Adsense

Ahad, 27 Februari 2011

macam macam hiburan terkini

macam macam hiburan terkini


Siti Sarah Sah Bergelar Isteri Shuib

Posted: 26 Feb 2011 09:23 AM PST


KUALA LUMPUR: Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Sarah Raisuddin, 27, kini sah bergelar isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhahamad (Shuib), pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, di sini, Sabtu.

Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 5.45 petang oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizar Mohd Nadzir, yang juga merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Sarah kelihatan anggun dengan busana rekaan Hatta Dolmat berwarna salmon peach menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan berbalas tujuh dulang.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.


Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.

Ditemui selepas majlis berakhir, Sarah yang kelihatan gembira sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin selama enam bulan itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.

"Alhamdulillah, segala perancangan berjalan dengan lancar. Sepanjang saya mengenali Shuib, dia seorang yang jujur dan telus.

"Kami seperti mempunyai satu hala tuju yang sama," tutur Sarah.

Sementara itu, Shuib juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Sarah.


"Saya harap hubungan ini berkekalan hingga akhir hayat. Sarah merupakan wanita pertama yang membuka hati saya untuk lebih serius dalam hubungan.

"Dia seorang yang sangat istimewa dan bukan mudah untuk saya dapatkannya. Pernah sekali saya sanggup berhentikan kereta di tepi lebuh raya semata-mata untuk memberitahu saya cintakan dia.

"Kalau nak tahu dia memang susah nak sebut perkataan sayang atau I Luv U. Sepanjang setahun tiga bulan perkenalan, hampir setahun saya terpaksa menunggu untuk dengar perkataan sayang daripada mulutnya," tutur Shuib sambil mengukir senyuman.

Bercerita tentang percutian bulan madu, Sarah dan Shuib ingin bercuti ke negara Ireland, tetapi masih belum tahu tarikh sesuai untuk ke nagara tersebut.

Beralih kepada soal anak, Sarah tidak menolak untuk mempunyai anak pada bila-bila masa memandangkan suaminya juga sangat menyukai kanak-kanak.

Sementara itu, bagi majlis resepsi pula, pasangan itu masih lagi mencari tarikh sesuai untuk meraikan hari bahagia mereka.

google: siti sarah dan shuib sepah, perkahwinan siti sarah dan shuib sepah, pernikahan siti sarah dan shuib sepah, persandingan siti sarah dan shuib sepah, gambar terkini terbaru perkahwinan siti sarah dan shuib sepah, siti sarah dan shuib sepah suami isteri, berita terkini terbaru siti sarah dan shuib sepah kahwin, hantaran perkahwinan siti sarah dan shuib sepah, wang hantaran siti sarah dan shuib sepah, foto sekitar majlis perkahwinan siti sarah dan shuib sepah, siti sarah dan shuib sepah, gambar siti sarah dan shuib sepah, foto siti sarah dan shuib sepah

Aida Aris Tiada Masa Berbulan Madu

Posted: 26 Feb 2011 09:20 AM PST


SUBANG JAYA: Pelakon Aida Aris mengakui kesibukannya dengan aktiviti lakonan membataskan dia untuk berbulan madu selepas mendirikan rumah tangga pada 4 September tahun lalu.

Menurut Aida, dia dan suami Husfarid Shaikh Ali berhasrat untuk berbulan madu, namun sehingga kini masih belum berkesempatan melakukannya.

"Selepas kahwin memang kami ingin berbulan madu tetapi melihat jadual saya penuh sampai bulan April ini hasrat itu tergendala. Isya-Allah April nanti kami akan cuba mencari masa yang sesuai.

"Namun begitu kami tetapi mempunyai masa bersama dan kadang kala saya ikut dia pergi bekerja. Namun itu bukanlah dikira bulan madu kerana ia tidak dirancang," katanya.

Dalam pada itu, Aida turut mengakui tidak pernah merancang tentang kehadiran cahaya mata dalam perkahwinan keduanya ini.

"Saya tidak pernah merancang sama ada mahu anak atau tidak. Bagi saya jika ada rezeki saya terima dan jika tidak saya hanya bersabar. Sekarang belum ada apa-apa tanda lagi.

"Mungkin juga disebabkan kedua-duanya sibuk dengan kerjaya masing-masing, Insya-Allah kalau ada rezeki saya terima," katanya.

Bagaimanapun, kata Aida, hidupnya lebih bahagia disamping suami tercinta.

"Banyak perbezaan hidup sendiri dan berumah tangga, saya sedar komitmen terhadap keluarga lebih tinggi berbanding hidup bujang dahulu," katanya.

Bercakap soal kerjaya, Aida memberitahu dia masih aktif sebagai pelakon biarpun kini bergelar isteri.

Tambah Aida, dia belum berniat untuk bersara atau menjadikan perkahwinan sebagai penghalang kerjayanya.

"Setakat ini saya masih aktif dalam bidang ini dan belum pernah terfikir untuk berhenti berlakon. Suami juga tidak pernah menghalang saya untuk teruskan kerjaya ini.

"Bagi saya lakonan sudah seperti sumber rezeki utama. Saya akan berlakon selagi diperlukan," katanya.