Berita Harian: Hip |
Posted: 18 Jun 2013 03:28 PM PDT Walaupun jauh beribu batu, namun percikan haruman cinta kian menusuk apabila sebaris ayat yang dinukilkan di laman tumblr miliknya seakan memberi bayangan kebahagiaan yang kini melingkari tangkai hati wanita ini. Bait romantis yang berbunyi: Sekitar tahun lalu pada tarikh ini, seseorang yang istimewa hadir ke dalam hidupku. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana hidupku tanpa kehadirannya. Oh... Mungkin hidupku tidak seindah sekarang, tulis penyanyi wanita popular, Yunalis Zarai atau Yuna, di laman sosial miliknya beberapa hari lalu.
Biar pernah menafikan mereka mempunyai hubungan istimewa, namun daripada gerak-geri kedua-duanya yang kerap memuat naik gambar masing-masing di akaun Instagram, ia cukup untuk membayangkan keakraban pasangan ini. Malah, Jules yang juga seorang model turut muncul dalam video terbaru Yuna, I Wanna Go. Spekulasi hubungan Yuna dan jejaka kelahiran Amerika Syarikat itu mula bertebaran sekitar tahun lalu apabila penyanyi Terukir Di Bintang ini dilihat sering memuat naik gambar pemuda terbabit. Mengukuhkan lagi dakwaan apabila si jejaka berusia 24 tahun itu mengikut Yuna pulang ke tanah air, sekitar November tahun lalu. Jules berkunjung ke kampung Yuna Pada kunjungan pertama Jules ke sini, selain untuk melihat kerja Yuna, dia sempat dibawa sahabat baiknya itu pulang ke kampung halamannya di Perak. Malah pada kesempatan itu, Jules juga dibawa ibu Yuna berkunjung ke butik pereka terkenal, Hatta Dolmat.
Isu membawanya pulang ke kampung halaman saya di utara tanah air tidak lama dulu, rasanya tidak salah. Tambahan pula, Jules sendiri pernah mendengar keunikan negara ini, sehingga menyuarakan hasrat untuk mengunjungi Malaysia. Memandangkan dia tiada kenalan di sini melainkan saya, jadi saya tawarkan diri untuk membantu sahabat saya itu. Dalam masa yang sama Jules bertugas setiap kali saya terbabit dalam apa-apa acara di Kuala Lumpur, katanya dalam sebuah kolum tulisannya. Keluarga bersikap terbuka Sebelum ini, tatkala diajukan persoalan mengenai jodoh, penyanyi berusia 28 tahun itu yang pernah menjalin ikatan cinta dengan pemain dram kumpulan OAG, Qi Razali, tidak menolak siapapun jodohnya biarpun berlainan bangsa mahupun agama. Katanya, Islam itu sebuah agama yang indah dan mudah untuk dipelajari. Malah ibu bapanya juga bersikap terbuka kerana tidak menilai seseorang itu berdasarkan asal usulnya. Malah dalam satu lagi statusnya baru-baru ini, Yuna turut membayangkan dia enggan mempersia-siakan cintanya. Dia tidak mahu episod kegagalan pernah dilalui dalam percintaan terdahulu kembali menghantui diri. Cinta, warna-warni, papan luncur, roti canai, ketawa dan senyuman. Aku banyak belajar daripada kegagalan masa lalu, dan aku akan memastikan perkara sama tidak berulang. Aku dapat merasakannya, insya-Allah, tulisnya. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |