Berita Harian: Hip |
Posted: 25 Jan 2013 11:05 PM PST Maya Karin tak terima tawaran berlakon sepanjang tahun Maya Karin - satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri perfileman tempatan. Deretan anugerah yang dimenanginya dari dalam dan luar negara, menjadikan dirinya berdiri dalam kelas tersendiri. Populariti filem Ombak Rindu, memperkukuhkan lagi jenama dirinya di persada seni tanah air, sekali gus beliau layak diangkat sebagai ikon atau sekurang-kurangnya ikutan kepada pelakon generasi baru. Maya tetap dengan pendiriannya, tidak akan menerima sebarang tawaran drama bersiri mahupun telefilem kerana tidak mahu terikat dengan jadual penggambaran yang terlalu lama, sekali gus menyekat kebebasannya yang gemar hiasan dalaman, selain menjayakan aktiviti sosial. Jika dilihat kepada artis lain, apabila populariti sedang memuncak, kaut saja peluang di depan mata. Namun, apabila diteliti rutin Maya sebagai pelakon, dia akan bekerja keras untuk sesebuah filem, sebaik selesai, beliau akan bercuti panjang untuk aktiviti kegemarannya mengembara melihat dunia atau mendaki gunung dan masuk semula ke set jika ada tawaran filem yang difikirkannya menarik. Fokus satu bidang Sekiranya ada waktu 'break' sehari dua ketika masih terbabit dengan penggambaran filem, dia memilih untuk berada di kedai hiasan dalaman dan terbukti, ketika temu bual ini berlangsung, Maya baru selesai temu janji dengan pereka hiasan dalamannya, manakala artis lain pasti terkejar-kejar untuk ke lokasi penggambaran drama apabila ada waktu terluang. Dapatkan B*POP dalam BH Ahad hari ini untuk gambar, berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ Izara nak jaga hati sendiri Izara Aishah nyata masih mampu mengekalkan popularitinya dalam 'liga popular' apabila dia dipilih memasuki kategori Pelakon TV Wanita Popular. Tahun lalu dia adalah calon Top 5 kategori Artis Baru Wanita Popular. Tidak seperti pemenang kategori berkenaan, Tasha Shilla yang gagal mempertahankan popularitinya sehingga tidak lagi tercalon pada ABPBH2012. "Bagi saya, populariti drama bersiri Vanila Coklat yang membawa saya berada pada kedudukan hari ini apabila hero saya dalam drama berkenaan, Aiman Hakim Ridza, juga tercalon untuk kategori Artis Baru Lelaki Popular. Kuasa peminat untuk menentukan artis kegemaran mereka terus berada dalam saingan ABPBH, sukar diramal, kadang-kadang di luar dugaan, mengejutkan. "Saya yakin, antara artis dan peminat kejujuran itu penting. Mereka ikhlas mengundi saya. Terus terang, saya tidak ada kelab peminat seperti kebanyakan artis lain, mereka boleh minta tolong fan club, sebaliknya peminat saya jujur, mereka mengundi saya sematamata kerana kerja dan produk di kaca TV. Justeru, saya perlu kerja keras dan tampil dengan beberapa produk bermutu supaya diri sentiasa dekat di hati peminat," katanya. Gandingan pertama Izara mengakui dia memang mengagumi lakonan Maya dan tidak sangka, hari ini buat kali pertama kedua-duanya bergandingan menerusi Sejoli, sekali gus berkerja di bawah seliaan pengarah terkenal seperti Osman. Bagi Izara, Maya seorang pelakon hebat yang sentiasa merendah diri dan tidak lokek berkongsi ilmu lakonan, begitu juga dengan Osman yakin dengan kebolehan dirinya, tidak semata-mata memandang faktor fizikal, cantik sekadar bonus. Dapatkan B*POP dalam BH Ahad hari ini untuk gambar, berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/ |
Posted: 25 Jan 2013 10:58 PM PST Macam-macam hal pelakon Norish Karman atau NK ni... Belumpun reda isu dakwaan `goda' suami orang yang Raja dedahkan dalam ruangan ini pada minggu lalu, Raja dengar NK buat onar lagi. Khabarnya, menerusi laman Facebook, NK mengatakan dirinya difitnah. Hai, jika tiada angin, masakan pokok bergoyang, kan...?
Hmmm... tak tahulah betul atau propa! Sebagai wartawan, Raja melaporkan dakwaan berdasarkan sumber yang diyakini maklumatnya. Bukan calangcalang sumber sebab sumber itu juga adalah orang yang NK kenal dan pernah membantu NK ketika dia menghadapi masalah dulu. Tiada siapa yang nak reka cerita dan dapat dosa percuma! Dakwaan ini dilakukan mereka yang rapat dengan NK. Bagi Raja, apa yang dilakukan NK adalah urusannya dengan Tuhan. Betul atau sebaliknya, NK lebih mengetahui. Kalau menipu, terimalah balasannya nanti. Balasan Tuhan tak tunggu hingga tutup mata... Cerita lain yang mahu Raja dedahkan minggu ini boleh tahan panasnya. Bagi Raja, hebat betul lakonan NK sama ada di pentas drama mahupun kehidupan realiti. Khabarnya, NK bersengketa dengan teman baik dan enggan menyerahkan anak temannya itu. Sampai jadi kes polis. Hai, macam kes yang pernah terjadi sebelum ini saja. Seingat Raja, polis pernah mencari NK kerana disyaki menyembunyikan seorang remaja perempuan di rumahnya pada 2008. Perubahan ketara Raja dengar sebelum ini, teman baiknya itu membenarkan anak gadisnya berusia 17 tahun tinggal bersama NK seketika, gadis itulah membantu NK menjaga bayinya, Muhammad Haq Lutfie Alexander. Lagipun NK tiada pembantu rumah tetap. Tapi, temannya mula risau apabila melihat perubahan ketara pada anaknya apabila sesekali pulang ke rumah. Jika dulu, anaknya tidak pandai berbohong tapi sekarang sudah pandai putar belit... Tapi, bohong budak-budak, akhirnya terkantoi juga. Dulu bertudung apabila tinggal dengan NK, tudung sudah terbang melayang. Itu lagilah menambahkan kerisauan temannya itu. Temannya itu seolah-olah melihat anaknya seperti 'dipergunakan' NK. Dipendekkan cerita, temannya ke rumah NK dan mahu mengambil anaknya pulang tapi NK seperti menghalang dan anaknya juga tidak mahu pulang. Anaknya itu dilihat seperti sudah banyak termakan hasutan NK. Buat laporan polis Akhirnya, temannya itu dapat mengambil semula anaknya ketika terserempak dengan NK di sebuah pusat beli-belah, baru-baru ini. Apa lagi, ditarik anak gadisnya pulang dan temannya itu terus membuat laporan di Balai Polis Travers. Kini, anaknya sudah selamat, tapi dokumen peribadi seperti kad pengenalan dan pasport tertinggal di rumah NK. Anak temannya itu pernah menghantar SMS meminta NK pulangkan dokumen penting, telefon bimbit, dompet dan pakaiannya, tapi NK menyepikan diri. Kalau benarlah dakwaan temannya itu, kenapa NK bersikap sedemikian? Raja nak tanya buat apa NK nak simpan dokumen peribadi orang lain? Takkan NK tak tahu gadis itu memerlukan dokumen peribadi apabila masuk universiti atau kolej nanti. Keputusan SPM akan keluar tidak lama lagi. Janganlah melampau sangat. Daripada sibuk nak jaga anak orang, lebih baik jaga anak sendiri. Cukup-cukuplah buat hal... RAJA: Neelofa mengaku masih lagi setia dengan kekasihnya, Hans Isaac. Elok saja bernikah tahun ini sebab Hans Isaac pun dah masuk usia 40-an... |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |