Adsense

Jumaat, 22 Februari 2013

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


Eksklusif: Sempat bersama tiga bulan

Posted: 21 Feb 2013 04:16 PM PST

Suami bekas tunang Fizz dedah nikah 9 Mac
tahun lalu
Kuala Lumpur: Usahawan yang mendakwa suami bekas tunang pelakon, Fizz Fairuz, mendakwa hanya menjalani hidup sebagai suami isteri selama tiga bulan selepas bernikah dengan Azlyn Massiela Mohd Nazar setahun lalu. Beliau yang enggan mendedahkan identitinya mendakwa bernikah dengan Azlyn, 26, pada 9 Mac tahun lalu, di selatan Thailand, tanpa ditemani sesiapa.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Siri jelajah ABPBH bermula

Posted: 21 Feb 2013 04:12 PM PST

Ramai artis terkenal bakal gamatkan The Spring, Kuching Ahad ini

Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) tahun ini bakal menyaksikan anjakan besar apabila siri jelajah yang membariskan ramai finalis merentas ke Kuching, Sarawak, pada 23 dan 24 Februari ini.

Andai edisi terdahulu hanya membabitkan lokasi di semenanjung, ABPBH ke-26 melangkau lautan apabila buat julung kali bertemu pembaca setia BH dan penyokong tegar majlis pengiktirafan berprestij ini di Borneo.

Pusat beli-belah The Spring bakal digamatkan kehadiran Aaron Aziz, Black, Hazama, Zizan Razak, Sleeq, Fara Fauzana, AG, Nabila Huda, Jihan dan tidak ketinggalan Didie Alias serta Along Cham sebagai hos acara. Acara di lokasi terbabit bermula seawal jam 2 petang, Ahad ini.

Finalis beramal

Jawatankuasa Pengelola Jelajah ABPBH, Mas Ayie Mas Omar, berkata selain bermesra dengan pengunjung, barisan selebriti popular turut mengadakan kerja amal dengan melawat Sekolah Sains Kuching pada 23 Februari.

"Usaha ini bukan hanya bermatlamat mendekatkan artis dengan peminat di Sarawak, malah kita mahu kunjungan ini lebih bermakna dengan melengkapkan siri jelajah ABPBH pertama ini dengan kerja amal.
"Andai pada Ahad nanti orang ramai dihiburkan dengan persembahan artis selain berpeluang membawa pulang hadiah, kunjungan ke sekolah berkenaan pula membabitkan sesi berkongsi pengalaman serta menyuntik semangat pelajar, sukaneka dan diakhiri simbolik menanam pokok," katanya.

Peluang dapatkan barangan eksklusif

Katanya lagi, sudah pasti siri jelajah yang menjadi tradisi sejak beberapa tahun lalu membawa makna besar buat penganjur dalam usaha menghargai sokongan seluruh peminat.

Lebih menarik, orang ramai juga boleh mendapatkan barangan eksklusif ABPBH 2012 seperti baju T, bantal, gelas, thumb drive dan lain-lain di gerai jualan serta melawat gerai penaja.

Malam kemuncak ABPBH 2012 yang mendapat sokongan AirAsia selaku penaja penerbangan rasmi dijadualkan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 7 April ini.

Selepas berkampung di Kuching, rombongan artis bakal menuju ke Village Mall, Alor Setar pula pada 3 Mac.