Harian Metro: Rap |
Posted: 13 Dec 2010 06:25 AM PST FARALYNA...nama mula meniti di bibir peminat selepas Kisah Kaisara. AKSI penuh emosi lakonan aktres remaja meningkat naik, Faralyna Idris, 19, atau Faralyna sebagai Melati dalam drama bersiri, Asmara di slot Lestari TV3, mendapat maklum balas positif daripada penonton. Begitupun, Faralyna belum berpuas hati dengan mutu lakonannya menerusi drama arahan Heykal Hanafiah itu. Gadis kelahiran Taiping, Perak mengakui watak berkenaan memerlukannya memainkan penghayatan yang bersungguh-sungguh. Ia ternyata menguji lakonannya malah dia bersyukur kerana mendapat reaksi positif daripada penggemar drama. Lebih menggembirakan dirinya apabila berada dalam senarai pencalonan awal Pelakon Baru Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH2010) selepas hampir lima tahun bergelar anak seni. Secara tidak langsung ia sebagai satu pengiktirafan terhadap bakat lakonan yang mula mendapat perhatian sejak membintangi drama remaja popular, Kisah Kaisara. "Saya bersyukur kerana penonton dapat menerima watak Melati. Saya perlu lebih emosi ketika membawakan watak berkenaan. Memandangkan sebelum ini saya kerap membawakan watak gadis baik dan remaja nakal. Selain watak emosi saya juga mahu mencuba pelbagai watak termasuk karakter jahat. "Buat masa ini saya tidak begitu memilih watak yang diberikan. Saya meletakkan diri untuk mencuba pelbagai watak. Begitupun, saya tetap menilai kemampuan diri sebelum menerima sesuatu watak yang ditawarkan," kata Faralyna yang mula membabitkan diri dalam dunia peragaan ketika berusia 15 tahun. Dia masih mengakui dirinya bagaikan individu kecil yang dikelilingi mereka yang jauh lebih berpengalaman dan popular. Jika tersenarai dalam kelompok lima teratas bagi Pelakon Baru ABPBH2010 sudah satu bonus buat dirinya. Sememangnya peluang berlakon di bawah arahan pengarah berbakat seperti Heykal cukup dinantikan Faralyna selepas beberapa kali terpaksa menolak tawaran bekerjasama disebabkan terikat dengan komitmen lain. Faralyna mengakui dirinya masih baru dalam dunia seni malah perlu mengasah bakat lakonannya menerusi perbincangan dan bimbingan daripada pengarah ia ternyata membantu meningkatkan aksi lakonannya. "Berpegang kepada nasihat daripada pengarah dan rakan pelakon yang berpengalaman, saya sering membayangkan bagaimana menghayati sesuatu watak. Tidak dinafikan saya sering berkhayal untuk melakonkan karakter yang berbeza daripada sikap dan peribadi sebenar saya. Sebagai contoh dalam watak Melati bagaimana saya membayangkan perasaan seorang wanita yang menagih cinta daripada seseorang. Sikap sabar dalam memenangi hati dan perasaan seseorang jejaka cukup sukar. "Bayangkan bagaimana perasaan seseorang apabila cintanya ditolak. Walaupun berdepan pelbagai tuduhan dan kritikan dia tetap tabah. Tidak dinafikan saya terpaksa meletakkan lebih penghayatan dari segi emosi menerusi drama ini," katanya. Akur anak kedua daripada tiga beradik ini, pada mulanya pembabitan terarah kepada bidang peragawati. Begitu selepas menyertai pelbagai uji bakat akhirnya dia mula diberi peluang membintangi drama pertama, Kisah Kaisara. Pembabitan dalam bidang lakonan juga didorong oleh arwah ibu, Jalaliah Ismail yang bercita-cita melihat dirinya mengukir dalam dalam dunia seni. Malah dia bersyukur kerana mendapat kepercayaan pengarah dan tawaran membintangi drama sentiasa ada. Harapannya untuk menceburkan diri dalam pelbagai cabang seni sentiasa ada ini termasuk melebarkan sayap di layar perak selain menyanyi atau mengacara jika diberi peluang kelak. "Sebenarnya saya tidak begitu minat membabitkan diri dalam bidang lakonan pada awal. Arwah ibu banyak mendorong saya. Memang menjadi impian arwah untuk melihat anaknya berjaya dalam bidang seni. "Alhamdulillah selepas hampir lima tahun terbabit dalam bidang lakonan orang sudah nampak kehadiran saya. Memang saya berazam untuk memberikan impak lebih besar dalam dunia lakonan pada masa akan datang itu sasaran saya. Kalau boleh saya juga mahu cuba beraksi di layar perak," katanya. Berbicara mengenai cinta, Faralyna tidak menyembunyikan langsung bahawa perasaannya kini sudah dimiliki. Kekasih hati juga seorang pelakon baru dalam dunia seni. Mengakui dirinya sudah dua tahun berkawan dengan teman lelakinya PROFIL NAMA: Faralyna Idris Solekan & dandanan : |
Posted: 13 Dec 2010 06:18 AM PST MAJLIS pelancaran Anugerah Skrin 2010 (ASK2010) yang sudah masuk sedekad penganjurannya, bakal memperlihatkan filem yang memenangi anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-23, Magika tidak akan dipertandingkan. Sebaliknya berita gembira buat peminat setia karya Allahyarhamah Yasmin Ahmad apabila filem terakhir arahannya, Muallaf akan disenaraikan untuk dipertandingkan. Pada majlis sidang akhbar Anugerah Skrin 2010 yang berlangsung di Hotel Empire, Subang Jaya, baru-baru ini, Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Nurul Aini Abu Bakar menjelaskan Magika arahan Edry KRU tidak dipertandingkan kerana ia ditayangkan selepas syarat tarikh yang ditetapkan.
"Setiap filem mahupun drama yang dipertandingkan diterbitkan bermula Julai 2009 hingga Januari 2010. Magika hanya boleh dipertandingkan pada Anugerah Skrin akan datang," katanya. Filem yang bakal dipertandingkan tahun ini, Momok The Movie, Mualaf, Pisau Cukur, Evolusi KL Drift, Papadom, Lagenda Budak Setan, Setem, Belukar, Adnan Sempit, Kecoh Betul dan Santau.
Bagi memberikan gambaran kepada penonton terhadap drama yang dipertandingkan, TV3 turut menyiarkan drama yang layak ke peringkat akhir, bagaimanapun kerana masalah hak cipta ada beberapa drama dari RTM tidak dapat disiarkan. "Kami sudah pun menulis surat kepada RTM untuk menyiarkan drama yang pernah disiarkan mereka dan dipertandingkan pada ASK2010, bagaimanapun kami tidak memperoleh kebenaran. Setakat ini TV3 hanya menayangkan drama yang diterbitkan stesen yang bernaung di bawah Media Prima," katanya. Menyentuh mengenai penjurian, Nurul menjelaskan selaku penganjur mereka cuba mencari juri yang tidak mempunyai kepentingan atau kaitan dengan filem mahupun drama yang dipertandingkan. Setiap kategori dipecahkan kepada lima orang juri. Setiap daripada kumpulan juri mempunyai seorang ketua juri dan dia yang akan menetapkan kriteria. Perkara ini diberikan penekanan oleh TV3, kerana mahu penjurian dapat dilaksanakan dengan adil dan cuba mengelakkan perasaan tidak puas hati dan sebarang kontroversi apabila pemenang diumumkan kelak. "Melihat daripada kemenangan drama dihasilkan oleh Erma Fatima, Tersasar Di Jalan Mu tahun lalu, juri melihat kepada kelainan dan kekuatan isu ditampilkan. Saya percaya untuk tahun ini, perkara sama juga akan dilakukan oleh mereka yang diberi tanggungjawab untuk menilai setiap filem mahupun drama yang dipertandingkan," katanya. Antara drama yang layak bertanding seperti Taubat Nasuha, Bagaikan Sumayyah, Sebelum Akhirat, Masyitah, Kaki, Lillahi Ta'ala, Perempuan, Antara Garisan dan Selipar Jepun Suria. Pada majlis sidang akhbar itu juga, turut dibangkitkan mengenai tarikh berlangsungnya majlis ASK2010 iaitu pada pada malam sambutan Hari Natal, 24 Disember ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ada pihak meluahkan mungkin ada antara mereka terbabit secara langsung atau tidak langsung dengan acara berprestij itu perlu bersama keluarga untuk meraikan Krismas. Menerangkan mengenai perkara ini kata Nurul, setiap tahun pihaknya akan menempah Dewan Merdeka, PWTC pada November setiap tahun sebaik saja Anugerah Skrin selesai. Bagaimanapun, tahun ini kerana pelbagai aktiviti dilakukan di dewan 'gah' itu dan tempahan telah penuh, permohonan dibuat TV3 telah dianjak kepada bulan ini. "Walaupun mereka memberikan kami tarikh dari 1 Disember, namun untuk menganjurkan acara besar seperti Anugerah Skrin kami memerlukan sekurang-kurangnya dua minggu untuk membuat persiapan termasuk seminggu latihan di Dewan Merdeka. Perkara itu tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun, kami berharap ia dapat berjalan dengan lancar walaupun pada keesokan harinya adalah cuti umum dan ada yang meraikan Krismas," katanya. Sementara itu acara hiburan selingan turut dirangka sebaik mungkin bagi memastikan majlis penganugerahan berprestij itu meriah sesuai dengan temanya tahun ini iaitu Glamor dan kemegahan 10 tahun penganjurannya. Menurut Penerbit Anugerah Skrin 2010, Nurhul Huda Khalid, bagi memastikan ia menepati tema glamor pihaknya bakal menampilkan artis popular untuk menghiburkan tetamu dan penonton sebagai acara selingan. "Kami menampilkan penyanyi tersohor seperti Adibah Nor dan Noryn Aziz. Selain itu turut sama memeriahkan acara adalah penampilan tiga pemuzik terbaik tanah air seperti Hillary Ang, Genervie Kam dan Datuk Ahmad Nawab bergabung di atas pentas. Tidak kurang menarik pasangan bakal mendirikan rumahtangga Mizz Nina dan Noh dari kumpulan Hujan. "Sedikit kelainan apabila kami turut akan mementaskan sedikit sedutan drama teater yang bakal dipentaskan di Istana Budaya, Cinta The Musical. Drama ini dipilih kerana ia masih baru dan kalau hendak mementaskan drama pernah dipentaskan sebelum ini ia akan membabitkan kos yang tinggi kerana perlu membawa set ke Dewan Merdeka. Lagipun pentas itu nanti statik dan tidak mempunyai kecanggihan teknologi seperti di Istana Budaya," terangnya. Paling penting untuk tahun ini Anugerah Skrin 2010 menampilkan gandingan baru untuk mengendalikan majlis berprestij itu, iaitu Vanidah Imran yang disebut-sebut akan mengendalikan rancangan Nona musim baru menggantikan Maya Karin dan Awal Ashaari. Menjelaskan mengenai pemilihan Vanidah dan Awal sebagai pengacara, jelas Huda bukan kerana mereka mahu menggandingkan pengacara yang pernah mengendali atau akan mengacarakan rancangan diterbitkan TV3, sebaliknya keserasian yang ditunjukkan kedua-dua artis popular ini membuatkan pihak penerbitan yakin mereka mampu memikul tanggungjawab itu, sekali gus memastikan majlis berjalan dengan lancar. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |