Berita Harian: Hip |
Posted: 22 Jul 2013 04:37 PM PDT Adira mengaku ketua persatuan belia 'kawan' terbaru, belum fikir soal jodoh Terpulang kepada masyarakat untuk melabel dirinya apa saja, tetapi bagi penyanyi, Adira, 22, dia bukanlah wanita 'playgirl' seperti disangka. Sejak gosip mengaitkan dirinya dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Shahrul Nasrun Kamaruddin, mula diperkatakan, artis dari Kundasang, Sabah, ini sudah bersedia untuk berdepan pandangan sinis masyarakat.
"Mereka sekadar nampak luaran, tetapi orang tidak tahu apa sebenarnya yang saya lalui. Saya tidak makan hati dicop sebagai 'playgirl', yang penting saya bukanlah wanita yang suka menabur janji manis dengan ramai lelaki dalam satu masa. "Saya masih muda, jadi saya berhak berkawan dengan ramai orang untuk memilih yang terbaik. Segala tuduhan yang dilemparkan kepada diri saya pula tidak akan sesekali membuatkan kerjaya nyanyian saya goyah. Malah saya masih kuat, apatah lagi dengan sokongan keluarga yang membantu saya meneruskan langkah dalam bidang ini," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini. Kenali hati budi Tidak berselindung mengenai jejaka bernama Shahrul, dedah Adira, mereka belum memasuki fasa bercinta. Sebaliknya dia sedang mengenali hati budi jejaka yang baru beberapa bulan dikenalinya itu.
Dia mengaku merancang untuk ke sana, tetapi kunjungan ke negeri Cik Siti Wan Kembang itu bukanlah semata-mata untuk menziarah keluarga Shahrul. Sebaliknya pada masa sama Adira berhasrat menghadiri majlis pernikahan pereka fesyen, Ezuwan Ismail. "Sama ada akan ke sana atau tidak, semuanya belum pasti. Saya sedang berkira-kira kerana tiket penerbangan untuk pulang ke kampung sudah ditempah. "Majlis pernikahan Ezuwan pula jatuh pada Hari Raya ketiga, jadi saya masih memikirkan sama ada mahu 'lari' sekejap ke sana. Kalau boleh saya mahu menghabiskan lebih banyak masa di samping keluarga, lagipun bukannya selalu kami dapat berkumpul ramai-ramai. "Kita tengoklah bagaimana nanti. Jika masih ada tiket penerbangan dari Sabah ke Kelantan, mungkin saya akan ke sana sekejap dan kembali semula ke kampung," katanya. Tak sabar nak kumpul dengan keluarga Baru beberapa bulan mengenali Shahrul, kata Adira dia menyenangi sikap jejaka itu yang disifatkan sangat mengambil berat dan suka memberikan nasihat. Berkenalan ketika mereka terbabit dalam program Suara Generasi Ku, seperkara lagi yang menyebabkan Adira menyukai pemuda itu ialah sifat pemurahnya. Shahrul dikatakan sering membantu mereka yang berada dalam kesusahan. Bagaimanapun jelas Adira, usianya masih muda dan perjalanannya juga masih jauh. Justeru dia mahu memberikan fokus terhadap nyanyian terlebih dulu. Soal berumah tangga pula hanya difikirkan apabila usia menginjak 30 tahun. Sementara itu, berbicara mengenai lebaran yang kian menjelang, anak bongsu daripada lapan beradik ini nyata tidak sabar untuk berkumpul dengan sanak saudara. Selain beraya di Kundasang, Adira juga akan pulang ke kampung neneknya di Pinawantai, iaitu kira-kira sejam setengah perjalanan dari rumah orang tuanya. Lebaran memang saat paling dinanti-nantikan olehnya sehingga dia bercadang menghabiskan masa selama dua minggu di kampung halaman. "Dari segi sambutan, rasanya tidak banyak beza antara Semenanjung dan Sabah, cuma apa yang saya nantikan ialah saat berkumpul bersama keluarga. "Selain adik-beradik dan anak buah seramai lapan orang, rumah kami juga akan riuh-rendah dengan kehadiran sepupu serta keluarga terdekat yang datang bertandang.
|
Posted: 22 Jul 2013 04:34 PM PDT Sham Kamikaze kekok petik gitar selepas empat bulan 'bersara' dua tahun lalu Pemuzik dan penceramah bebas, Sham Kamikaze, hampir hilang skil bermain gitar selepas bertekad meninggalkan alat muzik kesayangannya lebih empat bulan kerana beranggapan ia hanya untuk duniawi. Bagaimanapun, selepas mendapatkan pandangan mereka yang arif soal agama, Sham atau nama sebenarnya, Shamril Mohamed Salleh, 37, percaya seni mampu
"Hinggalah saya bertanya kepada beberapa ustaz yang menyatakan muzik boleh digunakan untuk jalan kebaikan. Cuma, apabila saya kembali memetiknya selepas empat bulan 'merehatkan' jemari saya, terasa agak kekok dan bagai orang baru belajar," katanya ketika ditemui pada forum terbuka di Busana Mall, Kuala Lumpur, Sabtu lalu. Sempat memetik gitar mengiringi persembahan seorang lagi panel jemputan dalam acara keagamaan itu, akuinya, masih ada insan yang skeptikal sebaik dia mengangkat gitar walaupun alunan dendangan menjurus kepada kerohanian. Hasilkan lagu dakwah
"Macam rancangan bual bicara agama hari ini. Kami menyanyi pun disebabkan penganjur yang membuat permintaan. Jika muzik boleh menarik golongan muda ke majlis keagamaan, tidak salah kita menggunakannya," ulasnya ringkas. Menegaskan tidak akan kembali ke dunia komersial, tegasnya ramai di kalangan orang industri hiburan memahami pilihannya untuk tidak lagi menerima undangan sebagai pemuzik iringan mahu pun menghasilkan lagu, kecuali berbentuk dakwah. Sebaik mengambil keputusan berhijrah, anak jati Johor Bahru itu cenderung kepada tugasan sebagai pendakwah bebas, yang dirasakan suatu tugasan serba mencabar namun penuh keseronokan. "Inilah saya sekarang. Tidak lagi bermain muzik, tetapi saya lega dengan kehidupan sekarang. Memang saya sudah meninggalkan dunia komersial sepenuhnya. Kerja studio pun tidak lagi saya lakukan. Kalau ada pun yang meminta lagu, ia lebih kepada lagu nasyid kontemporari," katanya yang kali akhir menghasilkan lagu baru Shahir, Aku Yang Berdosa, tahun lalu. Komen mengenai Ashraf Muslim Ditanya mengenai imejnya yang lebih santai berkemeja tanpa berjubah seperti pendakwah lain, kongsinya, seperti pendekatan terhadap golongan muda, penampilan juga antara perkara yang membuatkan anak muda senang mendekatinya. Tidak lari daripada topik hangat, nada suara Sham juga tetap tenang apabila diminta mengulas mengenai teman seperjuangan, Ashraf Muslim, yang dikaitkan kontroversi kahwin dua secara senyap-senyap seperti yang pernah dilaluinya. "Siapa saya untuk mengulas kehidupan orang lain? Bagi saya, setiap yang berlaku semua di atas ketentuan Allah. Baik atau buruk hanya Allah yang lebih mengetahui," katanya penuh bermakna. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |