macam macam hiburan terkini |
- Qi Razali Sahkan Nelydia Senrose Kekasihnya
- Alif Satar Gementar Temui Keluarga Kekasih
- Bakal Tunang Hafiz Hamidun Kahwin Lelaki Lain
Qi Razali Sahkan Nelydia Senrose Kekasihnya Posted: 12 Jul 2013 03:19 PM PDT PETALING JAYA: Pengacara program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM), Qi Razali akhirnya membuat pengakuan secara sah iaitu sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Nelydia Senrose walaupun sebelum ini menepis gosip tersebut. Qi atau nama sebenarnya Qushairi Razali, 35, berkata, kematangan dan sikap kelakar Nelydia, 19, membuatkan persahabatan mereka bertukar menjadi serius iaitu sebagai pasangan kekasih selain mereka berkongsi banyak minat sama. "Sebelum ini hubungan kami memang hanya kawan tetapi sekarang ia telah menjadi cinta. Saya mengakui, Nelydia adalah kekasih saya. "Bagaimanapun biarlah percintaan ini berjalan dengan perlahan-lahan kerana saya tidak mahu kegagalan dahulu berulang," katanya kepada mStar Online. Qi sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna sebelum berpisah secara baik untuk membawa haluan masing-masing. Yuna kini berada di Amerika Syarikat untuk mengembangkan kerjaya dan akan melancarkan album terbaharunya pada Oktober depan. Nelydia Senrose. Dalam perkembangan sama, Qi berkata, dia berhasrat untuk tidak bercinta terlalu lama dan meletakkan tempoh masa selama dua tahun untuk mereka mengenali hati budi masing-masing. Jelas Qi, pada usianya sekarang keinginan untuk mempunyai keluarga sendiri semakin menebal sehinggalah dia membuat keputusan menjadikan Nelydia sebagai kekasih sebelum diangkat menjadi isteri. "Bagaimanapun saya tidak mahu terburu-buru kerana kerjaya Nelydia pun sedang meningkat dan biar dia tumpu kepada kerjayanya dahulu. "Cuma perancangan saya tidak mahu bercinta terlalu lama kerana usia saya pun bukannya muda lagi," jelasnya. Tambah Qi, dia juga ada beberapa kali berjumpa dengan keluarga kekasihnya itu dan selesa dengan kematangan wanita berkenaan walaupun dia masih muda. Dalam perkembangan lain, Qi berkata, dia kini sibuk dengan penggambaran JJCM untuk edisi bulan Ramadan sebelum terbang ke Argentina bagi penggambaran musim terbaharu program Art Attack pada 18 Julai depan. |
Alif Satar Gementar Temui Keluarga Kekasih Posted: 12 Jul 2013 03:17 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi lagu Lelaki Seperti Aku iaitu Alif Satar mengakui gementar untuk bertemu dengan keluarga kekasihnya pada majlis berbuka puasa dalam masa terdekat ini. Alif, 23, berkata, perasaan itu timbul kerana ini adalah kali pertama dia akan bertemu dengan keluarga teman wanitanya yang dikenali sebagai Shadila, 29, selepas tiga tahun bercinta. "Insya-Allah saya bakal bertemu dengan keluarga kekasih dalam masa terdekat ini untuk berbuka puasa. "Sudah tentu rasa gementar dan gugup itu ada dan berharap semuanya berjalan dengan lancar," katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa di Hotel Royale Bintang Damansara di sini, Khamis lalu. Dalam perkembangan sama, Alif berkata, dia tidak melihat perbezaan usia sebanyak enam tahun sebagai satu masalah dalam sesebuah hubungan kerana apa paling penting persefahaman di antara dua pihak. Kata Alif, dia sangat selesa dengan Shadila dan tidak pernah memikirkan soal usia apabila bersamanya. "Saya selalu rasa kami sebaya dan paling penting kami selesa di samping persefahaman yang menjadikan sesuatu hubungan itu kuat dan bukannya jarak usia," katanya. Ditanya adakah dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, Alif berkata dia meletakkan perkara itu kepada jodoh namun berharap hubungan tersebut akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Dalam perkembangan lain, Alif berkata, bersempena bulan Ramadan kali ini dia berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menjual sejenis kuih tradisional Melayu iaitu biskut bakar. Jelas Alif, penglibatannya itu hanya secara suka-suka dan ingin membantu ibu saudaranya yang membuat kuih berkenaan bersempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri. "Peminat atau sesiapa yang membeli lima balang dan ke atas saya sendiri akan hantar biskut berkenaan ke rumah mereka sebagai tanda penghargaan kepada mereka. "Tetapi penghantaran itu hanya terhad di Lembah Klang sahaja," ujarnya. Tambah Alif peminat yang berminat untuk mendapatkan kuih berkenaan boleh membuat tempahan menerusi laman Instagramnya di Alifsatar. |
Bakal Tunang Hafiz Hamidun Kahwin Lelaki Lain Posted: 12 Jul 2013 03:16 PM PDT PETALING JAYA: Penyanyi Hafiz Hamidun benar-benar kecewa kerana terpaksa melupakan hasrat untuk meminang kekasihnya dari Indonesia apabila wanita tersebut sudah pun berkahwin pada April lalu. Hafiz, 29, berkata, sepatutnya dia dan keluarga telah merancang untuk menunaikan umrah di Mekah dan pada masa sama berjumpa dengan keluarga wanita berkenaan yang menetap di negara Arabitu situ pada Mac lalu. Bagaimanapun sebelum bertolak, Hafiz diberitahu kekasihnya itu sudah dipinang orang. "Kami sudah hampir setahun berhubungan. Tetapi nak buat macam mana, tak ada jodoh. "Tak sangka, ketika saya dan keluarga hendak ke Mekah, bekas kekasih memberitahu melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) dia akan bertunang dan berkahwin dengan orang lain. "Saya kecewa, tetapi akur bahawa dia bukan jodoh saya. Bapa wanita itu memberi alasan yang dia ingin mengahwinkan anaknya dengan lelaki sebangsa dan pada masa sama menetap di Mekah," katanya. Hafiz ditemui pada pelancaran iklan raya filem pendek Mamee di Restoran Rebung di sini pada Khamis lalu. Bagaimanapun katanya, baru-baru ini, dia telah diperkenalkan dengan seorang wanita ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya dan terus melamar wanita itu. "Benar, saya melamar dia masa itu juga selepas terpaku melihatnya. Dia pun terkejut dan menerima lamaran itu. "Tetapi kami memberi peluang mengenali diri masing-masing dalam tempoh masa beberapa bulan sebelum merancang untuk berkahwin pada awal tahun depan,"ujarnya. Sementara itu, dalam perkembangan lain, Hafiz bakal melancarkan album keduanya berjudul Zikir Terapi 2 pada 22 Julai depan selepas kejayaan album Zikir Terapi pertama yang meraih jualan 150,000 unit. "Alhamdulillah, di saat masalah jualan album yang merudum, album zikir saya berjaya. Harap-harap album seterusnya ini turut mendapat respons yang baik," katanya. |
You are subscribed to email updates from macam macam sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |