Adsense

Ahad, 6 Jun 2010

Sensasi

Sensasi


Ayu Raudhah dikatakan ber IQ rendah,menyebabkan kontrak Produk Kecantikan ditamatkan

Posted: 06 Jun 2010 07:36 AM PDT



Sensasi: Ayu Raudhah nie manis orgnya ...tentang tahap IQ Ayu yang dikatakan rendah tue tak taulah mcm mana nak ckp sebab sensasi pun tak mengenali Ayu secara dekat..dekat la jugak adala dlm semeter setengah...(depan TV)

Jom ikuti cerita ini...


WAJAH nan cantik dan sedap mata memandang memang senang untuk dijadikan penyeri produk mahupun jurucakap yang mempromosikan sesuatu jenama.

Tuah badan gadis manis setara namanya, Ayu Raudhah Che Wan, 26, menjadi pilihan pengasas produk Giena Skincare, Beauty Arena Sdn. Bhd., Nor Azizan Ghazali.

Wajahnya yang ayu mendapat perhatian lantas dilantik sebagai duta produk kecantikan Giena Skincare dan Francais Beauty Palace.

Majlis menandatangani kontrak tersebut telah diadakan di The Saujana, Subang pada 11 Mei 2009 lalu.

Tiada angin, tiada ribut timbul cerita yang menyatakan khidmat pelakon yang pernah membintangi siri popular Nur Kasih itu ditamatkan gara-gara gagal berkomunikasi dengan baik.

Malah, timbul isu bahawa pelakon muda ini gagal memberikan informasi lengkap tentang produk seolah-olah membayangkan tahap pemikiran IQ sememangnya rendah.

Temubual bersama Ayu Raudhah:

Kononnya kontrak selaku duta produk Giena Skincare Ayu Raudah dan Francais Beauty Palace sudah ditamatkan. Benarkah?

Sebenarnya dari awal tahun lagi kontrak itu sudah tamat dan tidak disambung atas kesilapan teknikal.

Mungkin boleh ceritakan masalah teknikal yang timbul tersebut?

Saya kini menjadi duta bagi produk Sinari Kolagen. Jadi saya tidak boleh menyambung kontrak saya yang sudah tamat bersama Giena. Itu sahaja.

Ada yang menyatakan kontrak tidak disambung ekoran pihak penaja tidak berpuas hati dengan prestasi anda?

Kalau mahu cakap tentang disiplin, Ayu sentiasa hadir ke sesi penggambaran mahupun promosi yang telah disusun untuk Ayu.

Malah, Ayu sentiasa kemas kini jadual Ayu dan tidak pernah gagal untuk menghadirkan diri. Sampai sekarang sebenarnya, Ayu masih berhubung baik dengan mereka walaupun sudah tamat kontrak.

Sejauh mana pula kebenaran yang mengatakan anda gagal bertindak sebagai jurucakap yang baik. Ada tak kaitan dengan pemahaman yang rendah terhadap produk tersebut?

Ayu sentiasa memberikan jawapan berdasarkan pemahaman Ayu terhadap produk tersebut. Ayu cakap apa yang Ayu tahu dan tidak faham kenapa timbul cerita sebegini.

Mungkin ada yang tidak berpuas hati tetapi hingga kini hubungan Ayu dan Puan Nor Azizan Ghazali iaitu pengasas produk berjalan baik dan dia tidak pernah cakap apa-apa tentang kurangnya pemahaman Ayu terhadap produk tersebut.

Siapakah Pelawak Kaki mabuk?? psst...peserta Raja Lawak~

Posted: 06 Jun 2010 06:56 AM PDT


Sensasi:Okey,Gossip nie dari CAK...yang warna merah adalah clue2 yang dikatakan oleh CAK..manakala yang highlight biru adalah tekaan lah berdasarkan clue..haa mcm kuiz la...oh nooo... takkan lah kedua2 pelawak yang berbakat nie terlibat dgn Arak...???mcm tak percaya saja..tp nie smuanya gosip yang tersebar melalui wartawan,takkan dia nak tipoo kot?? harap2 bang bil (nabil) dgn johan akan membersihkan nama mereka...



PELAKON baru yang dicungkil bakatnya menerusi program realiti
(Raja Lawak?) inimemang tidak pernah senyap daripada kontroversi. Sekarang namanyamemang sudah gah sebagai pelawak dan pelakon terkenal, malah pernahdinobatkan sebagai antara paling popular dalam sebuah majlispenganugerahan. (ABPBH?)

Khabarnya pelakon yang hangat bercinta (Irma Hasmie?) ini adalah kaki botol yang memang ada portnya untuk mabuk. CAK takdelah terkejut sangat mendengarnya sebab sebelum ini pun pernah juga CAK dengar cerita sama. Namun CAK ingatkan dia dah berubah selepas ditimpa pelbagai musibah kebelakangan ini.(eksiden motor?) Rupa-rupanya makin ligat lagi dia menogok air kencing setan itu.

Bila jumpa wartawan, pijak semut pun tak mati. Balik-balik ceritapasal perancangannya nak kahwin, nak kumpul duit, mahu tolong keluargatapi sebenarnya dialah pelakon hebat yang berlakon 24 jam.

Lebih menarik teman CAK ada memberitahu yang tempat lepak untuknyamabuk itu turut disertai seorang lagi artis yang tidak popular manatapi lebih kencang sebagai selebriti bermasalah saja. Kawannya ini punmemang CAK tak berkenan dari dulu lagi sebab perangainya memang takpernah berubah walau berkali-kali kena tegur.

Terbaru, diaterbabit pula dengan satu pergaduhan.(Johan Raja Lawak?) CAK langsung tak terkejut,sebaliknya CAK rasa memang artis ini yang bermasalah hingga hilangsabar orang lain kepadanya.

Mereka memang gemar menghabiskanmasa di kelab itu untuk melapangkan fikiran agaknya. Minum arak sudahmacam minum air mineral ibaratnya.

Namun nak buat macam mana, bukannya dua pelawak ini budak kecillagi. Kalau CAK tegur pun bukannya dia kisah tapi kalau ikutkan hati,nak saja CAK rakam aksi dia mabuk dan jadikan berita muka depan akhbar.Kita tengok macam mana kelam kabutnya dia nak menjawab dengan keluarga.

Artis popular mabuk sakan dipapah ke hotel!...adakah si "F" ??

Posted: 06 Jun 2010 06:33 AM PDT


Sensasi:spekulasi sensasi lah..Sensasi teka je ok...nie rasa-rasanya Fazura kot...Fazura dulu dikatakan seorang kaki clubbing,merokok,mabuk and etc2 oleh wartawan2 hiburan.. Fazura pun ada kes bergaduh dgn wanita hamil dekat court,kes gaduh dgn Fasha sandha...

Ada spekulasi mengatakan bahawa Aktress yang dikatakan itu adalah Fasha Sandha tp,sensasi rasa bukan..sebabnye Fasha tak mengaku pun Jejal tue pakwe dia..lagipun Fasha tak pernah ada kontroversi mabuk..tp fazura ader...

Lgpun Fasha kalau boleh nak selindung sgt hubungan dia dgn Jejal jadi mana mungkin dia nak tido hotel 3 minggu dgn jejal..lgpun Fasha tue very the busy women,hari2 i baca twitter die di lokasi penggambaran okehs...i luv u fasha!ahaha..

lagi speku ini adalah berdasarkan gosip,Bodyguard pakwe..dgr kata Fazura bercinta dgn kerabat2 atau anak VIP jugak kans...??

So apapun spekulasi..semuanya tetap kontroversi..harap2 org lain la....

Gosip dari Zubir:

HIPOKRIT! Itulah yang berlaku kepada seorang artis wanita yang popularini. Dia pernah berjanji dengan rakan wartawan, tak mahu mabuk-mabuklagi dan bersosial hingga ke pagi di pusat hiburan. Dia mendakwa, inginmenjadi artis yang baik, zaman kontroversi dah berlalu. Tambah artisitu lagi, tumpuannya sekarang ialah terhadap kerjaya dan memeliharahubungan baiknya dengan teman lelakinya, anak seorang tokoh korporatberstatus VIP!

Tapi, itu hanyalah janji-janji manis artis popular itu di hadapanwartawan. Bagi Zubir, artis sanggup bersumpah untuk menidakkankebenaran, padahal kebenaran sudah di depan mata, cuma tidak ada CCTVyang merakam kerakusan artis berkenaan melakukan aktiviti tidakbermoral yang boleh dikategorikan sebagai keterlaluan!
Menurut cerita sumber yang mempunyai kenalan di kalanganpengawal peribadi, artis berkenaan sudah tiga minggu tidak pulang kerumah, sebaliknya sudah hampir tiga minggu menetap di suite mewah disebuah hotel bertaraf lima bintang di kawasan segi tiga emas, KualaLumpur bersama teman lelakinya itu! Apa lagi aktiviti mereka apabiladuduk berdua-duaan dalam bilik hotel, takkan main play station? Suatumalam kira-kira jam 3 pagi, artis berkenaan dan teman lelakinya yangbaru pulang dari sebuah pusat hiburan, mabuk tahap maksimum ketikamereka sampai di hadapan lobi hotel berkenaan. Untuk menutup aib,kira-kira 10 pengawal peribadi teman lelakinya menutup laluan keluarmasuk ke lobi berkenaan apabila artis popular bersama teman lelakinyakeluar dari kereta mewah, terpaksa dipapah beramai-ramai menyelinapmasuk ke dalam hotel.

Kedua-duanya terus dipapah sehingga masuk ke dalam lif menuju ke bilikpenginapan mereka di tingkat paling atas hotel berkenaan. Selepasaktiviti memapah itu selesai, barulah beberapa tetamu hotel yang barupulang, dibenarkan memasuki premis lobi hotel berkenaan.

Moral kisah ini, artis wanita itu memang hipokrit tahap gaban!

Aziz M.Osman (48 tahun) & Puteri Lily (21tahun) Selamat Bernikah

Posted: 06 Jun 2010 06:14 AM PDT



Sensasi:nampaknya sekali lagi Aziz M.Osman selamat bergelar suami kepada Wanita yang sgt muda..perbezaan umur 27tahun bukanlah penghalang mereka untuk menjadi suami isteri..huhuhu

27 tahun..mmg la sgt2 berbeza...Wife die nanti umur 35,aziz dah 62 tahun...Wife aziz nie cuma setahun lebih tua drpd anak sulung aziz sendiri..jodoh kan..rezeki aziz la dapat bini muda..hehe

Apa-apapun sensasi doakan agar perkahwinan aziz kali ini bekekalan hingga ke akhirnya la..









KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, pengarah filem dan drama popular Aziz M. Osman, 48, kini sah bergelar suami kepada Puteri Lily Lokman, 21.

Aziz dinikahkan sendiri oleh bapa kepada pengantin perempuan yang juga aktivis teater, Lokman Ghani, 52, di hadapan Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) Abdullah Hashim serta ahli keluarga dan kenalan.

Majlis akad nikah diadakan di Masjid Negara, di sini kira-kira pada pukul 10.10 pagi tadi.


Kekosongan hati Aziz selama hampir dua tahun kembali terisi dengan kehadiran Puteri Lily menjadi suri hatinya.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah sejadah, Al-Quran, baju kemeja, tali pinggang, set minyak wangi jenama Bvlgari, coklat, sireh junjung dan sebentuk cincin.

Sementara pihak lelaki membalas tujuh dulang hantaran termasuk Al-Quran, sejadah, telekung, set alat solek, set minyak wangi Bvlgari dan sebentuk cincin.


Deretan dulang hantaran daripada kedua-dua belah pihak mempelai.
Kedua-dua mempelai kelihatan cukup berseri apabila mengenakan pakaian nikah berwarna kelabu rekaan butik De Casa Impiana.

Majlis resepsi Aziz dan Lily akan berlangsung pada malam ini di Restoran Seri Melayu, Jalan Conlay bermula pukul 8 malam ini.

Pernikahan Aziz dan Puteri Lily merupakan perkahwinan yang keempat selepas perkahwinannya terdahulu termasuk dengan aktres dan produser drama, Nur Aliah Lee.


Aziz mengucup dahi Puteri Lily selepas menyarungkan cincin di jari manis isterinya.

Sementara perkahwinannya dengan seorang ustazah, Nor Radhiah Ramli, 22, pada 16 Ogos 2008 dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu kerana wanita berkenaan masih dalam tempoh edah ketika majlis pernikahan dilakukan.

Hasil perkahwinannya yang lalu, Aziz dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri Nurul Fatehah, 20, Puteri Nur Asyiqin, 15, Putera Mohd Aiman, 13, Puteri Nur Aisya, 9, Puteri Nur Ain, 7 dan Putera Mohd. Ameen, 5.

Ifa Radziah dihentak helmet oleh adik lelaki dan hampir ditikam.Report polis sudah dibuat

Posted: 06 Jun 2010 05:49 AM PDT

Sensasi:huh dasyat la zaman skrg nie..semuanya pemarah dan laser2 belaka....dan byk pulak adik beradik bergaduh,anak saman bapak,anak derhaka kat mak,ada jugak anak bunuh bapak,penggal kepala kalau korang igt lagi la....mcm-mcm story ada..terbaru kes Ifa Radziah yang dihentak dengan helmet kat kepala,dan hampir ditikam oleh adiknya tp sempat mengelak..huhuhu.. Bg sensasi nie semua terjadi akibat tak jaga mulut dan kurang sabar,tak pikir panjang..Ifa kan laser,kerana mulut badan binasa kata org2 dulu..mmg betull,sebab kata2 sahaja manusia boleh saling berbunuhan okeys..and adik dia pulak,sebagai lelaki kene la bykkan bersabar dgn wanita plak tue,tambah2 kakak sendiri..aduhai.. tp yg sensasi tak faham,,nak bayar hutang kat arwah emak?dah meninggal camana nak bayar hutang lagi?? u ol baca jer berita kat bwh nie yer..



Hubungan Ifa Raziah (gambar) dengan adik lelakinya masih keruh berikutan insiden penyanyi dangdut, pengacara dan pelakon popular itu diserang dan kepalanya dipukul dengan topi keledar akibat perselisihan faham Khamis lalu.


Ifa bagaimanapun berkata dia menyerahkan perkara tersebut kepada pihak polis selepas membuat laporan di Balai Polis Kubang Pasu, Jitra, Kedah, pada hari berkenaan.

Penyanyi lagu Panas itu juga tidak akan menarik balik laporan yang telah dibuat dan menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk mendakwa adiknya di mahkamah.

"Biar undang-undang yang tentukan. Saya tak boleh nak komen apa-apa dan kita tunggu sahaja keputusan mahkamah," katanya

Kata Ifa, selepas insiden itu hubungan dia dengan adiknya masih keruh dan mereka belum lagi bertemu.

"Walaupun dia berperangai buruk sekalipun, dia tetap adik saya. Ibarat air yang dicincang tidak akan putus.

"Soal saya maafkan dia atau tidak, hanya saya dan Allah yang tahu," katanya.

Bagaimanapun, Ifa yang kini berada di ibu kota sedang menunggu laporan doktor yang dijangka siap esok setelah mendapatkan rawatan di Hospital Jitra.

"Saya masih boleh melakukan kerja seperti biasa tetapi saya tidak boleh pastikan sama ada serius atau tidak kecederaan yang berlaku akibat hentakan di kepala. Kita tunggu sahaja laporan doktor," ujarnya.

Bagi Ifa, kalau boleh dia tidah mahu hebohkan perkara tersebut kepada khalayak kerana ia melibatkan masalah keluarga namun dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana insiden itu mula diperkatakan orang.

Menurut Ifa, punca perselisihan faham berlaku apabila dia meminta adik lelakinya itu melunaskan semua hutangnya kepada arwah ibu mereka, Maimunah Ahmad yang meninggal dunia pada 1 Jun lalu di Kodiang, Kedah.

Jokes: [18SX] Guys, sapakah pilihan anda???

Posted: 05 Jun 2010 04:02 PM PDT



kekeke...kepala org ke..kepala ikan...lu pikir lah sendiri

Sensasi Review :Filem Lagenda Budak Setan agak mengecewakan

Posted: 05 Jun 2010 09:32 AM PDT


Sensasi: Sebagai seorang pembaca "Novel terhebat" masa zaman skolah..iaitu novel "Lagenda Budak Setan"....sensasi berasa hampa dan kecewa dgn filem Lagenda Budak Setan...sememangnya..tak boleh compare dgn novel sebenar karya Ahadiat Akasyah.. Dalam Filem nie...hanya mcm 30% sahaja ada sikit2 mcm lagenda budak setan..jalan ceritanya mmg la sama..tp aura cerita tue mmg tak berkesan..

Ok antara sensasi rasa mmg tak best dlm filem ini ialah:


-Watak Lisa Surihani sebagai Ayu sgt singkat..diganti dgn pelakon baru Sqikin Kamal..sgt3 tak best..sebab2nye..Shiqin tak berapa lawa dibandingkan dgn Lisa...why lisa buat pembedahan plastik muka..tp seluruh bdn jadi hitam...ya,lisa puteh..and Sqikin hitam..jd potong stim lah tgk dia berlakon..tak best siut..then dia berlakon pun mcm blur2 je...dan nampak sgt "berlakon" tak real lah!kaku..

-Gandingan Lisa dan Farid Kamil agak tak chemistry,walaupun kedua2nya cantik dan hensem..romantik tapi mcm tak sejiwa mcm Kasyah dah Ayu..

-Watak Fazura sebagai Katrina @ kate..mcm watak bodo22 yg tak memberi impak pada filem tue...kalau org x penah baca novel mesti tanay..apsal ngan pompuan nie syok sendiri.padahal dlm novel,katrina adalah heroin kedua...memainkan impak besar pd novel tue..maybe fazura tak seswai pgg watak katrina..kalau sensasi mgkin sensasi akan pilih Diana Danielle..nanti sensasi bg sebab2nyer..

-watak kwn2 baik kasyah,langsung tak mcm dlm novel...ceh...takde kesan..

-jalan cerita berubah..sbb di simplify..dipendekkan so jdi tak best sgt..

-mak Ayu mcm bodo2 je ikut ckp azmi..dlm novel takdela mcm tue...

-bahasa dlm novel Lagenda budak setan adalah sgt sempoi,bahasa pasar,updated..tp bahasa dlm filem nie..mcm baca skrip sastera ..punyalah ikut tatabahasa....skema jer..

-byk scene shiqin kamal nie mcm boroi sikit...lol




Apa yang berbeza antara novel sebenar dgn Filem ini?


-dlm novel,watak kasyah ,ayu dan rakan2 berada di zaman sekolah menengah ..duduk asrama..skolah budak2 pandai.. dlm filem,mereka di alam kolej..(mcm budak2 spoil je tgk..i mean,spoil~kaya,manja,gedik)

-dlm novel ~Kasyah sgt nakal,suka buli org,pandai main bola,slalu mewakili skolah dlm sukan,wpun nakal ,study sgt gempak..ada cikgu yg sgt bencikan kasyah sbb nakal,tp ada cikgu yg sokong kasyah sbb dia budak pandai yg slalu mengharumkan nama skola,girl byk suka dia,tp dia mmg tak layan and anti pompuan... dlm filem,kasyah jahat nakal,takde sebut kata dia pandai,takde tunjuk dia mengharumkan nama skolah..dia adalah jahat semata2 budak setan..haha..jadi x nampak apa karisma kasyah dlm filem nie..dlm novel,dia adalah lelaki berkarisma,wpun nakal..

-dlm novel~ kawan2 kasyah adalah kwn sehidup semati..mmg bestfren gile2 la..and buat mcm2 kenakalan ,kawan2 kasyah sedar perubahan kasyah sbb ayu tak layan kasyah pada awalnye,dan berkongsi cerita,and nasehat2....dlm filem,..watak kwn2 dia just utk huha je..takde utk sedih2 ke luah2 perasaan ke..

-Dlm novel Pada awalnye ayu benci kasyah,sbb kasyah selalu memalukan ayu(wpun kasyah xpernah berniat mcm tue,kasyah dah sukakan ayu sejak nampak ayu baca buku sambil berjalan )..tp lama2 ayu suka kasyah..tp agak susah utk kasyah memenangi hati ayu,wpun ayu diam2 sukakan kasyah...dan ayu smpt rapat dgn lelaki hensem bernama syamsul sbb taknak layan kasyah(syamsul playboy skola yg jatuh cinta dgn ayu) then kasyah cemburu sampai bertumbuk ngan syamsul,and kaysah pun bg ayu trophy kemenangannya dlm sukan bola..tp diubah jadi,"trophi pencuri hati nombor 1" dan bg kat ayu..ayu sungguh2 nak menolak cinta kasyah pada mulanya dan ckp yg dia dah terlanjur dgn azmi,tp sbanrnye dia x pernah terlanjur dgn azmi....tp dlm filem nie~ ayu mudah sgt jatuh cinta dgn kasyah..langsung takde susahnye nak ngorat ayu..senang jer!haha...and dlm cita nie seolah2 ayu betul2 terlanjur dgn azmi..

-dlm novel ayu buat pembedahan plastik menukar wajahnya..tp still dia kelihatan sgt cantik mcm bidadari..tp dlm filem nie,ayu yg berubah jd tak lawa sgt...ordinary jer..



-katrina@ kate dlm novel adalah seorang lady boss yg garang,tp cantik,sophisticated,modern,mcm model,and mcm mix mat salleh,digeruni staff2 sbb mcm singa,tak suka lelaki sbb ex bf nyer gay..kasyah pun memula takut..and Kate sgt strict..tp sbb kasyah nie pandai,berkarisma dan byk membawa keuntungan,kasyah jd org penting dlm company dan menang byk anugerah ,masuk magazine sume..then barulah katrina fall in love dgn kasyah..dan kasyah pun dah suka dgn kate dan hampir nak melupakan ayu sbb ayu dah hilang ingatan..kasyah suka kate,and kate bwk kasyah mkn malam wif her family and her dad suka sbb kate selama nie x suka lelaki dah..
tp dlm filem katrina jer yg syok kat kasyah,and katrina dr awal2 mcm gelabah syok kat kasyah dan tak garang pun mcm watak kate dlm novel..so watak katrina bodo2 jer..mcm takde maknanye..

-dlm novel,ayu hlg ingatan,then dia terbaca magazine ada gambar kasyah,and again she fall in love dgn kasyah n she totally x ingt that kasyah ialah kekasih dia..dia tulis surat nak jumpa kasyah..then kasyah dpt surat2 drpd peminat..tp dia kenal tulisan ayu,dan bergegas pegi jumpa ayu kat kmpg dan ajak ayu kawen,sbb ayu pun fall in luv ngan dia..ayu setuju...and dat tyme la kasyah mengecewakan Kate ckp dia nak kahwin,padahal kate dah serius nak ngan kasyah..terus kate nak lari ke LA.. dlm filem ayu sgt blur dan ckp pun kasar,"aku kau"and derang kawen sbb kasyah yg nak..haha..i mean bukan sbb ayu fall in love ngan kaysah again..so x besh..

-dlm novel mak kasyah masih hidup lg..tp dlm filem dah meninggal :P


pendek kata...filem LBS ini..kurang impak berbanding novel sbb hanya babak2 penting saja diambil sbb nak memendekkan jln cerita..tp siyesly...rating i could give is only 2 star...

part plg real:tyme azmi pukul ayu sampai berlebam2 muka ayu...thats a very tragedic scene..


why kasyah kene pakai subang kat telinga?huhuhu