Utusan Online - Hiburan |
PRU-13: Golongan artis turut bantu kempen calon BN Posted: 22 Apr 2013 01:04 AM PDT PELAWAK, Rahim R2 (dua kiri) dan Mamat Sepah (tiga kiri) turut turun membantu kempen bagi calon Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (tengah) di Kota Tinggi semalam. - UTUSAN KOTA TINGGI 22 April - Golongan artis tidak ketinggalan menghangatkan suasana kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) ini apabila turut membantu dalam kempen-kempen yang diadakan oleh calon-calon yang yang bertanding. Antara artis yang berbuat demikian ialah pelakon dan pelawak Mamat Sepah dan Rahim R2 yang 'turun padang' membantu calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tenggara, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Datuk Baderi Dasuki di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Panti. Mamat yang mula turun berkempen semalam berkata, dia berasa terpanggil untuk membantu calon BN kerana mahu pengundi membuat pilihan bijak pada hari mengundi pada 5 Mei ini. "Ini juga tanggungjawab sosial yang perlu kami lakukan memandangkan ramai yang mengenali kami. Jadi, mudah bagi golongan artis untuk mendekati pengundi," katanya ketika ditemui di sini. Katanya, selain berkempen mereka juga akan mengadakan persembahan bersama rakan-rakan artis lain iaitu Iffa Radziah dan Nash pada 27 April ini di Taman Anggerik Tenggara, Bandar Tenggara. "Pada 3 Mei kami akan membuat persembahan bersama Mawi dan Rafidah Ibrahim di Kampung Lukut, Kota Tinggi. Saya percaya dan yakin BN akan berjaya mengekalkan kemenangan dengan majoriti besar di Tenggara kerana rekod baik parti itu dalam membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rakyat," katanya. Sementara itu, Rahim R2 atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali berkata, bermula semalam mereka berdua mula bersama mengikuti rombongan jentera pilihan raya BN Tenggara bagi membantu calon-calon yang bertanding. "Kehadiran kami sehingga hari mengundi di sini adalah secara sukarela dan secara tidak langsung sebagai sumbangan untuk pemimpin dan parti yang kami sayangi. "Ayuh bersama sokong dan keluar mengundi. Pilihlah calon pilihan parti BN yang boleh membawa kemajuan serta keamanan kepada rakyat," katanya. - UTUSAN ONLINE |
Reese Witherspoon ditahan polis kerana berlagak Posted: 21 Apr 2013 10:10 PM PDT ATLANTA 22 April - Aktres Hollywood, Reese Witherspoon ditahan polis Georgia atas kesalahan berkelakuan tidak sopan terhadap polis. Menurut laporan penahanan, polis Georgia bertindak menahan kereta yang dipandu suami pelakon itu, James Toth, kerana tidak berada dalam laluan yang betul, pagi Jumaat lalu. Witherspoon dengan lagak bersahaja menyoal, "Anda tahu siapa saya? Anda patut tahu siapa saya, anda akan jadi bahan berita." Menurut laporan itu lagi, ketika di tahan, Toth berada dalam keadaan tidak terurus dengan mata berair dan kuyu serta dipercayai mabuk. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |