Adsense

Khamis, 17 Februari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


(Video) Behind The Scene Hikayat Merong Mahawangsa.

Posted: 17 Feb 2011 08:22 PM PST

Macam menonton Dvd blue-ray pula sebab ada footage behind the scene & commentary daripada pelakon-pelakon Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU ini. Filem ini akan ditayangkan secara serentak di 34 buah negara pada 10 Mac 2011 menelan kos produksi sekitar RM8 juta. Kalau sambutan yang diberikan memang champion, Hikayat Merong Mahawangsa mungkin menjadi filem pertama yang berpotensi mencecah kutipan RM10 juta.

Anda akan dibawa secara mendalam dengan fakta ringkas pembikinan Hikayat Merong Mahawangsa serta kisah suka-duka pelakon yang menjayakan filem tersebut. Dikatakan, set perkampungan Melayu hancur sehari sebelum penggambaran bermula dan terpaksa dibina semula dan seluruh kampung dibina semula dalam masa 3 hari.

Fakta lain pula, 105 pemain muzik orkestra antarabangsa di bawah bimbingan Malaysia Philharmonic memainkan lagu latar serta efek bunyi untuk filem ini.

Nak lebih banyak spoiler lagi? Lebih baik anda tonton sendiri. Baru feeling, oh yeah! Video selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Russell Simmons, Produser New York Terpukau Dengan Yuna!

Posted: 17 Feb 2011 01:54 PM PST

Bukan mudah untuk seorang penyanyi Asia, terutamanya Malaysia memukau produser label Hollywood. Namun, Yuna akhirnya berjaya memecahkan tembok pemisah tersebut apabila dia mendapat pujian daripada Russell Simmons, seorang ahli perniagaan, pemilik syarikat label hip hop Def Jam, dan perintis jenama pakaian Phat Farm, Argyleculture, dan American Classics. Russell Simmons, memiliki lebih 600 ribu followers mempunyai nilai harta sekitar $USD 340 juta, merupakan pendokong muzik hip hop ketiga yang terkaya di sana.

Yuna, memberikan kunjungan khas di pejabat Russell Simmons dan memukau pemilik syarikat label Def Jam dengan lagu-lagu nyanyiannya. Russell Simmons berkata di twitter, 'an amazing new singer @yunamusic just came by my office & blessed me w/ her music – follow her, her music is incredible!'

Ironi, orang luar lebih menghargai muzik Yuna. Ehem, teringat pula kisah AJL 25 yang lepas. Trauma beb!

Mungkin, satu hari nanti Yuna berjaya mencipta nama di sana & mengharumkan nama negara. Nanti jangan lupa pada kami ye Yuna! We love you!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.