Adsense

Selasa, 15 Februari 2011

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sekitar Prebiu Filem Kembar Siang

Posted: 15 Feb 2011 10:00 PM PST

Pada jam 11 pagi 16 Februari 2011, Metrowealth Pictures (MIG) telah mengadakan Prebiu Media Filem Kembar Siang di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara.

Filem Kembar Siang merupakan filem pembuka tirai 2011 untuk MIG dan merupakan filem ke-46 terbitan syarikat tersebut. Bergenre komedi romantik, filem ini menggandingkan pelakon muda dan pelakon veteren. Satu persembahan yang Budiey rasa bolehlah untuk dilayan. Ternyata komedi arahan Hatta Azad Khan masih lagi berbisa.

Filem ini menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 24 Februari 2011 ini.

Selepas Senario Asam Garam, penerbit sekali menggunakan khidmat ahli akademik, Hatta Azad Khan sebagai pengarah yang juga menulis skrip dan jalan cerita untuk filem ini.

Kamal Adli tak dapat hadir kerana masih berada di Pulau Pinang untuk pengambaran filem Pe3 bersama Farid Kamil.

Kembar Siang memulakan pengambarannnya pada pertengahan tahun 2010 di sekitar Banting, Selangor.

Metrowealth begitu yakin dengan suntikan elemen-elemen segar di dalam filem ini yang dikatakan mampu untuk menarik minat setia filem Melayu ke pawagam.

Akan datang, Budiey masih menantikan filem Kongsi yang diarahkan oleh Farid Kamil dan lakonan oleh Shaheizy Sam. Tengok trailer macam best je cerita ni.

Prebiu Kembar Siang

Hatta Azad Khan sedang memberikan ucapan

Prebiu Kembar Siang

David Teo berucap

Prebiu Kembar Siang

Intan Ladyana

Intan Ladyana

Pelakon kanak-kanak

Prebiu Kembar Siang

Prebiu Kembar Siang

Syanie sebagai Mak Yam

Prebiu Kembar Siang

Penampilan khas Rozita Che Wan sebagai wanita berhutang

Prebiu Kembar Siang

Pelawak Sathia, lakonan komedinya menjadi

Prebiu Kembar Siang Syanie

Intan Ladyana

Intan Ladyana membawa watak kembar

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Gambar Sekitar Malam Gala Filem HAQ
  • Ziana Zain Selamat Melahirkan Anak Kembar Lelaki dan Perempuan
  • Gambar Sekitar Majlis Kahwin Aein Kembar Ekin
  • Gambar Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari di Prebiu Filem Saus Kacang
  • Sinopsis & Trailer Filem Kembar Siang
  • Gambar Dafi di Majlis Pra Tonton Apa Kata Hati
  • Senario Asam Garam Menguasai Kutipan Box Office
  • Leya Hot FM Akan Timang Anak Kembar
  • Sekitar Prebiu Media Filem KHURAFAT
  • Sekitar Prebiu FIlem Cuti Cuti Cinta
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

    Fiq Muncul Single Kedua TRAGIS

    Posted: 15 Feb 2011 09:31 PM PST

    Fiq Pertaruh Single Ke-2 TRAGIS

    Single kedua Fiq bertajuk "Tragis" yang bakal dikeudarakan dalam jangka waktu terdekat ini, adalah mengisahkan kesan peperangan terhadap dunia dan umat manusia sejagat. Lagu ciptaan Amir dan lirik oleh Krang ini secara keseluruhannya adalah luahan rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa mangsa peperangan.

    "Tragis" bermula dengan penceritaan nasib malang mangsa peperangan. Rangkap pertama lagu ini menceritakan situasi selepas peperangan dengan gambaran hancurnya isi kota serta kematian anggota keluarga. Kesan daripada peperangan, hanya kesayuan dan kepiluan yang mengisi ruang kota, diselangi ratapan tangisan yang menggantikan segala keriangan yang dulunya mendiami kota.

    Fiq

    Korus lagu ini pula adalah luahan rasa kepiluan apabila melihatkan kematian mangsa peperangan. Keadaan mangsa selepas berhadapan situasi perang turut dinyatakan dengan gambaraan mangsa yang telah terkorban dengan berlumuran darah. Bahagian 'bridge' yang diselitkan sebelum klimaks lagu ini pula merupakan doa kesejahteraan si mati untuk kehidupan di alam kematian.

    Lagu yang disusun dalam rentak rock ini berakhir dengan ulangan korus sebanyak dua kali. Bahagian klimaks ini menyerlahkan kekuatan vokal Fiq sejurus menyampaikan mesej kesengsaraan kepada para pendengar.

    "Tragis" juga adalah salah satu lagu yang dimuatkan dalam album Fiq- Diagnostik. Bagi penggemar irama rock, jangan lepaskan peluang untuk memuat turun lagu "Tragis" sebagai nada dering anda. Bagi Maxis Caller Ringtones, sila tekan *131*161513# dan tekan call/send, bagi Maxis True Tones, taip GET10359247 dan hantar ke 29000, bagi Maxis Full Song pula, taip GET10359256 dan hantar ke 29000. Manakala bagi Digi Caller Tunes, taip CT0081832 dan hantar ke 2000, bagi Digi True Tones, taip GET22200373428, dan hantar ke 2000, bagi Digi Full Song, taip GET22200373437. Bagi U Mobile Colour Tones pula, taip CT213575. Anda juga boleh layari laman web Nokia CWM di http://music.ovi.com/my untuk memuat turun lagu ini.

    LIRIK LAGU TRAGIS
    Senilagu: Amir
    Senikata: Krang
    Hakcipta Senilagu & Senikata: Warner Chappell Publishing (M) Sdn Bhd

    Dalam pilu, Dalam sendu
    Dalam sayu, Nasib mu
    Ditangismu… Kau mengaju…
    Mana milikmu?… dan dunia mu?
    Serentak waktu ranap kota mu
    Rebah keluarga mu…
    Dan hanya peluru menjawab seluruh
    Pertanyaanmu…

    *Korus
    Air mata ku mencurah laju…
    Melihat tubuh mu terkulai layu
    Berserak darah mu, noktah hidupmu
    Tragis begitu…
    Ku juga merasa kesengsaraan mu

    Dalam pilu, Dalam sendu
    Dalam sayu, Nasib mu
    Serentak waktu ranap kota mu
    Rebah keluarga mu…
    *Ulang Korus
    Menggeletar aku
    Melihat tubuh mu terkulai layu
    Berserak darah mu, noktah hidupmu
    Tragis begitu…
    Ku juga merasa kesengsaraan mu

    *Bridge
    Doa ku akan menyusul
    Buat mu… saudaraku…
    Damai lah… di taman mu
    Di tempat yang nyata
    Di alam yang sebenar…

    *Ulang Korus
    Menggeletar aku
    Melihat tubuh mu terkulai layu
    Berserak darah mu, noktah hidupmu
    Tragis begitu…
    Ku juga merasa kesengsaraan mu

    Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

    Tags: , , , , ,

    Click on the following buttons to share this article with your friends:

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Single Kedua Infinatez Ada Masa Lagu R&B Soul Terbaru
  • Trivia: Jam Tangan Penyanyi Mana Ni?
  • Ainul Aishah Muncul Single Terbaru Don't Worry Honey
  • Lagu Segalanya Cinta Single Pertama Siti Saida
  • Malique Cuba Lagi Dengan 2010 Masih Hip Hop
  • Album Terbaru Imran Ajmain Punca Dan Tindakan Dilancarkan
  • Lagu Ciptaan Loloq Hero Wayang Single Pertama Siti Sairah
  • Gambar Liyana Jasmay di Pelancaran Album Digital Pertama
  • Alibi Promo Tour Hiburkan Kota Kinabalu, Sabah
  • FAIRUZ SELAMAT BEKAS VOKALIS ANTZ KEMBALI MENYENGAT
  • Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.