Adsense

Ahad, 11 Julai 2010

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|

MelayuKuHebat....|Isu Terkini|Seks|Artis|Gossip|Bisnes|Ebook|


Ibu Cut Tari jatuh sakit terkejut klip seks

Posted: 11 Jul 2010 03:17 AM PDT









JAKARTA - Skandal klip video seks penyanyi Ariel Peterpan bukan sahaja hampir meretakkan hubungan Cut Tari (gambar) dengan suaminya, Johannes Joesoef Subrata, bahkan menyebabkan ibu wanita itu, Ny Tengku Joeransyah Mudadalam jatuh sakit.
Akhbar-akhbar semalam melaporkan, dia sebenarnya sudah mula sakit akibat terkejut sejak isu klip itu didedahkan sebulan lalu dan seorang pembantu di kediaman pengacara seksi itu mendakwa, keadaan ibu Cut Tari tidak berubah sehingga kini.
"Ibu tidak pernah sakit teruk dan ini kali pertama dia jatuh sakit sejak klip itu tersebar luas pada bulan lalu namun setakat ini, dia tidak pernah dibawa ke mana-mana hospital kerana doktor peribadi akan datang membuat pemeriksaan," katanya.
Sehingga lewat kelmarin, Cut Tari dan keluarganya memilih untuk mengurung diri di dalam rumah, sehari selepas dia memohon maaf secara terbuka kepada seluruh masyarakat dan mengaku sebagai wanita di dalam klip video lucah tersebut. - Agensi

Kucing dicekup curi seluar dalam wanita

Posted: 11 Jul 2010 03:16 AM PDT






OSCAR memang menggemari kain lembut sebagai alas tidur.


SOUTHAMPTON - Sepasang suami isteri di England, Peter dan Birgitt Weismantel menghubungi polis selepas mendapati kucing mereka, Oscar sebagai punca banyak seluar dalam wanita yang dijemur di ampaian rumah jiran hilang selama ini.
Pemilik mamalia berusia 12 tahun itu berkata, mereka terkejut menemui sejumlah 70 helai seluar dalam pelbagai saiz selain stoking dan sarung tangan kebun di rumah pasangan tersebut yang dilapor hilang oleh jiran-jiran beberapa minggu lalu.
"Ia mungkin teruja melihat kain fabrik itu dan kemudian dijadikan pula sebagai alas tempat tidurnya," kata Peter, 72, yang memelihara kucing jinak tersebut selepas dijual menerusi satu lelongan amal haiwan pada Krismas tahun lepas. - Agensi

Juara World Cup 2010 – Netherlands Atau Spain?

Posted: 10 Jul 2010 11:01 PM PDT





JUARA WORLD CUP 2010
Keputusan di tempat ke-3 dan ke-4 sudahpun diketahui awal pagi tadi dimana Germany (Jerman) berjaya menduduki tempat ke-3 dan Uruguay tempat ke-4. Germany menewaskan Uruguay dengan jaringan 3-2.
Kami yang menyokong Germany agak risau juga bila Uruguay mula mendahului 2-1. Tapi nasib baik ler Germany berjaya menyamakan kedudukan dan menambah 1 lagi jaringan. Dengan kemenangan Germany ini juga, bermakna 1 lagi 'ramalan' si sotong Paul (a.k.a Paul The Octopus) tepat.
Ok! Lupakan mengenai tempat ke-3 dan ke-4 kerana apa yang lebih penting sekarang ni ialah pasukan manakah yang akan merangkul gelaran juara sekaligus membawa pulang piala cawan (World Cup) bersalut emas tu. Adakah Netherlands ataupun Sepanyol?

Berdasarkan pemerhatian kami, Spain mempunyai potensi yang cerah untuk mencipta sejarah mereka yang tersendiri untuk menjadi Juara World Cup 2010 ini. Ini kerana, semasa menentang Germany pada separuh akhir, pertahanan dan serangan mereka agak seimbang. Jika diteruskan, piala cawan tu pasti jadi milik mereka.
Walau bagaimanapun, keupayaan Netherlands tidak boleh dipandang rendah kerana mereka juga pastinya mahu meraih gelaran juara. So, mereka pastinya sudah mempunyai strategi sendiri bagi mengalahkan Spain. Tambahan pula, Netherlands satu2nya pasukan yg menang semua perlawanan yang melibatkan mereka.
JUARA WORLD CUP 2010
Si Paul The Octopus pula meramalkan yang Spain akan memenangi perlawanan akhir yang akan berlangsung pada jam 2.30 pagi nanti. Adakah ramalan si sotong peramal itu betul? Sama-sama kita nantikan. Pasukan mana pula yang menjadi pilihan anda? Mari kongsikannya dengan kami.

Gambar Erra Fazira yang terbaru

Posted: 10 Jul 2010 10:56 PM PDT





Bukan mudah membawakan watak tokoh ternama di atas pentas teater ni beb, kehadiran tokoh Tun Dr. Siti Hasmah menonton 'dirinya' dipentaskan pastinya menambah gusar di hati Erra Fazira. Namun beruntungnya Erra Fazira apabila diperkenankan sendiri oleh Isteri kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Siti Hasmah yang mengisahkan tentang dirinya dalam Muzikal Tun Mahathir. Selain itu, Erra juga turut merasa gementar menanti reaksi penonton menerusi wataknya dalam Muzikal Tun Mahathir yang bakal dipentaskan di Istana Budaya bermula 24 September hingga 4 Oktober ini. -ManggaOnline

Wanita mati gara-gara menggunakan Vibrator Seks

Posted: 10 Jul 2010 11:14 AM PDT





Bagi wanita bujang yang ingin melampiaskan nafsu seks melalui alat sebaiknya jangan sama sekali. Oktober tahun lalu, seorang wanita British, Nichola Paginton, kehilangan nyawa ketika sedang ghairah menggunakan vibrator sexs.
Baru-baru ini dikeluarkan hasil analisa medisnya oleh para penyelidik yang menyiasat kes ini.
Pengasuh kanak-kanak berusia 30 tahun itu mati ditempat tidurnya dengan keadaan separuh bogel. Di katilnya juga, pihak polis menemukan vibrator seks dan sebuah laptop yang sedang menayangkan film porno.

Hasil pemeriksaan patologi di Gloucester menunjukkan, Paginton mati kerana arritmia atau keadaan tidak stabil irama jantungnya akibat dorongan seks yang menghinggapinya. Ahli koroner Gloucestershire, Alan Crickmore, mengiyakan bahawa aktiviti yang dilakukan wanita berusia 30 tahun ini sebelum kematian menjemputnya.
"Tidak ada yang dapat menjelaskan mengapa wanita ini mati. Tapi, saya menduga ini terjadi kerana serangan jantung,"  kata ahli patologi Universitas Cardiff, Dr Richard Jones.