Berita Harian: Hip |
Posted: 03 Jun 2013 04:04 PM PDT Kekosongan hati jejaka ini masih belum terisi selepas percintaan bersama penyanyi lagu Patah Seribu, Shila Amzah putus di tengah jalan, awal tahun ini. Luka itu terlalu dalam lantas membuatkan Sharnaaz Ahmad tidak mahu terburu-buru mencari pengganti.
Ketika dihubungi HIP, pelakon filem Azazil ini mengakui tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap si penyebar fitnah bagi membuktikan kebenaran. Ditebak pertanyaan tidakkah bimbang andai dituduh mudah melatah kerana isu sekecil itu mahu diheret ke muka pengadilan, jejaka kelahiran Pulau Pinang ini tidak mempedulikan tanggapan orang. Baginya, itu saja cara untuk mengajar individu yang tidak bertanggungjawab menyebar fitnah. "Saya ingin memberi amaran keras kepada mana-mana individu supaya jangan memanipulasi keadaan. Jika saya tahu siapa penyebarnya, saya tidak akan teragak-agak menghantar surat saman.
Tidak perlulah bersusah payah menjadi tukang menyampai cerita. Jika benar saya sudah menemui pengganti, saya sendiri yang akan menghebahkannya. Bukannya orang tidak kenal saya selama ini, saya manalah tahu berselindung," kata Sharnaaz yang sedang sibuk menghabiskan baki penggambaran drama episod Mira Sofia di Kuang, Selangor dan di Pulau Pangkor, Perak. Tak kejar anugerah, tekad teruskan legasi P Ramlee Biarpun dikait dengan kontroversi awal tahun ini, Sharnaaz amat bersyukur apabila perkara itu tidak menjejaskan periuk nasinya.
Pada waktu sama, kesibukan itu secara tidak langsung menghalangnya daripada terus mengingati perkara yang sudah berlalu. Usai penggambaran Mira Sofia, Sharnaaz akan ke Kota Kinabalu, Sabah selama sebulan bagi menjalani penggambaran filem terbaru arahan Bade Azmi berjudul Sindiket. Selepas itu, beberapa buah drama pula sudah sedia menanti untuk menjalani penggambaran. Ada tawaran yang terpaksa ditolak kerana Sharnaaz bimbang tidak mampu melangsaikan tugasnya dengan baik. Apa yang penting buat jejaka ini, pihak yang menawarkan kerja berpuas hati dengan prestasi kerjanya. Malah, Sharnaaz menolak melakukan semua itu untuk mengejar anugerah. "Saya tidak perlukan anugerah, saya tahu pasti ada pihak yang akan mencemuh kenyataan saya ini. Tetapi jujur saya berada dalam industri ini bukan untuk mengejar anugerah. Saya menceburi bidang seni untuk bekerja demi sesuap nasi dan saya berlakon kerana minat. Saya hanya ingin meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang juga orang kampung saya. "Saya amat bersyukur kehadiran dalam bidang lakonan mendapat perhatian produser. Kisah kontroversi yang membabitkan diri saya nampaknya tidak langsung menjejaskan kerjaya seni. Kebanyakan tawaran yang saya terima datang daripada mereka yang pernah bekerja dengan saya selama ini. Mereka tahu cara kerja saya sehingga ada yang mahu tempah saya untuk beberapa projek secara terus tetapi saya terpaksa menolak dengan baik," katanya. Doa Shila lebih berjaya Ditanya hubungannya dengan Shila pula, kata Sharnaaz dia enggan memberi sebarang komen mengenai perkara itu. Namun Sharnaaz mengakui masih mengikuti perkembangan kerjaya seni bekas kekasihnya itu. Malah, dia tumpang bangga melihat kejayaan Shila. Tambahnya, Shila memang layak mendapat apa yang dikecapi sekarang kerana dia memiliki semangat kecekalan yang tinggi. Sharnaaz juga mendoakan agar Shila akan meraih pengiktirafan lebih tinggi dan mampu melangkah lebih jauh dalam kerjaya nyanyian. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |