Berita Harian: Hip |
Posted: 13 Jul 2013 05:19 PM PDT Merantau sendirian di Shanghai, China mengaja r Shila Amzah supaya lebih mencintai diri dan menghargai peluang yang datang tanpa dibebani tekanan luar jangkauan. Mengakui agak terkejut pada permulaan, Shila, 22, berkata, dulu dia hanya mengambil ringan teguran terutama daripada keluarga kerana teguh dengan prinsip diri.Shila percaya peminat akan setia berdiri di belakang dan menyokong perjuangannya, tanpa mempedulikan perubahan fizikalnya. Sebahagian besar artis di sana sombong. Mereka jarang bergaul, terutama dengan kru produksi kerana menjaga status sebagai selebriti" Shila Amzah "Jika terus di Kuala Lumpur, saya mungkin tidak memikirkan semua itu kerana selesa dengan apa yang ada. Saya langsung tidak mempedulikan berat badan yang naik mendadak. "Biarpun merasai pertambahan berat memberi kesan kepada mutu persembahan, saya cuba untuk tidak terlalu memikirkannya. Kejayaan penyanyi bertubuh gempal, Adele menjadi inspirasi. "Tetapi di Shanghai, semuanya berubah. Saya sering diingatkan supaya melihat diri. Membandingkan susuk tubuh saya dengan penyanyi wanita lain di sana, membuat saya tersentak. "Ketika itu, saya mula terfikir supaya mengambil serius teguran yang diberikan. Mujur juga pengurusan di sana garang, ia secara tidak langsung memberi motivasi untuk saya segera berubah," kata Shila. "Mereka meletak harapan terlalu tinggi, membuat saya tercabar. Saya berusaha keras untuk membuktikannya kerana yakin, saya mampu melakukannya. "Alhamdulillah keputusan berhijrah ke Shanghai adalah tepat kerana sejak dua bulan lalu, saya mula nampak perubahan positif dalam diri. "Sejak kembali aktif, saya sudah jarang dihinggapi sakit. Saya juga semakin berani untuk mencuba aktiviti mencabar yang dulu akan saya jauhi," katanya. Berhijrah ke Shanghai umpama peringatan kepadanya supaya tidak mengambil ringan setiap perkara dan bekerja keras jika ingin mencapai apa yang diimpikan. Berada di rantau orang kata penyanyi Patah Seribu ini, mengajarnya menghargai didikan yang diterima dalam perjalanan mengejar cita-citanya. "Sebahagian besar artis di sana sombong. Mereka jarang bergaul, terutama dengan kru produksi kerana menjaga status sebagai selebriti. "Saya pula berbeza kerana terbawa-bawa dengan suasana kerja di sini. Mungkin kerana itu saya disenangi. Saya harus bijak membawa diri. "Seronoknya di sana saya lebih bebas melakukan apa saja aktiviti. Mungkin kerana masih belum popular, jadi tidak ramai yang memberi perhatian. Lagipun jika tidak bekerja, saya jarang mengenakan solekan," katanya. Berpuasa di perantauan Sempat menyambut Ramadan di Kuala Lumpur, sebelum kembali ke Shanghai, Shila berkata, dia tidak dapat membayangkan suasana puasa di sana. Melihat kedatangan Ramadan sebagai satu rahmat, Shila bagaimanapun gembira kerana terlepas daripada godaan Bazar Ramadan dan itu memudahkannya untuk lebih pantas menurunkan berat badan. "Tidak susah mencari makanan halal kerana di kawasan tempat tinggal ada restoran Muslim. Jika tidak saya akan memasak hidangan ringkas tetapi sihat. "Sejak dipaksa menurunkan berat badan, saya tidak lagi terlalu memikirkan soal makanan. Pulang ke Kuala Lumpur, saya lebih banyak berkurung di rumah berbanding menghabiskan masa di luar. "Tidak mudah untuk mengawal emosi namun disebabkan keinginan yang tinggi, saya kuatkan juga azam. Alhamdulillah kerana saya mempunyai pembantu peribadi yang sentiasa mengawal pemakanan yang diambil," katanya. Cuma yang membuat Shila sedikit terkilan kemungkinan untuk mengerjakan solat Tarawih kerana sepanjang Ramadan, dia sudah mula sibuk dengan promosi bergerak. Bersyukur kerana pengurusannya mengambil berat kebajikan dirinya, Shila bagaimanapun, mengakui hatinya berbelah bagi mengenangkan kesukaran yang bakal dialami. "Pengurusan ada bertanya apakah saya mampu untuk bekerja nanti? Saya tiada masalah, biarpun terikat dengan jadual kerja yang ketat. "Saya juga tidak dapat bercuti lama untuk menyambut Syawal. Saya terpaksa merayu untuk memohon pelepasan, mujur diluluskan biarpun dalam tempoh singkat. "Saya faham kerana pengurusan sudah melabur banyak untuk melihat saya berjaya menawan pasaran di sana. Untuk sementara waktu, saya sedia berkorban," katanya. |
Posted: 13 Jul 2013 05:01 PM PDT Kini tampil bersama lagu terbaru selepas hampir 20 tahun tidak muncul sebagai penyanyi Ketika laluan hidup menuntut pengorbanan, berdiam diri adalah jalan terbaik tanpa perlu menuding jari menyalahkan sesiapa atas takdir yang tertulis. Alhamdulillah ramai yang memberi reaksi positif kepada lagu Warna Hatiku. Saya langsung tidak terfikir lagu itu akan menjadi atau sebaliknya kerana saya hanya mahu mencuba. Andai ditakdirkan gagal, saya tidak kisah untuk mencuba lagi. Saya tidak fikirkan soal persaingan kerana yang penting, saya memberi kelainan kepada peminat," Raja Ema "Namun apabila dua anak meningkat remaja, saya akur waktu tidak mungkin dapat diputar semula. Hidup ini menuntut pengorbanan dan tidak semua faham apa yang saya lalui. "Saya pilih untuk berdiam diri kerana tidak mahu menyalahkan keadaan dan melukakan sesiapa. Tetapi apabila Tuhan membukakan semula jalan, saya pilih untuk kembali aktif," katanya ketika ditemui dalam sesi fotografi yang diatur Warner Music, baru-baru ini. Masih jelita pada usia 45 tahun, ibu kepada Putera Ammaar, 19 dan Putera Alkashah, 17, berkata niat untuk kembali aktif sudah lama tersimpan cuma terpaksa ditunda atas sebab peribadi. "Dua tahun wartawan itu mencari saya dan memujuk untuk menjayakan sesi fotografi. Tetapi saya tolak kerana masalah tertentu. Namun, dia tidak berputus asa dan terus menanti. Jauh daripada jangkaan selepas disiarkan, saya dicari semula penerbit drama. Bagaimanapun, saya tetap utamakan keperluan anak-anak terlebih dulu. Mungkin kerana tidak pernah berenggang dengan mereka, saya selesa lakukan aktiviti seni perlahan-lahan. Tidak sangka pula saya masih ada peminat," katanya yang bakal muncul dengan drama berantai, Jangan Biarkan Aku Menangis dan Kalau Dah Perempuan siaran RTM. Darah seni yang mengalir dalam dirinya membuatkan Raja Ema tidak berupaya menjauhi dunia hiburan, terutama nyanyian. Ketika tawaran berlakon semakin kencang mendekati, cintanya terhadap nyanyian tidak luntur. Secara bergurau, dia memujuk sepupunya, Nik Nizam menghasilkan satu lagu baru untuk dirakamkan. "Dari situ tercetus Warna Hatiku, lagu yang mempertemukan saya dengan rapper yang sedang meraih perhatian, RJ. Nizam pada mulanya agak ragu menerima tanggungjawab itu kerana saya dulu pernah bekerja dengan nama besar dalam industri muzik. Tapi saya tetap memberi galakan kerana langsung tidak meletak harapan tinggi. "Tidak sangka pula Nizam membawa lagu itu kepada Warner Music, lalu terhasil kompilasi, Pertemuan Seribu Kenangan yang turut memuatkan lagu dipetik daripada empat album pernah dirakamkan dulu," katanya. Perjalanannya untuk kembali ke industri hiburan seperti dipermudahkan apabila lagu Angan-Angan dan Jejaka Idaman dinyanyikan dalam satu segmen persembahan Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012. Bertitik tolak daripada acara itu kata Raja Ema, peminat mula mencari siapa dirinya dan lagu nyanyiannya kembali diingati ramai. "Saya sekadar mengikut kata hati, tetapi apabila memasuki studio rakaman, baru terdetik apakah saya masih boleh menyanyi atau sebaliknya? "Alhamdulillah ramai yang memberi reaksi positif kepada lagu Warna Hatiku. Saya langsung tidak terfikir lagu itu akan menjadi atau sebaliknya kerana saya hanya mahu mencuba. Andai ditakdirkan gagal, saya tidak kisah untuk mencuba lagi. Saya tidak fikirkan soal persaingan kerana yang penting, saya memberi kelainan kepada peminat," katanya. Diterima peminat generasi baru Turut menyimpan hasrat untuk merakamkan semula lagu popularnya, Jejaka Idaman, Raja Ema berkata, dia tidak kisah apabila lagu itu dirakamkan semula penyanyi lain. Bagi penggemar lagu berentak pantas ini, siapapun bebas merakamkan semula lagu itu dan peminat harus terbuka menerima pembaharuan yang dibawa. "Saya hanya tahu mengenainya apabila diberitahu peminat. Jika ada yang marah, bagi saya perkara itu tidak patut berlaku. "Selepas mendengar versi baru Jejaka Idaman, saya suka dengan cara nyanyian penyanyi itu. Semua itu bergantung kepada rezeki. "Sesetengah artis bertahan dengan lagu baru, tetapi ada yang meneruskan survival dengan menyanyikan lagu lama. Di manapun posisi, saya bersyukur kerana generasi baru menerima kehadiran saya," katanya. Solekan: Zares Cosmetics (M) Sdn Bhd, Lot 30, GF, Jalan 30/70A, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur (www.facebook.com/Zares Cosmetics, emel: zarescosmetics@gmail.com) |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |