk lagu Erti Hari Ini, Aizat telah mengundang tiga orang anak saudaranya iaitu Nur Nadia Roslynna, Nur Arysa Qistina dan Nuris Aqilah untuk mengiringi persembahan.

Aizat tidak perlu berbual panjang di atas pentas kerana muzik dan nyanyiannya sahaja sudah cukup untuk menghubungkan dirinya dengan penonton yang merasai cerita yang ingin disampaikan menerusi setiap lagu-lagunya.

Ditunjangi tujuh pemuzik profesional termasuk abangnya, Anas, selaku pengarah muzik dan diiringi lapan pemain strings telah menjadikan konsert mini Urusan Aizat Amdan - Live In Damansara sebuah persembahan yang menghiburkan.

Meneruskan persembahan, Aizat menyampaikan lagu Fikirlah yang dipetik dari album perdananya, Percubaan Pertama sebelum menyanyikan lagu Susun Silang Kata yang kini menjadi siulan ramai selepas lagu itu dipilih sebagai lagu tema drama bersiri, Tiramisu.

Adalah menjadi satu kesalahan besar seandainya lagu keramat Aizat iaitu Hanya Kau Yang Mampu tidak dinyanyikan dalam mana-mana persembahannya.

Tidak perlu disuruh, para peminatnya termasuk tetamu kehormat iaitu dua diva tersohor negara, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza turut menyanyikan lagu indah itu.

Biarpun lagu seterusnya, Cintai Diriku merupakan lagu yang sedikit asing pada pendengaran penonton, Aizat kagum dengan sesetengah peminatnya yang menghafal dan menyanyi bersamanya menerusi lagu itu.

"Tidak sangka pula ada yang tahu lagu itu. Terima kasih banyak-banyak. Terharu saya apabila melihat anda menyanyi dan menghafal lagu itu,"kata pemuda berusia 22 tahun itu.

Persembahan Aizat pada malam itu juga menyaksikan penampilan bersama penyanyi rap dan hip hop popular, DJ Fuzz menerusi lagu Di Mana Pun Engkau Berada. Lagu itu dimuatkan dalam album terbaru DJ Fuzz berjudul Mixology 3.

Malam yang dingin itu tiba-tiba bertukar hangat apabila Aizat menyampaikan pula karya popular ciptaannya, Lagu Kita dengan penuh emosi. Ternyata penghayatan penyandang gelaran Vokal Lelaki Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-16 (AIM16) ini untuk lagu itu antara yang terbaik pada malam persembahannya.

Sebuah lagi lagu dendangannya yang merupakan pemenang Anugerah Juara Lagu Ke-24 iaitu Pergi juga antara hidangan wajib pada persembahannya yang juga menyaksikan Aizat melontarkan emosinya sepenuh jiwa.

Untuk melengkapkan lagi lagu Sungai Lui, Aizat turut menjemput finalis AF6, Toi bagi mengiringinya untuk lagu yang semakin popular di corong radio itu.

Persembahan Aizat tidak berakhir di situ apabila dia tampil membuat kejutan dengan menyampaikan lagu Perpisahan yang pernah disampaikan sewaktu di AF5.

Seperti mana kecemerlangannya menyampaikan lagu nyanyian asal Anuar Zain itu ketika di AF5, begitu juga bisanya yang masih lagi menyengat ditangan Aizat biarpun sudah empat tahun berlalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.