Adsense

Khamis, 17 Februari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Akim & Stacy Dilantik Jadi Duta Walls Cornetto

Posted: 17 Feb 2011 04:14 PM PST

Akim, Stacy Dilantik Duta 'Cornetto' Perkukuh Hubungan Cinta?

Pada jam 3 petang 17 Februari 2011, Walls Cornetto telah mengadakan satu sidang media Pelancaran Duta Terbarunya dan Kempen Lafazkannya dengan Stail Cornetto.

Maka terjawab sudah teka teki siapakah duta terbaru Walls Cornetto. Kerana sebelum ini Akim dan Stacy pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dan kali ini mereka bertuah dilantik sebagai duta terbaru aiskrim Wall's Cornetto bagi kempen 'Lafazkannya dengan stail Cornetto'.

Pelantikan ini dilihat lebih menguatkan gosip bahawa mereka benar-benar bercinta.

Bagaimanapun kedua-duanya menafikan dakwaan tersebut sebaliknya mengaku hanya akrab sebagai kawan dan hubungan itu profesional sebagai rakan sekerja.

Malah Akim yang dua tahun berturut-turut dipilih sebagai duta aiskrim itu menolak desas-desus kononnya dia yang mencadangkan nama Stacy untuk sama-sama menjadi duta aiskrim itu.

"Saya tidak pernah mencalonkan nama Stacy dan tidak tahu dapat menyambung kontrak buat kali kedua sebagai duta Wall's Cornetto bersama-sama Stacy. Jadi apabila mendapat tahu nama Stacy disebut untuk bergandingan dengan saya, sudah pasti saya gembira kerana kami berkawan baik. Mungkin juga pemilihan kami ini sedikit-sebanyak disebabkan gosip bercinta sebelum ini," kata Akim, pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia muzik ketujuh (AF7).

Pasangan itu ditemui pada majlis sidang media dan pengumuman rasmi pelantikan mereka sebagai duta Wall' Cornetto untuk kempen 'Lafazkannya dengan stail Cornetto'.

Kedua-duanya turut menyampaikan lagu tema kempen tersebut berjudul Jahatnya Cinta gubahan Edry Abdul Halim hasil gabungan lagu Inilah Cinta oleh Akim dan Jahat oleh Stacy yang diberi sentuhan remix baru dan bertenaga.

Sebagai duta produk tersebut, Akim dan Stacy menggalakkan para remaja menyertai peraduan meluah perasaan melalui lagu merdu dan lirik yang kreatif mulai 14 Februari hingga 30 April ini.

Untuk menyertai, layari www.facebook.com/iluvcornetto dan kumpul mata daripada penutup Cornetto untuk membida artis pilihan di samping memenangi hadiah harian dan bulanan seperti iPhone 4, iKaraoke, iPod Shuffle, thumb drive, rantai kunci serta cakera padat istimewa Cornetto.

Para peminat aiskrim Wall's Cornetto perlu membeli aiskrim jenama tersebut dan hantar khidmat pesanan ringkas (SMS) nombor kod yang tertera pada penutup kon minuman itu ke 36322. – via Mstar Online

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Stacy Juara AF6 @ Press Conference Konsert Cornetto Love Sparks
  • Show Your Love, Pass Your Cornetto
  • Peraduan Cornetto Show Your Love – Makan & Menang
  • Sekitar Sidang Media dan Pelancaran Konsert Cornetto Love Sparks
  • Shila Amzah Dilantik Duta Produk Terbaru Safi Balqis Perfect 10
  • Selamat Hari Jadi Ke 20 Akim Ahmad
  • Maya Karin Dilantik Jadi Duta Produk InnerShine Prune Plus
  • Akim dan Juliana Evans Bercinta?
  • Stacy Duta Clinelle Kereta Peugeot 307 Kemalangan
  • Menangi iPad dalam Peraduan Cornetto Show Your Love
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Penganjur Teater Siti Zulaikha Tubuh Kumpulan Baru

    Posted: 17 Feb 2011 03:10 AM PST

    Raja Azri Persoal Penganjur Teater 'Siti Zulaikha'

    Pada jam 8.30 malam 16 Februari 2011, satu sidang media tergempar dibuat secara mengejut oleh Raja Azrey, pengarah teater bangsawan Siti Zulaikha di Pejabat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Tingkat 24, Bangunan MAS, Jalan Sultan Ismail.

    Pengarah teater bangsawan Siti Zulaikha, Raja Azri Kamaruzzaman, 33, mempersoalkan tindakan penganjur teater itu yang dianggap tidak profesional kerana dipercayai menubuhkan sebuah kumpulan baru untuk menggerakkan produksi teater tersebut.

    IMG_0607

    Raja Azri

    Pertubuhan 1Malaysia adalah pihak yang bertanggungjawab menganjurkan teater itu yang akan dipentaskan pada 26 dan 27 Februari depan di Auditorium Taman Budaya Negeri Melaka dengan kerjasama Pertubuhan Teater Klasik Perak dan Pertubuhan Rumpun Seni dan Teater Shah Alam (Resam).

    Azri berkata dia bersama para pelakon yang merupakan kumpulan asal pementasan berkenaan tertanya-tanya sama ada mereka masih lagi diperlukan untuk menjayakan teater itu ataupun pihak produksi memerlukan kumpulan baru yang diwujudkan.

    "Kami ingin tahu apa status kami? Adakah kami akan dihantar ke Melaka atau tidak bagi menjayakan pementasan berkenaan? Kalau tidak, beritahulah kami dengan memberikan surat rasmi dan nyatakan sebab-sebabnya. Dan selesaikanlah bayaran kepada pelakon-pelakon saya kerana kebanyakan mereka mencari rezeki menerusi bidang ini (berlakon). Bayangkan kami sudah membuat latihan selama sebulan dan penganjur seperti tidak mengendahkan kami. Mereka langsung tidak bertanyakan perkembangan latihan teater ini sehinggalah ada khabar angin kononnya penganjur mempunyai kumpulan teater baru."

    Pelakon-pelakon teater Siti Zulaikha tertanya-tanya adakah khidmat lakonan mereka masih lagi diperlukan atau tidak.

    Tambah Azri apa yang merunsingkannya, apabila dia mendapat tahu terdapat sebuah lagi kumpulan produksi yang sedang giat menjalani latihan teater yang sama sehingga 15 ahli daripada kumpulannya itu telah ditarik ke kumpulan baru itu.

    "Saya tak tahu adakah benar kewujudan sebuah lagi kumpulan baru. Tetapi berdasarkan apa yang saya tahu, beberapa ahli kumpulan saya telah ditarik untuk menyertai kumpulan baru.

    "Malah, salah seorang daripada pelakon saya menerima mesej sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada rakannya (pelakon yang sudah ditarik ke kumpulan baru) yang mengajak pelakon saya itu turut serta dalam kumpulan berkenaan.

    "Saya juga difahamkan, latihan daripada kumpulan tersebut sudah lebih dua minggu dijalankan," ujarnya.

    Bagaimanapun, Azri berharap agar kemelut itu dapat dileraikan dengan mengetahui status sebenar kumpulan produksinya agar tidak menyusahkan pelakon-pelakon lain yang bertungkus lumus untuk menjayakan teater tersebut.

    Antara pelakon utama yang menjayakan teater ini adalah Ani Mayuni (Siti Zulaikha), Dj Pool (Sultan Zainal Ulung), Azza (Putri Nurmanjalela), Khaty Azean (Permaisuri Tua), Syukor Yon (Sultan Arman Ulung) dan Eida Moin (Mak Inang) dengan membabitkan sebanyak 80 pelakon termasuklah penari dan pemuzik orkestra. – Mstar Online

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Isu Penganiayaan Penganjur Teater Bangsawan Siti Zulaikha
  • Pelakon Remaja Zulaikha Kini Makin Matang
  • Sinopsis Teater Bangsawan Siti Zulaikha
  • Sinopsis Filem Cinta Yang Satu
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Gambar Siti Nurhaliza & Datuk Khalid @ Malam Gala Teater Patung Kertas
  • Gambar Siti Nurhaliza Canteq ke Berlakon Jadi Azizah Awek P. Ramlee?
  • Siti Nurhaliza Janji Akan Bertudung Selepas Naik Haji?
  • Siti Nurhaliza Berlakon Watak Azizah Dalam Teater Remy… P Ramlee
  • Peraduan Menangi Terapi Kesihatan Tubuh AsterSpring
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.