Berita Harian: Hip |
Jejak kelahiran cerita aksi ghaib Posted: 20 Jul 2013 03:43 PM PDT Kematian polis detektif muda, Nick Walker (Ryan Reynolds) bukanlah pengakhiran ceritanya, tapi permulaan pengembaraannya bersama syerif veteran, Roy Pulsifer (Jeff Bridges) di Rest In Peace Department ataupun R.I.P.D. Dan seperti semua kisah cerita agung ia ada sejarahnya – lebih 10 tahun lamanya sebelum ia direalisasikan ke filem wayang besar dari sebuah grafik novel Dark Horse Comics. "Sebagai seorang penerbit, anda akan selalu meninjau bahan yang lebih besar dan menarik untuk diterbitkan. "Kita cuba mengenal akan potensi sepertimana dengan R.I.P.D," kata Richardson. Richardson dan kumpulannya yang telah berjaya menterjemahkan beberapa novel grafik popular kepada filem hangat seperti The Mask, Hellboy and Hellboy II: The Golden Army, sedar bahawa cerita seperti ini merentasi dua perantaraan media yang berbeza dan memerlukan perhatian teliti yang berbeza untuk penterjemahan sebuah grafik novel kepada filem besar yang bagus dan sebaliknya. Selepas mengalami beberapa penggubalan selama sepuluh tahun lebih, akhirnya project berkenaan menjadi tumpuan pengarah, Robert Schwentke (Red, Flightplan), produsor Neal H. Moritz (siri Fast and Furious, I Am Legend) dan Michael Fottrell (Fast & Furious, Fast Five and Live Free or Die Hard), serta pasukan penulis Phil Hay dan Matt Manfredi. Satu lagi permukaan yang lain adalah ia mencontohi filem-filem polis rakan setugas yang saya gemari seperti 48 Hours dan Lethal Weapon," kata Moritz. Kata Fottrell bahawa dia sangat mencintai skrip yang ditulis Hay dan Manfredi kerana mereka dapat menciptakan dunia baru ini yang sangat menyakinkan bagi watak watak dalam R.I.P.D dan menggabungkan elemen-elemen komedi dan aksi kedalamnya dengan sempurna. Hasilnya - selepas kematian polis detektif muda Walker yang dibunuh disebabkan kemalangan, dia diberi peluang kedua untuk terus hidup dan menolong R.I.P.D menangkap roh makhluk-makhluk jahat yang bersembunyi dikalangan manusia selama seratus tahun ataupun menerima hukuman di akhirat di mana takdirnya adalah tidak tentu. Bersama syerif R.I.P.D veteran Pulsifer, mereka berdua akan mendedahkan satu plot kiamat dimana terowong ke akhirat akan dibuka dan makluk makluk roh jahat akan melimpah ke alam manusia sekiranya keseimbangan kosmik tidak dipulihkan. Tontonkan R.I.P.D dalam 3D di panggung wayang pada 1 Ogos. |
Ashraf Muslim tak hadir forum terbuka Posted: 20 Jul 2013 03:42 PM PDT Kuala Lumpur: Walaupun sudah menyatakan persetujuan menyertai forum terbuka di Busana Mall di sini, sejak dua minggu lalu, petang tadi, Ashraf Muslim tidak muncul seperti dijanjikan atas alasan demam. Ketidakhadiran pelakon dan pengamal perubatan Islam yang mencetuskan kontroversi selepas menikahi isteri kedua di Thailand ketika permohonan poligami sedang diproses mahkamah, menimbulkan tanda tanya ramai.
Wakil penganjur merangkap Editor, Salina Mohd Som, berkata pihaknya memahami situasi membabitkan Ashraf yang kurang sihat malah sudah bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan sebaik kisah pernikahan keduanya disiarkan akhbar. "Kami tiada masalah untuk bekerjasama dengannya pada masa akan datang. Ashraf membuat panggilan jam 2.30 petang tadi (semalam) dan menyatakan dia demam," katanya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |