Berita Harian: Hip |
Posted: 16 May 2013 04:36 AM PDT Apabila terlalu berahsia dikata orang, terlampau jujurpun tetap dikritik. Inilah situasi dan dilema dihadapi pelakon, Tiz Zaqyah. Gara-gara terlalu terbuka mengenai kehidupan peribadi di laman sosial, pelakon yang membina nama menerusi drama rantaian Nur Kasih ini akhirnya menjadi bahan kecaman.
Akibatnya, timbullah dakwaan kononnya banyak pihak tidak gemar dan meluat dengan sikap terbukanya itu. Enggan berahsia Menjawab pertanyaan itu, Tiz mengakui tindakannya memuat naik gambar dalam laman sosial dibuat atas kerelaannya selepas belajar daripada pengalaman lalu. "Sebelum ini, saya banyak berahsia dan enggan berkongsi kisah peribadi dengan peminat. Akibatnya, apabila sesuatu cerita itu tersebar di laman sosial, teruk saya kena hentam. Disebabkan itu, saya tidak mahu berahsia lagi.
Kempen berbentuk kesedaran dan pencegahan awal barah serviks itu dihadiri Pengurus Besar (Bahagian Pemasaran Penjagaan Rumah & Penjagaan Diri) Lam Soon, Francis Ng; Presiden Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr Saunthari Somasundaram dan Ketua Pusat Pengesanan Wanita NCSM, Dr Dalila Kamaruddin. Pada majlis itu, selain taklimat mengenai barah serviks dan cara pencegahannya, Tiz menerima suntikan HPV daripada Dr Dalila sebagai langkah pencegahan awal. Diusik dengan pertanyaan apakah dia tidak risau kekasih barunya itu bakal menjadi perhatian ramai dan mangsa godaan gara-gara terlalu didedahkan identitinya, Tiz menjawab pertanyaan itu dengan deraian ketawa. "Janganlah macam tu. Saya buat semua ini kerana saya mahu berlaku jujur. saya banyak belajar daripada pengalaman lalu. Terus-terang, apabila saya bersikap terbuka seperti ini, saya rasakan lebih tenang," dedah pelakon berusia 24 tahun ini. Banyak berlakon drama Beralih kepada kerjaya lakonannya, Tiz berkata, selepas berehat seketika, dia bakal berlakon dalam sebuah drama bersiri 40 episod berjudul Jodoh Itu Milik Kita. Sebelum ini, wajah Tiz turut menghiasi kaca televisyen (TV) untuk dua drama bersiri iaitu Sebenarnya, Saya Isteri Dia dan Cinta Jangan Pergi. Nampaknya, kerjaya lakonan Tiz lebih banyak tertumpu di layar kaca berbanding di layar perak. Kali terakhir beraksi di pawagam adalah menerusi filem Nur Kasih The Movie. "Bukan tidak ada tawaran yang datang, cuma kebanyakan tawaran berlakon filem datang ketika saya sudah terikat dengan komitmen lain. Bila saya free, tak ada pula tawaran. Insya-Allah, jika ada rezeki, saya tetap akan berlakon filem," katanya. Teruja bantu kempen Mengulas peranannya dalam kempen itu, Tiz berkata dia sangat teruja apabila berpeluang mengunjungi beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) dan berkongsi maklumat mengenai bahaya penyakit barah serviks. "Seronok melihat kesungguhan mereka untuk mengetahui lebih mendalam mengenai barah serviks dan cara pencegahannya. Ada antara mereka berkongsi ikrar mereka mengenai kempen ini di laman Instagram saya. Saya harap dengan adanya kempen ini, pengetahuan mengenai bahaya barah serviks ini akan meluas," katanya. |
Posted: 16 May 2013 04:33 AM PDT Tindakan pelakon, Muhamad Afiq Muiz Azman Shah atau Afiq Muiz, 21, mengkritik ibunya secara terbuka seperti dilaporkan media, Rabu lalu, menimbulkan rasa kurang senang pelbagai pihak termasuk peminat artis baru itu. Kesan pendedahan 'hangat' itu, ada pihak mempersoalkan keperibadian Afiq yang dikatakan keterlaluan, selain menganggap krisis Afiq dan ibunya, Hasliza Mohamad, 48, sepatutnya diselesaikan melalui perbincangan keluarga.
Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |