Adsense

Isnin, 1 November 2010

Utusan Online - Hiburan

Utusan Online - Hiburan


Mahu jenama KRU terus hidup

Posted:

Mahu jenama KRU terus hidup

Mahu jenama KRU terus hidup

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SYEFRY MONIZ


Jenama kebanggaan tiga beradik (dari kiri), edry abdul halim, norman abdul halim dan yusry abdul halim.


SEJAK kemunculan mereka pada tahun 1992, tiga beradik yang menggelarkan diri mereka KRU pantas meraih populariti. Bermula dengan album perdana mereka, Canggih, KRU terus menakluk industri muzik tempatan dengan mencetus pelbagai revolusi menerusi muzik mereka.

Dengan mempertaruhkan irama hip hop dan rap ketika itu, kehadiran KRU dilihat sedikit canggung sementelah pasaran muzik yang lebih didominasi genre pop dan rock.

Tetapi, berbekalkan semangat dan iltizam yang kuat dan mahu mengubah trend industri muzik, KRU tidak ambil peduli apa kata orang.

Diketuai oleh Norman Abdul Halim selaku ketua kumpulan bersama-sama dua adiknya yang lain, Yusry dan Edry hanya mengambil segala yang positif untuk menjadi bekalan azimat buat mereka.

Mereka enggan menoleh ke belakang lagi. Sebaliknya, terus pandang ke hadapan dengan visi serta misi mengukuhkan jenama KRU.

Apa yang dimiliki oleh KRU seperti yang dilihat hari ini bukanlah datang bergolek tetapi adalah usaha keras mereka tiga beradik sehingga berjaya menjadikan KRU sebagai sebuah entiti berpengaruh di negara ini.

Di awal kemunculan mereka, KRU hanya sekadar mampu menyewa di rumah kedai di Taman Melawati, Hulu Kelang, Selangor.

Perlahan-lahan mereka mengumpul harta sehingga mampu memiliki sebuah bangunan yang diberi nama Wisma KRU di Jalan Jelatek, Kuala Lumpur.

Beroperasi di bangunan berwarna jingga itu dari tahun 1997, KRU mencipta pelbagai rekod sehingga berjaya menubuhkan divisyen yang bermula dengan muzik sehinggalah terbinanya KRU Studios yang kini terarah kepada penerbitan filem dan televisyen.

Seperti mana muzik yang dihasilkan mereka, KRU juga mencetus revolusi dalam penghasilan filem sehingga mampu menjadi fenomena seperti dua filem Cicak-Man, Duyung dan terbaru, Magika.

Penyambung legasi KRU

KRU bagi sesetengah pihak barangkali, hanya akan dikenang sebagai artis sahaja. Namun, bagi pengasas grup ini, Yusry Abdul Halim, berhasrat melihat KRU bertahan lama.

Jejaka kacak berusia 37 tahun itu mahu melihat empayar KRU terus kekal dalam industri dan meninggalkan impak besar seperti mana yang dilakukan Walt Disney dan Warner bersaudara.

"Saya mahu melihat KRU Studios setanding dengan Walt Disney dan Warner Bros. yang sehingga ke hari ini terus dihormati dan dipandang tinggi.

"Tiada lain yang saya harapkan adalah untuk melihat empayar kami ini akan terus dikenang walaupun kami telah tiada nanti.

"Tidak semestinya anak-anak kami yang akan mengambil alih syarikat ini. Jika bukan mereka sekalipun, kami mahu orang yang benar-benar layak dan sesuai untuk meneruskan legasi seni kami selama-lamanya," ujar Yusry yang juga Ketua Pegawai Kreatif KRU Studios.

Kejayaan KRU memiliki kemewahan, kemasyhuran dan kemegahan menerusi jenama yang dibina hampir dua dekad lalu membuktikan anak tempatan mampu setanding dengan masyarakat antarabangsa.

Apatah lagi mereka memilikinya hanya dalam usia mereka yang kesemuanya 30-an. Itu sudah cukup menjadi motivasi kepada anak muda untuk berjaya seperti mereka.

Tanpa usaha gigih, kerja keras serta sokongan padu oleh keluarga masing-masing, tidak mungkin KRU untuk mengecapi kegemilangan yang mereka sendiri tidak pernah bermimpi untuk memilikinya.

Peruntuk RM10 juta

Seiring dengan perkembangan teknologi yang ada masa kini, Edry Abdul Halim pula memberitahu, KRU Studios sentiasa menaik taraf kemudahan dan peralatan yang ada bagi memastikan ia tidak ketinggalan zaman.

Untuk itu, KRU memperuntukkan RM10 juta dan antara teknologi terkini yang akan digunakan oleh KRU Studios dalam penerbitan mereka adalah definisi tinggi (HD) dan stereoscopic 3D iaitu teknologi yang sama digunakan dalam filem Avatar.

Begitu juga dengan penerbitan telemovie mahupun drama bersiri dengan slot sebanyak 150 hingga 300 jam untuk stesen televisyen di negara ini.

KRU Studios juga mengorak langkah apabila bakal mewujudkan KRU TV khusus untuk kandungan mobil dan digital yang menyaksikan kerjasama antara mereka dengan Alt Media iaitu anak syarikat Media Prima Berhad.

"Kami optimis dengan segala kemudahan yang ada di KRU Studios ini mampu mencapai matlamat kami untuk menerbitkan 12 buah filem setahun menjelang 2014 termasuk dua filem animasi.

"Buat masa ini, sasaran kami menghasilkan lapan judul setahun sehingga 2012. Kami sedar, untuk merealisasikan impian itu, kami tidak boleh melakukannya sendirian.

"Kerana itu, kami mahu menjalin kerjasama selain memberi peluang kepada bakat baru khususnya dalam bidang perfileman yang kami percaya dapat membawanya ke satu peringkat yang lebih tinggi," kata Edry yang bakal mengarahkan filem muzikal keduanya, 29 Februari tahun depan.

Antara judul filem yang bakal diterbitkan oleh KRU Studios tahun depan adalah Hantu Kapcai, Cinta Kura-Kura dan filem sekuel ketiga Cicak-Man.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Selesa di belakang tabir

Posted:

Selesa di belakang tabir

Selesa di belakang tabir

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SYEFRY MONIZ


KUMPULAN KRU berikrar untuk meningkatkan teknologi industri filem


DALAM pertemuan selama lebih sejam bersama Mega minggu lalu itu, KRU yang cukup masyhur dengan lagu Mengerti dan Awas! itu turut ditanya perkembangan karier muzik mereka.

Adakah muzik sudah semakin jauh dalam hidup mereka yang satu ketika dulu pernah menjadi pujaan anak-anak muda yang cukup mengagumi mereka?

Kehebatan mereka sebagai komposer dan penulis lirik itu juga pernah melahirkan nama-nama popular seperti Feminin, Elite, Indigo, Phynne Ballerz dan ramai lagi.

Hanya mampu ketawa, Norman, Yusry dan Edry memberitahu, kesibukan masa dan jadual yang padat telah membataskan kecenderungan mereka untuk menghasilkan album terbaru.

Bukan tiada perancangan, tetapi setiap kali mahu meneruskan proses rakaman album, pasti tidak akan menjadi.

Malah, Edry membuka cerita bahawa kebanyakan lagu popular masa kini sebenarnya adalah lagu-lagu yang sepatutnya dirakamkan oleh mereka dalam album terbaru.

Antaranya seperti Ku Ada Kamu nyanyian Adira, Jahat (Stacy) dan termasuklah lagu tema filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM), Sedetik Lebih yang dinyanyikan Anuar Zain.

"Selalunya saya dan Yusry yang akan membuat demo dan memasukkan vokal. Tetapi, masalahnya apabila Norman yang tidak dapat meneruskan proses rakaman kerana kesibukannya (ketawa).

"Jadi, apabila ada penyanyi yang meminta lagu daripada kami, mahu atau tidak, kami memberikan kepada mereka. Rasanya dalam usia kami sekarang ini, adalah lebih wajar untuk kami hanya berada di belakang tabir sahaja," cerita Edry sambil ketawa.

Dalam pada itu, Yusry pula menjelaskan, tidak salah jika mereka mahu menukar konsep album seiring dengan usia mereka jika mahu merakamkan album baru.

Tetapi, yang menjadi kerisauan KRU adalah permintaan peminat yang mahu mereka menyanyikan lagu-lagu popular KRU yang terkenal dengan irama rancak serta tarian penuh energetik itu.

Lebih puas

"Memang kami sudah tidak boleh lakukan seperti mana ketika usia muda kami. Bagi saya dan adik-beradik yang lain, kami sudah puas dengan apa yang kami kecapi dahulu.

"Semuanya sudah kami lalui dan kami bangga dengan pencapaian yang kami terima sehingga berjaya meletakkan kami di peringkat seperti mana hari ini," kata Yusry yang pernah merakamkan album solo yang memuatkan lagu popular, Dekat Padamu.

Jelas duda popular itu lagi, kemuncak karier mereka adalah sewaktu mengadakan konsert besar-besaran di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur yang dihadiri lebih 50,000 orang pada tahun 2002.

Edry pula mencelah sambil memberitahu memang dari awal kemunculan mereka, KRU sebenarnya lebih selesa untuk menjadi warga kerja belakang tabir.

Tetapi disebabkan rezeki berpihak kepada mereka, maka, perjuangan harus diteruskan dan KRU terus mengecapi populariti sehingga ke hari ini.

"Rasanya apabila terlibat dalam belakang tabir, ia lebih puas lebih-lebih lagi apabila hasil kerja kita diiktiraf," kata Edry yang merupakan bapa kepada tiga orang cahaya mata itu ringkas.

Seperkara lagi, Edry juga melahirkan rasa bangganya apabila kebanyakan lagu ciptaannya berjaya menduduki carta lagu-lagu popular di negara ini.

Menyentuh tentang filem 29 Februari pula, Edry memang tidak sabar lagi untuk kembali ke lokasi penggambaran selepas mengecapi kejayaan besar menerusi Magika.

Dalam Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) yang baru lalu, Magika berjaya menggondol tujuh anugerah termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Harapan untuk Edry.

Sudah pasti, ia telah menyuntik semangat baru buat Edry untuk terus mengarahkan filem 29 Februari yang bakal diterajui oleh pelakon kacak, Remy Ishak.

"Kisahnya mengenai sebuah kisah cinta yang menumpukan kepada seorang lelaki yang dilahirkan 29 Februari. Dengan peningkatan umur sekali dalam empat tahun, dia dapat melihat perubahan yang berlaku sepanjang hidupnya termasuk pembangunan yang dialami oleh negara.

"Sudah pasti, kisahnya akan diambil dalam beberapa zaman dan menerusi filem inilah, penonton akan dapat melihat sendiri teknologi stereoscopic 3D yang diaplikasikan," jelas Edry yang merancang untuk menggunakan lagu-lagu popular dalam filem itu nanti.

Tahun 2011 juga akan menyaksikan filem seram pertama KRU Studios, Karak akan ditayangkan dan filem ini juga merupakan filem pertama KRU yang menjalani penggambaran di sound stage utama.

Biarpun hanya sekitar 50 hingga 60 peratus dirakamkan di studio itu, Yusry selaku pengarah filem berkenaan berpuas hati dengan penghasilan yang dilakukan di sana.

"Kami juga membina set filem Karak di dalam studio itu dan menggunakan sepenuhnya kemudahan yang sedia ada untuk melengkapkan lagi filem itu," ujarnya yang turut mengarahkan filem HMM.

Berbicara tentang HMM pula, Norman menjelaskan, sehingga ke hari ini sudah lebih 50 buah negara menyatakan persetujuan untuk mendapatkan hak penyiaran filem paling mahal KRU Studios itu di negara masing-masing.

Ia termasuklah untuk pasaran Amerika Syarikat, United Kingdom, Jerman, Perancis dan negara Timur Tengah.

"Kejayaan itu sudah membuatkan kami bangga dan membuktikan bahawa filem Malaysia mampu menembusi pasaran antarabangsa. Kami meletakkan harapan yang cukup tinggi untuk HMM untuk diterima baik dalam negara dan juga di luar," ungkap Norman yang memberitahu HMM lulus 100 peratus oleh Lembaga Penapisan Filem dan bakal ditayangkan pada Mac depan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.