Berita Harian: Hip |
Posted: 12 Mar 2013 02:50 AM PDT Walaupun bakat seninya mula dikesan menerusi program realiti nyanyian, Mentor 5, namun nama Aiman Hakim Ridza seperti lebih bersinar dalam bidang lakonan. Lebih-lebih lagi selepas drama bersiri lakonannya dengan Izara Aishah, Vanilla Coklat, mendapat sambutan ramai. Namun begitu, jejaka ini tidak pernah melupakan impiannya untuk bergelar penyanyi, justeru dia kembali perlahan-lahan mengatur langkah ke dunia seni suara.
"Saya tak pernah lupakan nyanyian kerana daripada sebelum menyertai Mentor lagi memang saya ingin jadi penyanyi. Cuma bakat saya lebih terserlah dalam lakonan ketika ini. Mungkin inilah rezeki saya selepas keluar daripada program itu. "Ini semua bertitik tolak daripada bakat dan kebolehan. Kalau mampu melakukan kedua-duanya, tidak salah untuk kita rebut peluang yang datang dalam bidang muzik dan lakonan," katanya yang tidak berasakan faktor paras rupa memberikannya kelebihan. Masih sendirian Hasil keserasian lakonan bersama Izara juga, ramai peminat yang seakan seronok menyaksikan gandingan dua bakat muda ini. Malah, tidak hairan sebahagiannya turut berasakan mereka sesuai jika keluar bersama.
"Buat masa ini saya masih solo dan mahu menumpukan kepada bidang seni. Masih banyak yang perlu saya pelajari mengenai dunia lakonan di samping, selain berusaha mencapai impian sebagai penyanyi. "Tak salah bercinta sesama artis kalau itu sudah ditentukan, tetapi bagi saya, masih terlalu awal untuk berbicara mengenai percintaan. Perjalanan saya dalam industri ini pun masih jauh," katanya yang akan bergandingan dengan Nur Fathia dalam drama bersiri 15 episod berjudul Diandra. Peluang hargai peminat Berpeluang mengikuti siri jelajah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, acara itu memberikan kelebihan kepada calon Artis Baru Lelaki Popular ini untuk mendekati pengundi. Menganggap peluang diberikan itu bukan saja merapatkan dirinya dengan peminat, sebaliknya ia membolehkan finalis menghargai penyokong mereka, terutama yang berada di luar Lembah Klang. "Bukan senang untuk peminat bertemu dengan artis kegemaran secara langsung, jadi sebagai artis saya harus menghargai mereka. Biar sekejap, tetapi mereka puas dapat berjumpa, bergambar dan melakukan aktiviti bersama artis. "Kali pertama berdepan peminat yang ramai, ia cukup mengujakan. Di sini, saya dapat bersemuka dengan peminat dan tak sangka impak Vanilla Coklat dirasa sehingga kini," katanya yang mengikuti siri jelajah ABPBH di Village Mall, Sungai Petani, Kedah, awal bulan ini. Lintasi permaidani merah bersama Aiman, Izara Jika pada siri jelajah peminat dapat bertemu dengan Aiman, menerusi peraduan Gemilang Bersama Bintang BH pula mereka berpeluang melintasi permaidani merah bersamanya pada malam kemuncak ABPBH, 7 April ini. Bukan seorang, sebaliknya empat pembaca bertuah dapat menikmati detik indah itu dan bergaya bagaikan selebriti, berjalan seiringan dengan Aiman dan Izara. "Pada ABPBH lalu saya berjalan bersama Izara bagi mempromosikan drama kami, tetapi tahun ini saya berpeluang berjalan bersama peminat pula. Saya rasa sukar untuk peminat merasai momen sebegini kecuali di ABPBH," katanya yang teruja untuk menyaksikan peminat bertuah yang akan bersama-sama dengannya memeriahkan anugerah berprestij ini. |
Posted: 12 Mar 2013 02:44 AM PDT Hanya berbaki enam hari lagi untuk peminat menghantar borang undian Anugerah Bintang Popular BH 2012 (ABPBH 2012) bagi memilih 16 kategori yang dipertandingkan sebelum tarikh tutup pada 18 Mac ini. Hari ini, borang terakhir edisi ke-26 ABPBH disiarkan menerusi BH, namun orang ramai masih boleh mengundi artis pilihan menerusi kategori khidmat pesanan ringkas (SMS) atau secara online.
"Setakat ini borang undian yang kami terima bertambah banyak dan diharap pengundi tidak menunggu hingga saat akhir untuk menghantar undian bagi mengelakkan ia sampai lewat. "Daripada jumlah borang yang diterima, ia membuktikan ABPBH acara tahunan yang sentiasa ditunggu peminat tetapi pada masa sama undian kategori SMS masih dibuka hingga 26 Mac manakala kategori online sehingga 13 Mac (hari ini)," katanya. Ganjaran hebat Bertemakan Ledakan Geometri, tahun ini ganjaran bagi pembaca semakin lumayan apabila menerusi sokongan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM), pemenang bakal memandu pulang Nissan Almera berharga RM81,000.
Bagi Bintang Paling Popular pula, penganjur menawarkan sebuah kereta bernilai RM370,000, Nissan 370Z Coupe, berserta hadiah iringan lain. Sementara itu, malam kemuncak majlis pengiktirafan yang julung kali berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 7 April ini bakal menggandingkan pelawak, Zizan Razak, bersama penyampai radio popular, Farah Fauzana, sebagai hos. Didie Alias dan Along Cham pula mengendalikan acara permaidani merah selain suntikan kelainan menerusi pengembelengan tenaga pengacara bersama membabitkan Awi Rafael, Azlee Khairi, Forteen, Hairul Azreen, Hanez Suraya, Iqram Dinzly, Kamal Adli serta Nelyda Senrose. Artis popular serikan persembahan Penyampai trofi pula membariskan Aaron Aziz, Anzalna Nasir, Dazrin, Fizo Omar, Fizz Fairuz, Johan As'ari, Lisa Surihani, Nabila Huda, Nadiya Nisaa, Nazim Othman, Neelofa, Nubhan, Nur Fathia, Rozita Che Wan, Shah Iskandar, Tasha Shila dan Tomok. Bagi segmen persembahan, ia dijayakan Datuk M Nasir, Datuk AC Mizal, Ziana Zain, Adira, Ainan Tasneem, Ally Noor, Mastura, Amir Ukays, Asmidar, Ayai Ilusi, Bagio, Black, Ella, Fida, Jay Jay, Kilafairy, Liawanis, Marsha, Najwa Latif, Projek Pistol, RJ, Salammusik, Sleeq, Stacy, Stella Band, Syam Kamarul, Zarul Umbrella dan One Nation Emcees. ABPBH 2012 direalisasikan dengan kerjasama Habib Jewels Sdn Bhd, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, Holiday Villa Hotel & Suites Subang, AVON Cosmetics (M) Sdn Bhd, Boutique Dewi Sofiea Sdn Bhd, Star Cruise Travel Sdn Bhd, Empayan Holding Sdn Bhd, AirAsia Berhad serta Perbadanan Stadium (M) Sdn Bhd, manakala TV3 dan Hot FM sebagai penyiar rasmi. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |