Berita Harian: Hip |
Posted: 24 Jan 2013 02:05 PM PST Suami tak cemburu, faham sifat semula jadi Ella Mengenali penyanyi rock wanita unggul ini, dia memang seorang yang sangat manja. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berdepan dengannya, pasti mereka akui sifat manja Norzilla Aminuddin atau nama pentasnya, Ella. Ella ikut nasihat Datuk Dr Fadzilah Kamsah yang suami isteri kenalah selalu ucapkan perkataan cinta terhadap pasangan masing-masing. Macam Ella, dalam sehari beberapa kali jugalah Ella ucapkan kata sayang pada Azhar. Tapi biarlah ucapan itu dilafazkan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan," Ella Namun itu dulu, iaitu ketika dia masih bujang. Kini, selepas bergelar isteri kepada Azhar Ghazali, ramai yang tertanya-tanya apakah Ella masih mengekalkan sifat manjanya itu di rumah? Apakah si suami tidak cemburu apabila melihat isteri kesayangan masih menunjukkan sifat manjanya kepada lelaki lain di luar rumah? Ketika diajukan pertanyaan itu kepada si empunya diri, Ella yang ditemui pada majlis sidang media Save Our Rainforest Race anjuran Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) di Kuala Lumpur, kelmarin, ternyata lebih selesa meminta perkara itu dijawab oleh suaminya yang turut hadir. Jawapan diberikan juruterbang sebuah syarikat penerbangan itu amat mengejutkan dan tidak disangka-sangka. "Pada saya, Ella yang awak semua lihat sekarang lebih reserved berbanding di rumah. Dia lebih manja daripada itu di rumah. Soal cemburu melihat kemanjaannya dengan orang lain, saya tak kisah sangat kerana saya faham itu memang sifat semula jadinya. Amal pesanan Fadzilah Kamsah Terlanjur bercerita mengenai hal rumah tangga, Azhar turut ditanya mengenai kesahihan cerita kononnya dia terlalu memanjakan Ella sehingga penyanyi itu tidak dibenarkan membuat kerja rumah. Sambil menafikan perkara itu, dia berkata, dalam melayari bahtera kehidupan suami isteri, dia lebih selesa mengamalkan toleransi. "Bukan memanjakan, cuma dalam hal seperti ini, saya tidak mahu membebankan Ella dengan kerja rumah. Mana yang saya boleh bantu, saya bantu," terangnya. Seronok sungguh melihat gelagat Ella ketika berbual dengan Azhar. Selain panggilan sayang, dia juga berkali-kali melafazkan perkataan 'I love you' kepada suaminya. Bukan sengaja dibuat-buat iaitu sekadar menunjukkan kemesraan di hadapan media, tetapi kata Ella, perkara itu memang menjadi amalan sejak mendirikan rumah tangga. "Ella ikut nasihat Datuk Dr Fadzilah Kamsah yang suami isteri kenalah selalu ucapkan perkataan cinta terhadap pasangan masing-masing. Macam Ella, dalam sehari beberapa kali jugalah Ella ucapkan kata sayang pada Azhar. Tapi biarlah ucapan itu dilafazkan dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan," dedah Ella sambil tertawa. Konsert jelajah April depan Beralih kepada kerjaya seninya, jika tiada aral melintang, Ella bakal mengadakan konsert jelajahnya pada April depan. "Konsert ini dijayakan dengan kerjasama Warner Music dan sebuah syarikat yang Ella terpaksa rahsiakan namanya. Buat masa ini kami sudah mengenal pasti beberapa lokasi utama. Penutup konsert ini yang berkonsep akustik akan diadakan di Kuala Lumpur," ujarnya yang akan mengumumkan maklumat lanjut mengenai konsert itu dalam majlis berasingan. Selain konsert, beberapa projek khas turut menanti untuk dilaksanakan. "Ella akan berkolaborasi dengan dua penyanyi, masing-masing dari dalam dan luar negara. Buat masa ini Ella tidak boleh mendedahkan siapa mereka sebab ia masih dalam peringkat perbincangan. Kalau sudah sahih, baru Ella akan beritahu orangnya," katanya yang masih berhubungan dengan bekas protegenya, Caroline. |
Rashid mahu stesen TV utamakan impak karya, usah kejar rating Posted: 24 Jan 2013 01:52 PM PST Usah hanya pentingkan soal rating, sebaliknya stesen televisyen (TV) perlu mengutamakan tanggungjawab sosial dalam menyajikan program bermanfaat kepada masyarakat. Itulah saranan sutradara, Rashid Sibir yang mahu pembikin drama mengetengahkan isu budaya Melayu tempatan daripada hanya memaparkan kisah kehidupan warga korporat. Tidak kisah jika mahu menggambarkan golongan korporat, tapi biarlah seimbang. Gambaran mengenai kehidupan dan masyarakat kampung juga perlu dipaparkan. Kita perlu ada nilai-nilai kampung dalam drama kita," Rashid Sibir "Saya cuba memberi impak kepada masyarakat yang menonton. Tidak semestinya penonton dapat kaitkan dengan hidup mereka, sebaliknya ia boleh dijadikan pedoman bersama. "Saya cuba paparkan kehidupan realiti dalam TV. Penonton bukan hanya merangkumi golongan korporat, malah penduduk kampung juga menonton TV. "Tidak kisah jika mahu menggambarkan golongan korporat, tapi biarlah seimbang. Gambaran mengenai kehidupan dan masyarakat kampung juga perlu dipaparkan. Kita perlu ada nilai-nilai kampung dalam drama kita," katanya panjang lebar. Rashid berkata, elemen kehidupan di desa perlu ada dalam drama yang dihasilkan. "Bagi saya sesebuah stesen TV perlu ada tanggungjawab sosial, bukan hanya memaparkan hiburan semata-mata. Mereka tidak boleh terlalu memikirkan soal rating di mana nilai masyarakat akan hilang nanti," katanya ketika ditemui di set penggambaran drama terbarunya, Surat dari Langit Biru. Drama 15 episod ini akan disiarkan dalam slot Samarinda, TV3, mulai 6 Februari depan. Jika sejak kebelakangan ini, banyak drama korporat yang memaparkan kehidupan orang berpangkat tinggi dan kaya dipaparkan penerbitnya, Rashid berbangga stesen TV3 memilih karyanya yang berunsur masyarakat dan suasana kampung. Drama Surat dari Langit Biru menceritakan mengenai pasangan adik beradik, Salmi dan Zarul iaitu watak yang dihidupkan pelakon, Yana Shamsudin dan Johan As'ari. Ikatan persaudaraan mereka amat rapat umpama bidalan cubit paha kanan, paha kiri terasa. Walaupun hidup mereka tidak dilimpahi kemewahan, kasih sayang yang dicurahkan menjadi kunci kebahagiaan. Selain Yana dan Johan, drama itu turut dibintangi Fizo Omar, Tania Hudson, Fauziah Nawi, Rahim Razali dan Nasir Bilal Khan. Drama ini juga menampilkan sisi baru Yana, Johan, Fizo dan Tania. Rashid mengubah karakter yang sering dibawa mereka kepada watak yang tidak pernah dihidupkan sebelum ini. Rashid berkata, karya yang dihasilkan adalah dari permintaan dan perbincangan dengan kumpulan kreatif dari stesen TV. Karya Rashid berteraskan cita rasa penonton dan faktor sekeliling. Namun, ideanya diterapkan supaya setiap pihak yang terbabit dalam proses penerbitan berpuas hati. Antara karyanya ialah Pondok Buruk, Sekeras Kerikil, Quran Buruk, Bertaut Di Jabal Rahmah, Janji Syurga dan banyak lagi. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |