Adsense

Selasa, 19 Oktober 2010

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Sekitar Prebiu Dokumentari P.Ramlee di Saluran History™

Posted: 19 Oct 2010 10:58 PM PDT

Saluran HISTORY™ Memberi Penghormatan Kepada Tan Sri P. Ramlee

Pada 19 Oktober lalu, Budiey ada menghadiri screening untuk dokumentari terbaru tentang seniman aguna P.Ramlee di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Selain media, screening ini dihadiri oleh seniman veteren seperti Mariani, Datuk Aziz Satar, anak kepada Allahyarham P. Ramlee iaitu Sazali, pengarah berkaliber Shuhaimi Baba dan ramai lagi.

P. Ramlee

Event ini dianjurkan oleh AETN All Asia Networks yang memiliki dan mengendalikan saluran HISTORY™ di Malaysia. Dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang berganding bahu memberi penghormatan kepada seniman agung tanahair, P. Ramlee pada bulan Oktober ini dengan penerbitan asli berkisar kehidupan ikon layar perak kesayangan ramai ini.

P. Ramlee ialah satu rancangan biografi selama dua jam yang mendedahkan kisah menakjubkan mengenai Arwahyarham Tan Sri P. Ramlee, seorang pelakon, penyanyi, pelawak, komposer, penulis skrip dan pengarah filem yang serba boleh.

Daripada seorang yang tidak dikenali, P. Ramlee muncul sebagai anak emas panggung Malaysia, dikagumi oleh penggemar-penggemar filem di seluruh rantau dengan hasil kerjanya yang meliputi 66 buah filem dan lebih daripada 360 buah lagu.

P. Ramlee

Walau bagaimanapun, apabila beliau menyahut panggilan Ilahi pada tahun 1973 ketika hanya berusia 44 tahun, beliau telah diketepikan daripada industrinya sendiri sehingga dipersendakan dan difitnah oleh orang-orang yang pernah menyanjungi beliau. Beliau meninggalkan muka bumi ini dengan hati yang patah dan terluka.

Beberapa tahun selepas pemergian beliau, perasaan bersalah menyusup membelenggui penggemar-penggemar filem dan hasil kerja beliau telah menyedarkan mereka bahawa beliau tidak dihargai dengan sewajarnya.

Hari ini, pelbagai anugerah, darjat kebesaran dan penghargaan yang diberikan kepada P. Ramlee namun setelah 40 tahun pemergiannya, penduduk Malaysia masih dihantui detik kehilangan satu-satunya penggerak seni panggung. Akhirnya, pemergian beliau memberikannya kemasyhuran yang dicuba dicari sepanjang kehidupan beliau.

P. Ramlee

"P. Ramlee merupakan seorang seniman yang dikagumi bukan hanya kerana kebolehannya menghibur, tetapi juga kerana kesungguhannya untuk menceritakan kisah-kisah yang boleh membangkitkan emosi. Kisah kehidupan beliau juga merupakan satu kisah penuh emosi – kisah mengenai harapan, ketabahan dan karisma yang membolehkan para penonton melihat ke dalam penjalanan seorang lelaki menjadi ikon. Kami sungguh gembira kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan FINAS dalam menerbitkan dokumentari istimewa dua jam ini. Kami percaya bahawa para penonton akan terpesona dengan rancangan yang tidak akan diceritakan dengan lebih indah dan terperinci sepertimana yang akan kami siarkan," kata Michele Schofield, Naib Presiden Pengaturcaraan dan Penerbitan, AETN All Asia Networks.

Diterbitkan oleh Pesona Pictures dan diarahkan oleh Shuhaimi Baba, para penonton akan menyusuri titian memori bersama-sama mereka yang mengenali dan menyanjungi beliau seperti Sazali Ramlee, Datuk Aziz Sattar, Datuk Sarimah Ahmad, Hashimah Yon dan Datuk Siti Nuhaliza.

Dokumentari ini juga menampilkan sedutan ekslusif yang tidak pernah disiarkan di kaca TV seperti temuramah bersama kaum keluarga dan rakan-rakan rapat P. Ramlee sebelum pemergian mereka, di antaranya, Nasir P. Ramlee, anak kepada P. Ramlee; Sukardi, teman zaman kanak-kanaknya; Dato' Ahmad Daud, teman sekampungnya dan Datin Saadiah, teman seperjuangannya di dalam industri perfileman.

P. Ramlee

"FINAS amat berbangga dan berbesar hati di dalam memainkan peranan yang penting dalam memperingati kehidupan seniman agung P. Ramlee kepada para penonton seluruh Asia. P. Ramlee merupakan seorang seniman yang kreatif dan pintar di sebalik tabir kebangkitan sinematografi negara. Bakat beliau sebagai pelakon, penyanyi, pelawak, komposer, pemuzik, penulis skrip dan pengarah filem telah menjadi sumber inspirasi kepada beberapa generasi anak muda, terutamanya pengarah-pengarah muda di Malaysia," kata Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS.

P. Ramlee akan disiarkan di Saluran HISTORY (Saluran Astro 555) pada 31 Oktober 2010, pada jam 9.00 malam. Untuk memenuhi permintaan penonton, rancangan ini akan disiarkan dengan suara latar di dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris, bersamaan dengan sarikata Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina.

Mengenai Saluran HISTORY™
Saluran HISTORY™ merupakan destinasi utama pendedahan kisah-kisah sebenar yang dipetik daripada peristiwa-peristiwa penting secara lebih berinformasi, menghiburkan serta dapat membawa penonton kembali berhubung dengan sejarah. Rancangan-rancangan yang disiarkan semuanya merupakan rancangan yang memenangi pelbagai anugerah. Pengaturcaraan saluran ini merentasi pelbagai jenis sejarah merangkumi sejarah ketenteraan kepada sejarah kontemporari, sejarah asli kepada teknologi, juga sejarah sains, arkeologi dan budaya terkini. Di antara rancangan-rancangan yang disiarkan termasuk rancangan-rancangan kegemaran seperti Dogfights, Battle 360, The Universe, Cities of The Underworld and Monster Quest, dan juga rancangan-rancangan khas termasuk Life After People, China's First Emperor, Einstein and Lost Book of Nostradamus. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.historyasia.com

Mengenai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) merupakan sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1981 untuk menggalakkan, memelihara dan membangunkan industri perfileman Malaysia. FINAS telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk mempromosikan industri perfileman Malaysia, termasuk memasarkan filem-filem Malaysia ke serata dunia. Untuk maklumat lanjut mengenai FINAS, sila layari http://www.finas.gov.my

Shuhaimi Baba

Pengarah berkaliber — Shuhaimi Baba

P. Ramlee

Pengacara Event dari History Channel

Finas

Mohd Mahyidin Mustakim, Ketua Pengarah FINAS

Sazali

Inilah dia salah seorang anak P.Ramlee. Namanya Sazali. Pernah tonton Anakku Sazali?

Aziz Satar

Kawan karib P.Ramlee, Datuk Aziz Satar

Rozita Rohaizad

Anak kepada Seniwati Mariani, Rozita Rohaizad. Juga seorang pelakon dan penyanyi.

Baca artikel lain yang berkaitan:

  • MPH SPOTLIGHTS P. RAMLEE WITH SPOT POSE CONTES
  • Astro Lancar Kempen P.Ramlee Di Mana Kan Kucari Ganti
  • Nasir Anak P Ramlee Meninggal Dunia Petang Tadi
  • Dokumentari DAULAT TUANKU Di TV3
  • Gambar Fouziah Gous Sebagai Delima Dalam Si Tanggang
  • Dokumentari Suatu Ketika… Pos Dipang di Astro Prima
  • Gambar Sekitar Prebiu Filem Niyang Rapik
  • Suatu Ketika Papar Kisah Sejarah
  • Kampus Astro Learning Carnival
  • Astro Anjur Karnival Pembelajaran Untuk Kanak-Kanak
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

    Drama Mini Ponti Anak Remaja Lakonan Liyana Jasmay

    Posted: 19 Oct 2010 07:15 PM PDT

    Bulan Oktober ni banyak betul drama-drama baru yang lebih fresh dan lebih mengancam kat TV. Harapnya drama-drama yang dihidangkan taklah membosankan penonton. Mengapa Budiey cakap macam tu? Ada aduan dari pembaca yang mengatakan kononnya drama kita ni masih lagi ditahap zaman awal 2000. Kadangkala ada yang stereotaip dan di tahap yang biasa-biasa bagi penonton.

    Diharap drama yang satu ni taklah macam tu. Ya, sebuah lagi drama yang akan dihidangkan untuk penonton Astro pada bulan Oktober ni ialah drama mini siri Ponti Anak Remaja. Baru-baru ini, 18 Oktober lalu, Budiey sempat menonton sedikit sedutan dari drama mini siri Ponti Anak Remaja di sidang media pelancaran drama ini di Restoran Aaliya Island, Lorong Dungun, Bukit Damansara.

    DSC_0018

    Untuk info pembaca, drama arahan Nizam Zakaria ni akan mulai ditayangkan pada 25 Oktober 2010 setiap hari Isnin, jam 10 malam menerusi saluran 104. Drama ini adalah kesinambungan dari telemovie Ponti Anak Remaja yang disiarkan tahun lepas. Pengambaran drama ni dibuat sekitar FRIM dan juga Kuala Lumpur.

    Bercorak komedi ringan, drama ini akan bersiaran dengan hanya 4 episod dan masih mengekalkan penyanyi dan pelakon comel berbakat besar yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-22 menerusi filem Papadom. Siapa lagi kalau bukan Liyana Jasmay.

    Liyana membawa watak utama sebagai Ponti yang agak-agak nakal, ceria-ceria manja dan comel di skrin, juga disokong oleh Tam Suhaimi sebagai Amir, Nazim Othman sebagai Hazuan serta Azlee Khairi sebagai Kamal. Selain itu, drama mini juga akan disokong oleh watak yang dilakonkan oleh Amran Ismail, Finie Don, Elliza Razak, Aishah Hoo, Adam Faiz dan ramai lagi.

    Nizam Zakaria

    Pengarah dan penulis skrip berbakat besar, Nizam Zakaria

    Ponti Anak Remaja mengisahkan tentang kehidupan Ponti, seorang pontianak yang berubah menjadi manusia yang terpaksa berdepan dengan onak dan kehidupan yang sangat mencabar sebagai pelajar kolej di Kuala Lumpur. Untuk dilihat sebagai manusia yang normal, Ponti akan meniru semua tingkahlaku dan perbuatan orang lain.

    Ponti juga berwatakan ceria dan mesra dengan kawan-kawannya. Dalam masa yang sama, Ponti sangat sayang pada Hazuan, kekasih yang pernah cuba menyelamatkan nyawanya satu ketika dahulu tetapi kini dia terpaksa berdepan dengan Sofea, bekas kekasih Hazuan yang berdendam dengannya.

    Ponti terpaksa berdepan dengan Kamal, kekasih lamanya yang dikenalinya semasa dia masih seorang pontianak. Kamal bertekad mahu memenangi hati Ponti kembali dan mahu Ponti mengingati kembali hubungan yang pernah mereka jalinkan suatu ketika dahulu.

    Untuk mengetahui kisah lanjut, silakan menonton setiap Isnin jam 10 malam bermula pada 25 Oktober ini di Astro Ria saluran 104.

    Diharap benarlah dengan lahirnya drama-drama ini, Astro sebagai platform untuk saluran hiburan Melayu utama tidak seperti memperlekehkan pemilihan isi kandungan saluran. Cuma mungkin penonton akan jemu sekiranya Astro sering mengulang drama yang sama. Dengan adanya drama-drama baru ini, sudah tentu akan memberi suntikan baru bagi memikat penonton untuk terus menonton.

    DSC_0014

    Nazim

    Nazim Othman

    DSC_0032

    Finie Don… tiada kena mengena dengan Sassi The Don ya.

    Amran

    Amran Ismail, pernah muncul dengan filem kontroversi CHUKANG.

    DSC_0080

    Tam Suhaimi sebagai Amir. Sesuai !

    DSC_0099

    Batsheba.. ingat Lady Gaga mana la kan.

    Finie

    Finie Don

    Eliza Razak

    Elliza Razak

    DSC_0120

    Ehem ehem…

    DSC_0138

    DSC_0140

    DSC_0144

    Baca artikel lain yang berkaitan:

  • Liyana Jasmay Bintangi Drama Ponti Anak Remaja
  • Gambar Liyana Jasmay di Pelancaran Drama Ponti Anak Remaja
  • Apa Lagi Bakat Liyana Jasmay Ada?
  • Profile & Biodata Liyana Jasmay Pelakon Malaikat Maut
  • Liyana Jasmay di Konsert Jelajah 11 Era
  • Drama bersiri Sari Maya Lakonan Fauzi Nawawi, Zizie Ezette, Liyana Jasmay
  • Jawapan Trivia: Liyana Jasmay Duta Baru Maybelline New York
  • Liyana Jasmay di Giant Tambun, Perak
  • Liyana Jasmay di Jelajah Era di Nilai, Negeri Sembilan
  • Gambar Liyana Jasmay di Duta Baru Cosmetic Maybelline New York
  • Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.