Adsense

Khamis, 21 Februari 2013

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia

My Gosip .com | Gosip Artis Malaysia Terkini Dan Gambar Artis Malaysia


Suami Dakwa Azlyn Massiela Hilang Ingatan – Fizz Fairuz Tertipu

Posted: 20 Feb 2013 08:20 PM PST

Posted: 21 February 2013 at 12:20 pm  

Fizz Fairuz putus tunang

Kita sudah dengar kenyataan daripada Fizz Fairuz dan bekas tunangnya, Azlyn Massiela sebelum ini, Sekarang kita dengar pula penjelasan daripada lelaki yang didakwa suami kepada Azlyn Massiela pula.. Seorang Usahawan 40-an yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar) mendakwa yang Azlyn Massiela sedang sakit setelah lapan bulan hilang ingatan, Tambahan pula isterinya itu kensunyian kerana kurang diberi perhatian setelah berkahwin di selatan Thailand..

"Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang 'sakit' selepas lapan bulan hilang ingatan,"

"Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua). Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya,"

Tambah Ramli, Walaupun mereka sudah sah sebagai suami isteri, mereka berdua jarang berjumpa kerana bimbang perkahwinanya diketahui oleh isteri pertama, Malah perkahwinan mereka juga turut tidak diketahui oleh keluarga Azlyn Massiela..

Jelas Ramli lagi, Selepas berkahwin di selatan Thailand mereka tidak mendaftarkan perkahwinan mereka di mana-mana pejabat agama dalam negara, Namun Azlyn Massiela tetap isterinya yang sah walaupun berkahwin di Thailand dan tidak di daftarkan didalam negara..

"Biarpun sibuk, saya tetap membayar nafkah, menyediakan pakaian, tempat tinggal serta kenderaan," katanya memaklumkan hanya berjumpa wanita itu beberapa kali dalam sebulan.

"Saya tidak meletakkan kesalahan itu ke atas Fizz kerana sepanjang perkenalan mereka, dia ditipu kononnya isteri saya belum berkahwin sehinggalah majlis pertunangan diatur," katanya.

Sumber:Harian Metro

Fizz Fairuz Bohong, Saya Bukan Isteri Orang – Azlyn Massiela

Posted: 20 Feb 2013 07:35 PM PST

Posted: 21 February 2013 at 11:35 am  

Azlyn Massiela-tunang-Fizz-Fairuz

Kenyataan Fizz Fairuz semalam yang mengakui telah putus tunang kerana merasa tertipu dengan bekas tunangnya yang merupakan isteri orang bukan sahaja mengejutkan ramai pihak.. Malah bekas tunang Fizz Fairuz sendiri merasa tersentak dengan dakwaan Fizz Fairuz itu.. Azlyn Massiela yang tampil memberi kenyataan kepada media hari ini menafikan semua dakwaan Fizz Fairuz semalam dengan menyifatkan Fizz Fairuz berbohong selain tidak mengetahui motif sebenar Fizz Fairuz berbuat demikian..

Jelas Azlyn Massiela, Tuduhan Fizz Fairuz itu bukan sahaja bohong, malah turut memalukan dan menjatuhkan maruah keluarganya..

"Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga"

"Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya"

"Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam"

"Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz),"

Tambah Azlyn Massiela lagi, Fizz Fairuzz tidak pernah datang berbincang dengan keluarganya mengenai hal ini, malah dia juga turut binggung dengan status dirinya sama ada masih tunangan Fizz Fairuz ataupun tidak, kerana dia tidak pernah memberi tahu untuk putus tunang dan tidak pernah memulangkan cincin pertunangan..

Dalam pada masa yang sama, satu sumber lain mengatakan yang keluarga Azlyn Massiela sedang menyiasat lelaki yang didakwa suami kepada Azlyn Massiela.. Mereka dikatakan pergi ke selatan Thailand bersama seorang peguam untuk meneliti rekod perkahwinan disana.

Sumber: Berita Harian