Gosip Artis Malaysia |
"Ponti Anak Remaja" Tidak Meniru "Twilight" Posted: 18 Oct 2010 10:19 PM PDT Menurut pengarahnya Nizam Zakaria, 36, drama itu yang merupakan kesinambungan telefilem Ponti Anak Remaja yang pernah disiarkan pada tahun 2008 itu tidak meniru mana-mana adegan atau unsur dalam filem bersiri Hollywood tersebut, malah skrip asal yang ditulisnya juga adalah berdasarkan kajian dan kisah cerita dongeng Melayu. "Cerita ini tiada kaitan dengan filem Twilight sebab telefilem Ponti Anak Remaja lebih dahulu keluar berbanding filem Hollywood berkenaan. Malah jalan cerita juga berbeza, kita lebih menerapkan unsur Kemelayuan. "Saya sudah lama buat kajian tentang makhluk-makhluk seperti puntianak melalui bacaan dan cerita-cerita Melayu dulu. Saya telah menulis novel sejak berusia 20 tahun antaranya Susuk dan Awang Vimpiro yang mana cerita ini telah diterbitkan pada tahun 2005," katanya pada sidang media pelancaran drama mini bersiri Ponti Anak Remaja di Damansara, dekat sini, Isnin. Drama sebanyak empat episod yang memakan masa 1 jam itu bakal disiarkan menerusi saluran 104, Astro Ria. Ia membariskan pelakon-pelakon seperti Liyana Jasmay, Nazim Othman, Tam Shuhaimi dan Azlee Khairi. Jelas Nizam, sambutan menggalakkan dan permintaan peminat terhadap telefilem Ponti Anak Remaja sebelum ini membuatkan drama mini bersiri berkenaan di terbitkan. "Kita lihat telefilem tersebut sudah beberapa kali diulang tayang dan ramai yang bagi respons positif. Jadi saya cuba ia dijadikan sebagai drama bersiri. "Walaupun hanya empat siri sahaja, saya sudah cukup puas hati dengan hasilnya. Saya rasa bagaikan sebuah filem terutama dari segi kualiti," katanya. "Drama ini banyak menggunakan teknik CGI, sudah tentu cabaran utama ialah dari segi ketelitian. Memang saya akui ia menggunakan kos yang tinggi sedikit berbanding drama biasa," jelasnya yang juga pengarah drama Dottie. Drama ini masih lagi mengisahkan hidup Ponti iaitu puntianak yang berubah menjadi manusia dan terpaksa berdepan dengan onak dan ranjau kehidupan sebagai seorang pelajar kolej di Kuala Lumpur. Konflik tercetus apabila kekasih lama pada alam puntianaknya dahulu datang kembali merebut kasih Ponti yang kini telah menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki bernama Hazuan. |
You are subscribed to email updates from Gosip Artis Malaysia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |