Berita Harian: Hip |
Posted: 28 Jan 2013 04:17 PM PST Selepas merangkul trofi Golden Globe, bintang Les Miserables raih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik SAG 2013 Berbaloi pengorbanan aktres jelita, Anne Hathaway menurunkan berat badan hingga 13 kilogram demi menghidupkan watak Fantine dalam filem muzikal, Les Miserables. Pelakon berusia 30 tahun ini meraih trofi Pelakon Pembantu Terbaik pada Anugerah Screen Actors Guild (SAG) 2013 di Los Angeles (LA), Amerika Syarikat (AS), semalam. Kira-kira dua minggu lalu, Anne merangkul trofi kategori sama pada Anugerah Golden Globe 2013. Pikat juri Biarpun hanya muncul dalam babak awal filem yang diangkat daripada novel epik tulisan Victor Hugo, lakonan Anne sebagai ibu tunggal yang terpaksa melacur demi kelangsungan hidup anak kecilnya mencuri hati juri. Babak Anne mendendangkan lagu 'I Dreamed a Dream' dengan penuh emosi dalam filem itu, dianggap antara adegan paling menyentuh hati. Malah, babak yang berakhir hanya beberapa minit itu disifatkan persembahan lakonan terbaik Anne sejak dia mula membintangi filem pada 1999. "Saya menerima kad pertama SAG ketika berusia 14 tahun. Ia umpama permulaan yang istimewa. Saya menghargai setiap detik bergelar pelakon... Terima kasih kerana mencalonkan saya bersama ramai wanita hebat dengan persembahan memukau," katanya ketika naik ke pentas menerima trofi berkenaan. Berlangsung di Auditorium Shrine, majlis pengiktirafan buat kali ke-19 itu turut menyaksikan kemenangan Tommy Lee Jones dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Namun, aktor itu yang memenangi Oskar dalam kategori sama tahun lalu, tidak hadir. Jennifer harap watak beri iktibar Sudah pasti kerlipan lensa juga terarah kepada bintang muda, Jennifer Lawrence, 22, apabila dia dinobatkan Pelakon Wanita Terbaik menerusi Silver Linings Playbook. Jennifer mengalahkan Naomi Watts (The Impossible); Jessica Chastain (Zero Dark Thirty); Marion Cotillard (Rust and Bone) serta Helen Mirren (Hitchcock). Selepas mengungguli Anugerah Golden Globe awal bulan ini, aktres terbabit mengulangi semula kejayaannya. Malah, Jennifer diramal memenangi trofi Oskar bagi kategori sama pada Anugerah Academy, bulan depan. "Membintangi filem ini adalah pengalaman terbaik saya. Diharap watak Tiffany, janda muda keras kepala namun mempunyai mental kurang stabil memberi inspirasi kepada semua penggemar filem," katanya yang masih kurang sihat disebabkan mengalami masalah radang paru-paru. Biodata Nama : Anne Jacqueline Hathaway |
Posted: 28 Jan 2013 04:09 PM PST Ajak anak muda sertai bisnes mudah jual makanan ringan, kembali bawa watak jahat dalam drama Bukan saja pandai memasak, jejaka bertubuh tegap ini rupa-rupanya bijak berniaga. Pelakon, Wan Hafizol Wan Omar atau lebih dikenali dengan panggilan Fizo Omar, khabarnya sibuk mengajak anak muda menyertai projek rangkaian gerai burger yang diusahakannya, empat bulan lalu.
"Saya membekalkan bahan menghasilkan burger seperti daging, sos dan sebagainya. Saya bekalkan semua bahan itu kepada belia atau individu yang berminat membuka gerai Hot Burger. "Apa yang penting, modal dan gerai saya beri secara percuma. Motif utama saya sudah tentu mahu membantu belia selain berkongsi panduan berniaga secara mudah." katanya. Fizo berkata, inisiatif menawarkan rangkaian gerai burger itu diperkenalkan selepas kajian lengkap dibuat mengenai prospek perniagaan itu. "Sudah lama saya ingin membuka perniagaan ini. Saya juga membuat kaji selidik dan bersyukur, akhirnya ia dapat dilancarkan.
Fizo ditemui ketika menjalani penggambaran drama bersiri terbaru arahan Rashid Sibir di Ridgewood Desa Parkcity, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Selain akan tampil dengan filem Isyarat Cinta arahan Bade Azmi dan Sembunyi serta Hello, Fizo akan kembali menghiasi layar televisyen dengan watak yang berbeza dan lebih segar. Tak sesuai watak komedi Selepas selama empat tahun tidak menjayakan watak antagonis, Fizo teruja kerana diberi peluang menghidupkan karakter sisi gelap pula. "Sekarang, saya mahu cuba sesuatu yang berbeza. Ini dihidupkan dalam watak Haikal menerusi drama Surat Dari Langit Biru. Selama ini, peminat sudah selesa dan banyak melihat saya memainkan watak baik," katanya. Fizo berkata, dia tidak sabar melihat reaksi peminat apabila muncul dengan watak jahat. "Kalau diimbas kembali, watak saya dalam drama Bio Nik saja yang dikatakan jahat. Itupun empat tahun lalu. Saya teruja hendak melihat pembaharuan dalam mainan watak kali ini," katanya yang menganggap dirinya tidak sesuai memainkan watak komedi. Tidak mahu memperbodohkan diri sendiri, Fizo menganggap watak komedi bukan untuk dirinya. Namun, Fizo pernah menjayakan teater muzikal komedi seperti Ali Baba The Musical dan drama Dollah Hapak, baru-baru ini. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |