Berita Harian: Hip |
Posted: 20 Apr 2013 04:40 PM PDT Yana Samsudin lega kerja keras dapat sokongan padu peminat hingga genggam trofi Pelakon Filem Wanita Popular Lebih sedekad bergelar anak seni, baru kini Yana Samsudin atau nama sebenarnya Norliana Samsudin, 29, berpeluang mengecapi erti popular sebenarnya di mata peminat. Tapi, dia agak bernasib baik, selepas dua kali disenaraikan sebagai finalis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH), akhirnya pada edisi kali ke-26 ini, barulah beliau dinobatkan sebagai Pelakon Filem Wanita Popular, sekali gus mengetepikan calon favourite seperti Maya Karin dan Lisa Surihani. SAYA TAK PERNAH KENAL DIA (LOFA) SECARA DEKAT, BERLAKON SAMA PUN TAK PERNAH. MUNGKIN DIA TIDAK MENGIKUTI PERKEMBANGAN DIRI SAYA" Yana Siapa artis tanpa peminat Pun begitu, bermula akhir 2011 dan sepanjang 2012, Yana muncul dengan pelbagai judul filem. Antara yang diingati termasuklah Strawberi Cinta, Aku Ada Kau Ada, Adnan Sempit 2, Minyak Dagu dan Wawa Semput. Sepanjang 2012 juga, Yana mengakui, dia tidak pernah mengambil cuti kerana kesibukannya di lokasi, selain menghadiri siri promosi filem lakonannya. Akhirnya, segala pengorbanan itu berbaloi pada ABPBH2012 apabila populariti dirinya diiktiraf peminat. Benar kata pepatah yang sering kita dengar, tanpa peminat siapalah artis. Yana mengakui, kerja kerasnya selama dua tahun ini mendapat sokongan padu daripada kelab peminatnya, Yana Super Friend (YSF) yang genap dua tahun penubuhannya. Tidak hairanlah selepas dua tahun melayakkan diri ke senarai Top 5 ABPBH, Yana kini ninobatkan peminatnya untuk bergelar popular di gelanggangnya sendiri. YSF 'jantung' Yana Seperti kelazimannya, rumah siap pahat berbunyi apabila kemenangan Yana seolah-oleh dipertikaikan oleh pelakon dan pengacara baru, Neelofa Mohd Noor. Jika tahun lalu, Neelofa atau Lofa mempersoalkan kemenangan Tasha Shilla sebagai Artis Baru Wanita Popular sehingga menimbulkan kontroversi, kali ini dia dilihat seolah-olah mempertikaikan pula kemenangan Yana yang jauh lebih senior daripadanya, namun dalam 'nada' lebih manis dan terhormat. Menerusi sebuah tabloid mingguan Ahad lalu, Lofa mengakui, ada beberapa keputusan yang dianggapnya sangat mengejutkan. "Contohnya untuk Pelakon Filem Wanita Popular, saya jangka akan dimenangi Maya Karin atau Lisa Surihani, tapi nyata rezeki milik Yana Samsudin. Lama juga saya hendak menerima keputusan dibuat peminat industri seni tanah air," kata Lofa. Apabila Yana diajukan persoalan itu, ini jawapannya: "Saya tak pernah kenal dia (Lofa) secara dekat, berlakon sama pun tak pernah. Mungkin dia tidak mengikuti perkembangan diri saya. Tahun lalu, dia pernah mempertikaikan kemenangan Tasha (Shilla), sekiranya tahun ini beliau mungkin mempersoalkan kemenangan saya pula, itu hak dia untuk melontarkan pandangan, saya tak boleh cakap apa-apa. Nasihat saya, perlu banyak bersabar. Saya sendiri menunggu lebih sedekad untuk membawa pulang gelaran popular. Masanya akan sampai juga suatu hari nanti, insya-Allah," kata Yana. Keintiman bukan ukuran Menyentuh sisi peribadinya pula, Yana tidak berganjak dengan kenyataan sebelum ini apabila mengakui, dia dan adik aktor popular, Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari memang berkawan rapat apabila keintiman mereka menjadi perhatian peminat mahupun media massa sehingga ada andaian mereka akan berkahwin dalam masa terdekat. Yana juga pernah mengakui, Fadzil adalah lelaki yang paling rapat dengannya ketika ini sehingga pemuda berkenaan pernah bertandang ke rumah keluarga aktres berkenaan di Yong Peng, Johor. "Keintiman tak boleh dijadikan ukuran kami sedang bercinta. Sejujurnya baik saya mahupun Fadzil tidak pernah berbincang soal kahwin. Nak kata sedang mengenali hati budi pun tak juga sebab kami dah kenal empat tahun lalu. Sekalipun dia pernah berkunjung ke rumah saya bertemu keluarga, itu tidak membawa sebarang petanda kami ada apa-apa hubungan istimewa, sebaliknya saya akan memperkenalkan kepada orang tua, dengan siapa saya berkawan, biar mereka tahu. Tak mungkin kahwin "Lagipun kerjaya kami baru hendak bermula, mana mungkin kami berkahwin dalam masa terdekat ini. Pun begitu, sekiranya jodoh mempertemukan saya dan Fadzil, saya tidak mampu menolak ketentuan itu kerana saya lebih selesa untuk menamatkan zaman bujang dengan orang yang kita serasi dan selesa, boleh get along supaya urusan selepas berumah tangga lebih mudah," kata Yana yang terus bernaung di bawah pengurusan MIG Talent. Wawa akui terkena penyakit misteri Untuk berita lanjut mengenai kisah Wawa yang mengakui terkena penyakit misteri, dapatkan sisipan BPOP dalam akhbar BH hari ini |
Posted: 20 Apr 2013 04:11 PM PDT Ramalanku Benar Belaka dapat nafas baru Kalau sebut nama Zairulkefli Husin, nescaya ramai yang tertanyatanya siapa gerangan empunya badan. Tetapi kalau panggilan nama komersial yang diberikan kepadanya iaitu Zarul Umbrella, semestinya lelaki yang akan genap usia 40 tahun pada 13 November ini memang dikenali ramai. ALHAMDULILLAH PELUANG DAN TERPILIH MEMBUAT PERSEMBAHAN DI ABPBH LALU CUKUP BERHARGA" Zarul Bagaimanapun, selepas album kedua hadir di saat kegawatan ekonomi melanda, anggota kumpulan ini membawa haluan masing-masing. Zarul sendiri contohnya memilih untuk terbang di awan biru sebagai pramugara Penerbangan Malaysia (MAS) bermula Januari 2000 hingga sekarang. Selepas album kedua, Umbrella muncul dengan album berjudul Payung Sakti sekitar 2000. Bagaimanapun ketika itu posisi vokalis digantikan anggota Umbrella sendiri iaitu Isnin. Tahun lalu, Zarul kembali bersama Umbrella dengan single Sayang Bersebab ciptaan Saari Amri. Tahun ini, kemunculan Zarul di pentas malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 tanggal 7 April lalu menghangatkan kembali nama Zarul dan jenama Umbrella sendiri. Segmen artis lama yang membabitkan Zarul, Bagio Damasutra, Ayai Illusi dan Amir Ukays itu meninggalkan impak tersendiri. Tulis dalam blog "Biarpun tak cukup latihan dan ditambah pula saya yang tak cukup rehat kerana beberapa hari sebelum raptai berlangsung saya terbang ke Paris, Alhamdulillah saya mendapat maklum balas yang cukup baik terhadap segmen yang dilabelkan seperti karaoke terbesar itu. Sekali lagi terima kasih kepada pihak BH," ungkap Zarul yang dihubungi baru-baru ini sambil menyifatkan jumlah pengikutnya di laman Instagram, Twitter, YouTube, Keek dan Facebook bertambah selepas ABPBH 2012. Malah, kesempatan diundang ke ABPBH 2012 juga, Zarul buat pertama kalinya membawa bersama isteri tercinta, Intan Zainal, 29, buat tatapan khalayak. Intan dinikahi Zarul pada 2009. Bulan ini genap empat tahun usia perkahwinan mereka. Perkahwinan dengan Intan adalah yang kedua buat Zarul. Perkahwinan pertama Zarul, dia dikurniakan seorang anak bernama Ayu Nur Arisya yang kini berusia 16 tahun. Zarul mengakui dia melakukan perancangan keluarga dengan isterinya. Cuma kata Zarul, kalau diizinkan mereka mahu menimang cahaya mata pada tahun depan. Intan juga memilih profesion seperti Zarul. Intan bergelar pramugari di sebuah syarikat penerbangan di Jeddah, Saudi Arabia. "Dalam sebulan itu, adalah dalam dua tiga kali kami berjumpa. Itupun kalau dia terbang balik ke KL Kebetulan ketika ABPBH berlangsung, dia ada di Kuala Lumpur. Jadi saya ajak dia jadi peneman. Sebenarnya dia tak nak datang tetapi saya 'memaksanya'. ABPBH akan jadi acara pertama dan terakhir dia akan datang. "Macam inilah rutin kerja di awan biru. Tapi kami sudah boleh faham. Sama juga dengan masa saya dengan anak. Kalau saya dapat cuti dua hari, saya akan jemput dia di sekolah. Kami selalunya akan pergi makan, tengok wayang dan lakukan apa saja aktiviti bersama," kata Zarul yang mula mengenali Intan sebelum isterinya bergelar pramugari dan kenal atas kawan. Sementara itu, Zarul juga aktif mengemaskini sebarang agenda membabitkan diri sendiri, perkembangan seni dan kembara ke negara orang di blog miliknya. Pelawat yang singgah ke blognya juga bertambah selepas kemunculan di ABPBH. Zarul pernah diundi dan dinobatkan sebagai Blog Selebriti Kegemaran pada 28 Februari lalu ketika acara World Bloggers and Social Media Awards Presentation Night bersempena Minggu Media Sosial Malaysia 2013 yang diadakan di Berjaya Times Square, KL. "Mulanya saya jadikan blog sebagai diari harian yang berkongsi apa saja aktiviti yang dilakukan setiap hari. Semuanya bermula daripada laman Facebook, apabila ada peminat menyarankan saya untuk menulis blog. Saya sahut cabaran menulis blog. Tiga bulan pertama, sekitar 10 ke 20 orang saja yang melayari blog dan memberi komen," katanya. Ajak peminat bercuti ke Ho Chi Minh City Zarul mengakui sekalipun kini beliau dilihat seperti bergerak solo, komitmen bersama Umbrella masih ada jika ada permintaan dan kena pada masanya. Khabarnya, Zarul akan kembali menyanyikan semula lagu Ramalanku Benar Belaka dengan diberi nafas baru. "Selain itu pada 18 hingga 21 Jun ini, yakni selama empat hari tiga malam saya akan bercuti bersama peminat ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Idea percutian ini bermula daripada pihak agensi pelancongan, AR Travel & Tours Sdn Bhd sejak Februari lalu," katanya yang pernah terpilih menyertai Asia Bagus pada 1993. Kepada yang berminat untuk bercuti dengan Zarul dengan harga tiket berharga serendah RM2,450 sekepala boleh hubungi talian 012-4741005 atau 010- 5167715. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |