Ramai antara kita yang mempunyai masalah untuk memilih 'white balance' yang betul semasa merakam gambar. Tidak salah jika kita memilih 'white balance' mengikut kehendak kita. Yang penting memenuhi apa yang kita mahukan. Biasanya masalah timbul jika kita berada di dalam rumah, dewan, hotel yang menggunakan pelbagai jenis cahaya lampu.
Untuk mendapatkan gambar-gamabr di bawah ini, saya memilih 'white balance' yang sesuai dengan keadaan di lokasi di dalam dewan. Ini kerana terdapat 2 jenis cahaya yang digunakan, lampu kalimantang dan spotlight. Suhu warnanya amat berbeza.
Selebihnya adalah gambar-gambar semasa sesi outdoor.




#Tip:  Untuk membuat pilihan 'white balance' yang mudah, kita boleh shoot permukaan yang bewarna putih di lokasi tempat kita merakam gambar. Jika hasil yang kita dapat adalah putih, maknanya tetapan 'white balance' yang kita pilih sudah betul. Jika kekuningan, kebiruaan atau kemerahan, tukarkan pilihan 'white balance' pada kamera kita sehingga mendapat warna putih yang betul pada skrin kamera kita.

Boleh juga kita gunakan permukaan yang bewarna kelabu/grey. Penggunaan 'grey card' juga amat sesuai untuk tujuan ini.



Ingat ya, tidak salah jika anda memilih 'white balance' lebih ke kuning, biru atau merah. Apa yang penting adalah menepati apa yang kita mahukan.
Untuk gambar-gambar di atas, saya menggunakan Auto 'white balance'.
Kepada Shikin dan Saiful, selamat datang ke dunia baru. Semoga bahagia sepanjang hayat :)
…GO!!! :)
 kredit noorizamsabran