Adsense

Khamis, 10 Februari 2011

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Rindu Apokalips

Posted: 09 Feb 2011 03:00 PM PST

Hip

MIERA memburu cita-cita untuk bergelar peguam.

MIERA memburu cita-cita untuk bergelar peguam.

Miera Liyana tidak sabar tunggu filem pertama lakonannya masuk panggung

WALAUPUN masih muda, pembabitannya dalam dunia seni ini tidaklah boleh dianggap baru. Cuma nama Miera Liyana Kasmi ini mungkin masih baru berbanding dengan pelakon lain.

Gadis berusia 18 tahun ini, tampil dalam dunia hiburan selepas bakatnya digilap oleh Aziz M Osman menerusi drama Luna Fantasiku. Sejak itu sampai sekarang dia sudah berlakon tidak kurang 20 drama.

Malahan dia turut dilamar Mamat Khalid untuk menjadi antara pelakon filem Apokalips yang sedang menunggu masa ditayangkan. Bagaimanapun, ketika kariernya sedang memuncak, gadis tinggi lampai berusia 18 tahun ini terpaksa pula memperlahankan seketika demi memberi tumpuan kepada pelajaran.

"Berlakon memerlukan masa yang panjang terutama drama bersiri. Jadi saya kena bahagikan masa. Ini sangat penting.

"Apa pun segala perancangan seterusnya akan difikirkan nanti sebaik saja saya memasuki sekolah undang-undang berkenaan," kata Miera yang masih 'merisik' pusat pengajian bersesuaian.

Masih merindui Apokalips yang sudah selesai penggambarannya tahun lalu, dia bagaikan tidak sabar untuk melihat filem itu ditayangkan kerana ia adalah penampilan sulungnya di layar perak.
Ia memang penantian yang mendebarkan. Dalam filem itu, Miera digandingkan bersama barisan bintang muda lain termasuk Iqram Dinzly dan Dazreen.
Dia membawakan watak gadis lasak yang dipenuhi pelbagai adegan pergaduhan memberi 1001 pengalaman apatah lagi beraksi di bawah tunjuk ajar sutradara berwibawa yang penuh dengan misi dan visi.

"Saya tidak sabar menantikan Apokalips di pawagam kerana ada pengalaman mengejutkan ketika minggu awal menjalani penggambaran. Disebabkan terlampau bersungguh menendang orang, kaki saya terseliuh dan kalau dikenang kelakar sebab awal-awal sudah dikejarkan ke hospital.

"Boleh dikatakan ramai dikalangan pelakon berhadapan dengan risiko kecederaan apabila adegan lasak kami mahu melakukannya sendiri tetapi kami puas apabila melihat hasilnya, babak bertarung cukup hidup," ceritanya mengenai filem yang diilhamkan daripada komik manga Jepun itu.

Dalam debaran menanti Apokalips serta kemasukan ke kolej, di hati Mira masih terselit pengharapan supaya kisah dirinya tidak berdisiplin disebabkan panggilan telefon serta SMS tidak berjawab dapat dikikis kerana sedikit sebanyak ia masih diperkatakan mereka yang tidak tahu hujung pangkal.

"Perkara itu sudah diselesaikan. Semuanya berlaku disebabkan salah faham kerana sebelum ini tiada masalah. Apa pun, setiap yang berlaku akan saya jadikan iktibar untuk lebih peka pada masa akan datang," katanya lagi yang baru pulang dari Paris menyertai sebuah pertunjukan fesyen.

Berundur demi pengajian

Selepas empat tahun bergelar pelakon dan mempunyai peluang muncul di layar perak yang mula, menapak di saat bakatnya sudah mula berkembang, Miera tiba-tiba membuat keputusan untuk berundur.

Barangkali agak drastik keputusan terbabit, cuma akui anak jati Kuala Lumpur itu, mengenepikan kecenderungan terhadap lakonan dan peragaan yang diceburi sejak memasuki sekolah menengah untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran di atas kerelaan sendiri.

Meskipun segala-galanya bergantung kepada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), di hati Miera sudah tersemat azam memilih pusat pengajian tinggi terbaik untuknya mendapatkan segulung ijazah perundangan seperti yang diimpikan sejak dulu.

"Saya berlakon dan menjadi model sejak berusia 15 tahun. Sepanjang terbabit dalam bidang ini, pelbagai pengalaman saya tempuhi dan jika sudah tiba saatnya untuk saya menumpukan perhatian terhadap pelajaran, saya tidak akan ralat meninggalkan seketika dunia lakonan.

"Sehingga kini ibu bapa saya memberi sepenuh kepercayaan untuk saya membuat pilihan sama ada memasuki kolej sambil sesekali berlakon dan memperaga atau sepenuh masa belajar, cuma bagi saya lebih baik saya tumpukan pada satu-satu agenda supaya tiada yang tercicir," katanya.

Akuinya lagi, bidang undang-undang memerlukan tumpuan penuh sekali gus memerlukannya membuat pilihan paling tepat demi menggapai cita-cita bergelar peguam apatah lagi bidang seni juga menuntut komitmen masa untuk menonjolkan hasil terbaik.

Katanya, bukan tiada individu lain yang berjaya melakukan dua mahu pun tiga perkara serentak tetapi bagi anak kedua dari tiga bersaudara itu, demi mendapatkan pendidikan sempurna tidak rugi melakukan pengorbanan walaupun bintangnya semakin bersinar.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hormati selera penonton

Posted: 09 Feb 2011 02:59 PM PST

Hip

Pungutan tinggi bukan lagi perkara mustahil buat filem Melayu

INDUSTRI perfileman tanah air menunjukkan percambahan memberangsangkan apabila semakin banyak filem Melayu mampu mengutip hasil jutaan- ringgit. Angka RM4 juta bukan lagi satu fenomena luar biasa kepada industri apabila ramai penerbit sudah berjaya menikmati pungutan sebanyak itu, malah sebahagiannya mampu mencatat angka jauh lebih baik menerusi filem mereka.

Berdasarkan fakta daripada laman web FINAS, Sembilu 2 terbitan Skop Production Sdn Bhd milik Datuk Yusof Haslam ialah filem Melayu pertama mencipta rekod kutipan tinggi apabila berjaya memungut RM6.10 juta pada 1995.

Kedudukan itu berjaya dipertahankan filem yang dibintangi Awie, Erra Fazira dan Ziana Zain dalam tempoh agak lama. Hanya selepas enam tahun, Lagi-Lagi Senario terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd memecahkan tembok kukuh Skop Production dengan kutipan RM6.33 juta, pada 2001. Lapan tahun selepas itu, dua filem, animasi Geng: Pengembaraan Bermula terbitan Les' Copaque Production Sdn Bhd berjaya memungut RM6.20 juta diikuti dengan Jangan Pandang Belakang Congkak terbitan MIG Production Sdn Bhd, dengan kutipan sebanyak RM6.09 juta.

Walaupun sasaran RM6 juta mungkin dilihat tinggi, tetapi baru-baru ini beberapa filem berjaya merentas angka berkenaan. Filem pertama yang mencetuskan fenomena itu ialah Adnan Sempit yang berjaya memungut RM7.66 juta. Meskipun kutipan itu dilihat sukar ditandingi, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila Ngangkung yang diterbitkan syarikat sama (MIG), mencipta satu lagi rekod dengan kutipan RM8.18 juta.

Siapa sangka Hantu Kak Limah Balik Rumah arahan Mamat Khalid yang dilihat sebagai sebuah filem 'underdog' juga mampu meraih kutipan sehingga RM8.12 juta? Tidak ketinggalan, Khurafat yang baru saja menjengah pawagam pada 13 Januari lalu juga sudah mampu membuatkan penerbitnya, Yusof, tersenyum bangga apabila dalam tempoh tiga minggu ditayangkan, filem arahan Syamsul Yusof itu berjaya mencecah lebih RM 7juta.

Kutipan kasar melebihi RM4 juta kelihatan seakan mudah untuk diraih penerbit filem sejak akhir-akhir ini, tetapi adakah itu membawa makna bahawa filem Melayu sedang melalui satu transisi ke zaman yang cerah?
Bagi penerbit yang cukup aktif menghasilkan filem malah antara produser yang memonopoli senarai pecah panggung, David Teo, keadaan itu masih belum boleh dikategori sebagai satu fenomena kerana setakat ini hanya empat filem berjaya meraih kutipan melebihi RM7 juta. Bagaimanapun David berkata, setiap produser mampu meraih kejayaan sepertinya asalkan mereka menghormati penonton.

"Saya anggap semua penerbit mampu meraih kutipan RM4 juta ke atas apabila kita sedar kehendak penonton. Jika setiap penerbit tahu dan menghormati kehendak penonton, mereka pasti akan mencapai tahap itu.

"Sebagai contoh, Datuk Yusof Haslam yang memberi kepercayaan kepada anaknya untuk mengarah. Lihatlah kedudukan filem Khurafat sekarang yang berjaya meraih kutipan cukup baik.

"Sudah lama saya menanamkan kesedaran dalam diri, jika mahu berjaya, penerbit atau pengarah seharusnya menghormati penonton mereka dan jangan hampakan perasaan mereka. Kritikan mereka itu harus dijadikan sebagai satu kesedaran kepada penerbit dan pengarah untuk menghasilkan filem lebih baik dan tidak syok sendiri, supaya dapat mencatat kutipan tinggi. Segelintir orang berpendapat kualiti sesebuah filem itu diukur dengan anugerah yang diraih tetapi bagi saya pula, kualiti filem terletak kepada kutipannya," kata David.

Menyentuh kewujudan Astro First, David berkata, saluran berkenaan tidak akan menjejaskan kutipan filem tempatan di panggung. Beliau sebaliknya menyokong usaha stesen penyiaran itu mewujudkan saluran khas terbabit.

Katanya, dia tidak faham kenapa sesetengah penerbit 'bising-bising' dengan kewujudan Astro First kerana penerbit seharusnya mengambil peluang berkenaan sebagai alternatif untuk menjana pendapatan yang lebih.

"Kewujudan Astro First sekurang-kurangnya boleh menolong penerbit selepas tempoh dua minggu filem ditayangkan di pawagam. Jika sebelum ini pempamer boleh sesuka hati menarik tayangan filem selepas tempoh dua minggu walaupun kutipan menggalakkan, kini dengan adanya Astro First, penerbit terutama syarikat yang kecil mempunyai sumber pendapatan lain," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.