Adsense

Selasa, 15 Februari 2011

OHBULAN!

OHBULAN!


Manohara Bintangi Filem Supergirl, Karya Ciplak Spiderwomen Daripada Marvel

Posted: 15 Feb 2011 05:47 PM PST

Salah satu filem idiot yang meng-idiot-kan. Sudah terang lagi bersuluh, konsep kostum Manohara Odelia Pinot untuk Supergirl terbitan Soraya Intercine Film amat mirip dengan kostum Spiderwoman milik Marvel. Ya memang ada perbezaaan, tapi tidak ketara. Kami pun pelik, apa susahnya nak cipta kostum baru? Tepek sana sini, atau paling senang upah sahaja pereka fesyen daripada kalangan 200 juta penduduk di sana, takkan tak boleh?

Filem ini telah mula ditayangkan pada 13 Februari 2011. Menurut sumber, pihak Soraya Intercine Film tidak membeli sebarang lesen daripada pihak Marvel. Rata-rata tahu yang pihak Marvel agak tegas dalam usaha mempertahankan karya asal milik mereka, nasib'lah ko.

Ikuti laporan penuh daripada rakan media kami, Rotikaya selepas ini.

Excuse us. AHA HA HA HA HA HA!

Kalau anda masih ingat, nama Manohara Odelia Pinot menjadi sebutan dua negara atas kes lari dari keluarga kerabat. Kami tidak mahu ungkit kisah yang tidak kami ketahui penghujungnya itu.

Ini berita terbaru untuk peminat Manohara Odelia Pinot yang kini merupakan selebriti di bumi Indonesia. Dalam perkembangan terbaru, Manohara di'katakan sudah selesai menjalani pengambaran untuk sebuah filem berunsur superhero bertajuk SUPERGIRL.

Filem terbitan Soraya Intercine Films itu mula di'perkatakan di'sana sebagai meniru bulat bulat karya superhero ciptaan Marvel — Spider Woman.

Poster yang berjaya di'keluarkan oleh sebuah forum hiburan terkenal di'sana menunjukkan kostum yang di'pakai Manohara tidak berbeza langsung dengan kostum rasmi Spider Woman.

Berikut adalah gambar & rajah kostum Spider Woman sebagai rujukan anda. Siapa kata Indonesia tidak pandai jadi maling?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

(Gambar) Cut Tari Muncul Di Konsert Sheila Majid Live In Jakarta.

Posted: 15 Feb 2011 05:11 PM PST

Kredit gambar & berita : Twitter Joe Klubbkiddkl

Kehadiran pengacara kontroversi Cut Tari di konsert solo Datuk Sheila Majid '25 Years Radiance Celebration Live in Jakarta' membangkitkan sedikit kekecohan di ruangan lobi Dewan Plenari, Pusat Konvokesyen Jakarta. Rakan kami, Joe Lee sempat menghantarkan beberapa twitpic Cut Tari yang diserbu oleh wartawan-wartawan di sana. Menurut Joe, wartawan Malaysia kalau dibandingkan dengan wartawan Indonesia, amat jauh beza.

Pasangan bahagia Indonesia & Malaysia, Bunga Citra Lestari & Ashraf Sinclair turut hadir untuk menonton persembahan Sheila Majid. Manakala, kelibat selebriti Malaysia yang kelihatan hadir di konsert tersebut hanya'lah penyanyi popular, Anuar Zain.

Menurut Joe, Sheila Majid merupakan satu-satunya contoh artis yang tahu mengenai keinginan peminat di sana. Bukan seperti sesetengah orang yang hanya pandai berkomen, merungut & komplen sana-sini mengenai industri muzik di sana, dan bersikap rasis. Seperti memanggil mereka dengan panggilan 'Indon', sepatutnya 'Indo'.

Kami difahamkan, harga tiket konsert Sheila Majid sama harga dengan konsert Janet Jackson yang berlangsung di Singapura, minggu lepas. Layankan gambar Cut Tari, Bunga Citra Lestari, Anuar Zain & ramai lagi selepas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.