Berita Harian: Hip |
Posted: 08 Jul 2013 04:34 PM PDT Bekas pelajar AF seloroh mahu merisik rakan seperjuangan pada Aidilfitri ini Sehingga ke hari ini status hubungan dua bekas pelajar Akademi Fantasia (AF), Akim Ahmad dan Stacy Angie, masih menjadi tanda tanya. Biarpun hangat dikatakan bercinta sejak beberapa tahun lalu, namun dua penyanyi ini tidak pernah mengesahkan perkara itu. Sikap mereka yang suka berselindung mula menimbulkan rasa kurang senang di hati peminat sehingga ada yang menggelarkan Akim dan Stacy hipokrit dan penipu.
Baru-baru ini, seorang wanita yang mendakwa dirinya peminat Stacy menghantar kiriman e-mel kepada wartawan B*Pop, mendedahkan mengenai keakraban pasangan itu. Dia mendakwa Akim dan Stacy sudah saling mengunjungi keluarga masing-masing dan hubungan mereka mendapat restu keluarga. Diajukan pertanyaan berhubung perkara itu kepada Akim, yang ditemui pada majlis pelancaran drama Kampung Girl untuk slot Zehra di TV3, anak muda dari Johor itu tidak menafikan hubungan akrabnya dengan keluarga Stacy. Malah, dia turut berseloroh berkemungkinan akan melamar gadis itu pada Aidilfitri nanti. "Memang saya pernah berkunjung ke rumah keluarga Stacy di Sabah, manakala pada Hari Raya tahun lalu Stacy meluangkan masa menziarah keluarga saya di Johor. Insya-Allah jika tiada aral melintang mungkin kami akan beraya bersama tahun ini. Mana tahu kunjungan kali ini menjadi acara merisik pula?" kata Akim berseloroh. Keakraban dipertikai
Kata Akim lagi, mungkin kerana mereka berlainan jantina, masyarakat begitu mudah menelah dia dan Stacy mempunyai hubungan istimewa. "Saya juga rapat dengan Hafiz, tetapi orang tidak heboh pula sebab kami sama jantina. Tapi disebabkan Stacy perempuan, jadi keakraban kami dipertikaikan. "Saya mengaku senang berkawan dengannya, malah hubungan dengan keluarganya juga baik. Saya suka dengan keluarga Stacy kerana mereka melayan saya dengan baik. Begitu juga saya suka dengan budaya masyarakat Sabah. "Keluarga saya juga tiada masalah dengan Stacy. Seandainya ditakdirkan ada jodoh antara kami, saya tidak menolak kerana soal jodoh pertemuan, ajal maut bukan kuasa kita," kata Akim yang bergandingan dengan Nad Zainal dalam drama arahan Heykal Hanifah itu. Jadi pengacara pula Berbicara mengenai dunia seni seni pula, Akim akui kerjayanya tidak begitu menyerlah jika dibandingkan sebelum ini. Dia yang baru saja muncul dengan lagu berjudul Menunggu berkata, peluang berlakon di dalam Kampung Girl untuk siaran waktu perdana mungkin dapat menyerlahkan kembali namanya dalam industri. Selain itu, Akim turut menceburi bidang pengacaraan demi mengembangkan lagi kerjaya seninya. Dia diberikan tugas mengendalikan program realiti Mencari Ramli, juga siaran TV3. |
Posted: 08 Jul 2013 04:31 PM PDT Penyanyi Patah Seribu hairan nama dikaitkan kisah putus cinta Awi Rafael, Hanez Suraya Shila Amzah, 23, terkilan apabila namanya diheret ke dalam kancah perpisahan antara Awi Rafail dan Hanez Suraya. Shila juga menafikan antara dirinya dan Awi pernah terjalin hubungan istimewa. Luah Shila, penyebaran gosip tidak berasas itu bukan hanya meruncingkan lagi situasi, malah boleh mencetuskan prasangka buruk orang ramai.
"Cuma untuk fasa selanjutnya, jujur saya katakan kami tidak serasi. Jadi, tiada isu kami pernah bercinta. Malah, kisah saya dan dia ditimbulkan pada waktu yang tidak sesuai. Saya kasihan kepada Hanez. Bagi yang tidak tahu, mungkin akan percaya," katanya selepas majlis pra dengar album barunya yang berjudul Shila Amzah. Berlangsung di Redbox Plus Pavilion, empunya nama Nur Shahila Amir Amzah yang berkelana ke Shanghai, China selepas bernaung di bawah Shanghai Media Group (SMG), nyata semakin terbuka berbicara mengenai apa saja termasuk soal hati. Walaupun ketika sidang media, ayahnya, ND Lala seakan memberi lampu hijau andai dia ingin berteman selagi tidak tergelincir daripada agama dan adat serta komitmen bersama SMG, Shila menyerahkan soal jodoh kepada keluarga.
"Memang saya secara seloroh pernah memaklumkan kepada ibu untuk mencarikan jodoh. Tetapi kalau saya bertemu dengan lelaki pilihan, saya akan ketemukan dulu dengan keluarga. Saya pastikan dia menghormati orang tua saya serta dapat membimbing ke arah kebaikan. Apapun, ia bukan sekarang," katanya. Semakin petah, dia juga melihat peristiwa lalu sebagai pengajaran. Namun, akuinya, jangan terkejut andai kematangan hidup mengubahnya menjadi individu lebih lantang terutama membabitkan kepentingan diri serta keluarga. "Setiap orang merasai pengalaman suka duka yang menjadikan diri semakin kental. Dulu saya berhati-hati dalam setiap kenyataan. Namun, biarpun bersikap jujur serta memohon maaf dia atas kejadian yang berlaku, orang tetap melemparkan pandangan negatif. "Jangan salahkan saya kalau sekarang saya lebih vokal. Ini kerana tiba masanya saya menjaga perasaan sendiri. Saya sudah penat menjelaskan segala perkara. Mujur peminat faham dan meminta saya memandang ke hadapan," katanya yang menerbitkan sendiri album barunya itu melalui syarikatnya, Shila Amzah Entertainment (SAE). Album suka duka perjalanan seni Sementara itu, album Shila memuatkan lima lagu nukilan sendiri iaitu Sedar, Masih Aku Cinta, Cinta Hati, Tulus dan Maaf yang memaparkan pengalaman lalu termasuk perjalanan cintanya. "Lima lagu yang saya kongsi lebih kepada penceritaan. Saya kategorikan diri sebagai penyanyi country kerana album ini saya lakarkan sebagai kanvas hidup. Ada pengalaman sendiri, tidak kurang suka duka insan terdekat termasuk memori jatuh hati pada zaman persekolahan. "Ia tidak menjurus kepada seorang individu saja. Bagi saya, jika ada yang mengaitkan album ini dengan orang tertentu, itu semua saya sudah berulang kali ulas. "Album ini adalah penceritaan saya tidak kira pahit atau manis. Ia luahan hati ketika itu, bukan sekarang," ulasnya bermakna. Mengenai album, Shila yang bakal ke Shanghai semula pada hari kedua Ramadan, puas apabila album Melayunya ini disempurnakan 100 peratus oleh dirinya sendiri dengan Helen Yap serta Aubrey Suwito. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |