Adsense

Isnin, 21 Jun 2010

borak kosong

borak kosong


Ehwan.....100 ekor ayam

Posted: 21 Jun 2010 11:23 AM PDT

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk membeli ayam di kedai Pak Romee.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya)." Pak Romee: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan." Selepas itu, Pak Romee memanggil anak buahnya yang bernama Ehwan Afendi dan memberikan arahan...

Pak Romee: "Wan, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."

Ehwan : "hantar ayam? Beres Tuan !"

Esoknya dengan menunggang motor si Ehwan pergi menghantar100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran. Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Ehwan. Tetapi si Ehwan tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak. Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Ehwan ketawa ...

Orang yg bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak sakit kan?"

Ehwan : "Ha... ha... ha... !"
Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"

Ehwan: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha.. ha.. ha..."

Terpaksa TERJUN sendiri.....

Posted: 21 Jun 2010 10:54 AM PDT

Seorang bapa Gary Jowett terpaksa terjun sendiri untuk menyelamat anaknya yang hampir lemas di sebuah pusat renang awam.Ini disebabkan 'life guards' gagal berbuat apa -apa.Jurulatih renang anakya juga tidak berbuat apa-apa sebaliknya hanya menekan loceng kecemasan.
Dia yang melihat kejadian itu dengan pakain lengkap terus terjun untuk menyelamatkan anaknya.

Pengantin baru DAN gangguan kesihatan

Posted: 21 Jun 2010 10:07 AM PDT

Sepasang pengantin baru mengalami gangguan kesihatan. Setelah diperiksa dengan teliti, doktor memberitahu perkara itu disebabkan oleh hubungan seks yang terlalu kerap.

"Untuk sementara waktu ini, anda berdua dinasihatkan supaya menghadkan kegiatan seks. Sebaiknya dua kali saja seminggu sahaja. Untuk memudahkan mengingat, saya sarankan untuk melakukan hubungan ini hanya pada hari yang bermula dengan huruf S, iaitu Selasa dan Sabtu," saran doktor.

Akan tetapi pada malam ketiga berpuasa dari membuat hubungan itu, si suami tidak dapat lagi menahan nafsunya lalu mencumbui isterinya yang sedang tidur sehingga isterinya terjaga.

"Hari ini hari apa bang?" tanya si isteri.

"Sumaat"

Sampai Ipoh.....

Posted: 21 Jun 2010 09:24 AM PDT

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh.. cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpang disebelahnya.

"Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang disebelahnya menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam, dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata..

"Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

2 hantu

Posted: 21 Jun 2010 07:19 AM PDT

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.

NAUNGAN ALLAH

Posted: 21 Jun 2010 05:59 AM PDT

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : "Tujuh golongan manusia yang di beri perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu : Imam (pemimpin) yang adil , pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah , lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid , orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana kedua berkumpul dan berpisah kerana Allah , seorang lelaki yang di ajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina lalu ia menjawab "Aku takut kepada Allah," seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya  itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang di belanjakan oleh tangan kanannya , seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya." (Riwayat at -Tirmidzi)

kejap11

Posted: 21 Jun 2010 05:20 AM PDT

Dari Ubadah bin As-Samit r.a berkata,"Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Allah telah mewajibkan solat lima waktu kepada hamba-hambaNya.
Barangsiapa yang menunaikannya dengan baik,tidak mensia-siaknnya sedikit pun
kerana meremehkan haknya,maka baginya ada perjanjian dengan Allah
untuk dimasukan kedalam syurga.Barang siapa yang tidak menunaikannya,
maka tiadalah janji baginya dengan Allah,jika Allah menghendaki
dia akan disiksa dan jika Allah menghendaki,dia akan masuk ke neraka."
(HR Abu Daud,Nasa'i,Ibnu Hibban dan Imam Malik)

Budak 3 TAHUN DISERANG MUSANG

Posted: 21 Jun 2010 03:13 AM PDT

Seorang budak berusia 3 tahun diserang oleh seekor musang ketika menghadiri satu keraian di  taman permainan .Dia mengalami kecederaan di  kaki dan tangan akibat gigitan musang itu .Inilah kejadian kedua selepas dua minngu kejadian budak kembar diserang musang di rumahnya.Budak itu telah dibawa ke hospital dan menerima rawatan serta dibenarkan pulang kerumah.

Saya cuma jalankan tugas....

Posted: 21 Jun 2010 01:23 AM PDT

Saya cuma jalankan tugas...itulah kata seorang doktor yang di tuduh membunuh 20 orang pesakit termasuk anaknya sendiri yang menghidapi kanser. Dia melakukan perkara tersebut kerana untuk mengurangi derita pesakit.Dia juga pernah didapati tidak bersalah menyuntik 3 orang pesakitnya dengan ubat penahan sakit yang berlebihan.Pengakuannya yang terbaru menyebabkan pihak polis membuka kesnya kembali.-kosmo

Pemain Peranchis Boikot Latihan?

Posted: 20 Jun 2010 11:22 PM PDT

Pemain Peranchis seperti hilang semangat juang.Partrick Evra bertengkar dengan jurulatih kecergasan di tengah padang kemudian dia dan pemain-peamin lain meninggalkan padang latihan.Ini gara-gara protest akibat menghantar balik Nicolas Anelka.

Walaupun mereka mempunyai ramai pemain yang berbakat di sekitar Eropah tetapi tidak menunjukkan satu pasukan yang boleh memenangi Piala Dunia ini.Mungkin inilah pasukan Peranchis yang paling teruk beraksi di Piala Dunia.Jurulatih pula gagal untuk menaikan semangat pemain-pemain atau memupuk semangat harmoni didalam pasukan.Tiada semangat AYAM JANTAN

Pelajar Universiti merusuh gara-gara Piala Dunia

Posted: 20 Jun 2010 09:57 PM PDT

Sebuah Universiti terkemuka Bangaldesh tertutup Ahad lalu selaepas lima orang cedera dalam rusuhan mahasiswa yang menuntut masa bagi perlawanan bola sepak piala dunia.Pelajar yang mambawa kayu mengamuk di Universiti Kejuruteraan dan Teknologi ibu kota Dhaka kerana mahu penggal penggajian di pendekkan agar mereka boleh menonton siaran perlawanan Piala Dunia-lanjut

p/s Begitu dahsyat penangan piala dunia ini-pelajar yang bijak pun boleh tewas dengan penanganannya...

Padah Kasih Isteri orang

Posted: 20 Jun 2010 09:00 PM PDT

Seorang pemuda yang berumur 18 tahun di belasah oleh sekumpulan lelaki di Alor Setar akibat menjalinkan hubungan dengan isteri orang.Dia yang sering datang kerumah wanita yang barusia 26tahun itu ketika ketiadaan suami wanita itu dirumah.Mangsa mendakwa dipukul dengan kayu menyebabkan mukanya parah dan  kakinya patah.Suaminya seorang peniaga dan semua anaknya sering mengikutinya keluar berniaga menyebabkan wanita itu mengambil kesempatan membawa kekasihnya datang kerumah.-hmetro

p/s gunakan akal jangan gunakan nafsu untuk membuat sesuatu tindakan

Di usir kerana gemuk

Posted: 20 Jun 2010 07:42 PM PDT

Hasratnya nak menziarahi ibu saudaranya yang nazak kerana kanser tapi kerana badan yang gemuk di telah diusir.Dia cuma akan dibenarkan menaiki kapalterbang lain kalau dia membayar tiket penuh untuk dua kerusi.Dia tidak mampu untuk membayar tambangnya akibat peristiwa ini dia tidak dapat berjumpa mak saudaranya kerana meninggal dua hari selepas tarikh sepatutnya dia terbang.-kosmo online

p/s kenapa masih timbul diskriminasi macamni lagi????

Suami tangkap isteri khalwat pada hari bapa

Posted: 20 Jun 2010 06:32 PM PDT

Hari Bapa sepatutnya di sambut dengan gembira semalam tetapi tidak bagi seorang lelaki yang berusia 26 tahun apabila isterinya sendiri di tangkap berkhalwat dengan seorang lelaki di bilik sebuah hotel Port Dickson.Kegiatan ini terbongkar apabila suami wanita itu sendiri melakukan intipan dan melaporkan kepada Jabatan Hak Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS)-kosmo

Kekasih Bapa Kena Belasah

Posted: 20 Jun 2010 05:55 PM PDT

Seorang remaja bertindak nekad menghentak kepala seorang wanita  dengan topi keledar.Dia melakukan ini kerana berasa berang kerana bapanya menjalinkan hubungan dengan wanita yang bekerja di sebuah stesen minyak.Remaja itu mengetahui bapanya mempunyai hubungan setelah diberitahu ibunya.Perbuatan itu terbongkar apabila bapanya tertinggal telefon bimbit di rumah dan kebetulan janda itu pula membuat panggilan yang di jawab oeh isteri lelaki itu.