OHBULAN! |
Sharifah Aini Pakai Tudung Kerana Sakit Gigi, Gusi Bengkak Posted: 13 Oct 2010 10:00 AM PDT Fuh, ingatkan pakai tudung kerana usia sudah lanjut, tanda-tanda keinsafan sudah muncul, rupa-rupa'nya Sharifah Aini atau lebih dikenali sebagai Kak Pah menyatakan alasan sakit gigi & gusi bengkak. Ketika majlis amal Malam Juitaku Sayang berlangsung, wartawan bertanya sama ada beliau sudah bersedia memakai tudung, Kak Pah menjawab, "Sebab itu semua kena datang kerana Allah. Bukan sebab kerana terpaksa atau kerana desakan mana-mana pihak. Lagipun Kak Pah tak mahu jadi macam segelintir kawan-kawan artis Kak Pah. Kesian kat diaorang. Sebab diaorang tersepit dengan keadaan ini (bertudung). Jadi, kesimpulannya, Kak Pah hanya akan pakai bila Kak Pah dah betul-betul bersedia dan Kak Pah mahu pakai kerana Allah, bukan kerana sesiapa." Pandai menjawab, penuh dengan nilai-nilai keagamaan serta tidak hipokrit terhadap orang luar. Namun, tuntutan agama tetap satu tuntutan. Kami pun bukan'lah arif tentang agama , tapi kalau pakai tudung pun sekadar untuk menutup kesakitan gigi, nampak sangat seperti tuntutan agama itu dipermain-mainkan sewenang-wenang'nya. Kepada yang pakar agama, sila'lah jawab. Kami hanya mampu mendoakan Kak Pah dibuka'kan pintu hatinya. |
(Shout Award 2010) Nora Danish, Mizz Nina Dicalonkan Dalam Kategori Hot Chick Awards Posted: 13 Oct 2010 09:04 AM PDT Sebentar tadi berlangsung'nya pengumuman calon-calon yang akan dipertandingkan dalam anugerah paling cool di Malaysia, Shout Award 2010. 15 kategori dipertandingkan, namun kami lebih tertarik dengan kategori Hot Chick Awards. Nama-nama besar & popular seperti Nora Danish, Mizz Nina, Maya Karin, Nur Fazura, Scha Al Yahya & Vanida Imran (wtf?) telah dicalonkan dalam kategori tersebut. Nice, tetapi sepatut'nya digantikan Vanida Imran dengan Fasha Sandha, teringin juga kami melihat kedua-dua musuh tradisi Nora Danish & Fasha Sandha berentap untuk anugerah ini. Media Prima guys, give an access of Shout Award 2010 to OHBULAN!, please… Sudah lama kita tidak mengundi, berdasarkan nama-nama di bawah, siapakah selebriti Hot Chick pilihan anda? |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |