Berita Harian: Hip |
Posted: 09 Jan 2013 01:39 PM PST Keputusan Top 5 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 yang diumumkan di Hotel Holiday Villa & Suites, Subang Jaya, semalam cukup mengejutkan.
Selain menyaksikan ramai muka baru yang membolosi senarai calon akhir, ada nama besar termasuk pemenang tahun lalu tidak tersangkut kali ini.
Senarai Top 5 APBPBH 2012 kali ini turut menyaksikan beberapa muka baru seperti Nabila Huda, DJ Lin, Jepp Sepah dan Jihan Raja Lawak dicalonkan antara lima kelompok artis popular dalam pelbagai kategori. Selain itu, kembali menjadi calon ABPBH edisi ke-26 ialah artis serba boleh, AC Mizal, yang agak lama menyepi dari pentas anugerah ini. Persoalannya, andai benar populariti artis yang tidak dicalonkan ke akhir kali ini merosot, apakah ia bermakna perhatian peminat sudah beralih arah? Seperti yang diketahui, dunia hiburan tanah air tidak pernah sunyi dengan kehadiran artis baru yang lebih segar dan berbakat. Namun, itulah lumrah dunia hiburan kerana apa yang berlaku tidak ubah seperti roda yang berputar.
Berbicara soal populariti, diakui tidak semua artis yang pernah dicalonkan dalam ABPBH sejak 26 tahun penganjurannya mengecapi populariti seperti roket. Ada segelintir artis dilihat tak perlu berpenat lelah membuktikan bakat, sebaliknya hanya bersandarkan kepada gosip tetapi melepasi senarai Top 5. Namun, biar apapun alasan mengaitkan artis popular tersingkir daripada menjadi calon Top 5, apa yang dialami lima artis yang menghiasi muka depan HIP ini agak berbeza. Bukan tiada gosip yang menghimpit diri mereka, cuma kejayaan membolosi peringkat akhir pencalonan ABPBH 2012 lebih kepada bakat hasil kerja masing-masing. Artis kelahiran Kota Singa, Shah Iskandar, ialah antara artis yang berjaya bergelar finalis tetapi bukan dengan jalan mudah. Lebih tiga tahun menceburkan diri dalam bidang seni dan bermula dengan peringkat bawah, akhirnya jejaka ini berjaya menempatkan diri dalam kategori artis baru popular. Jujur saya akui pernah terdetik dalam hati untuk berada dalam kelompok ABPBH. Bagi saya, populariti itu memang penting terutama dalam membantu kerjaya seseorang artis. Bagi saya, sama ada seseorang itu popular kerana kontroversi atau hasil kerjanya, ia bukan masalah besar. Ini kerana biar apapun, ia tetap membantu menaikkan nama artis, katanya. Gosip berkasih dengan Rozita lonjak nama? Ditanya apakah kejayaannya membolosi senarai Top 5 berpunca daripada gosip hubungan cintanya dengan pelakon Rozita Che Wan, Shah tidak menafikan perkara itu. Seperti yang saya katakan tadi, gosip juga memainkan peranan penting untuk mempopularkan seseorang artis. Tapi saya percaya hasil kerja saya dalam dunia lakonan juga banyak membantu sehingga berjaya mengumpul peminat tersendiri, yang sentiasa menyokong kerjaya seni saya, katanya yang mempunyai kelab peminat bernama Shah Iskandarriffic. Mengakui agak terkejut apabila diberi peluang duduk di kerusi finalis edisi terbaru ABPBH selepas lebih 12 tahun berkecimpung dalam arena seni, Nabila Huda berterima kasih atas kepercayaan peminat yang mengundinya untuk menjadi calon akhir Pelakon TV Wanita Popular. Nabila mengakui dia sukar menggambarkan perasaan sebaik diumumkan sebagai Top 5 kerana inilah kali pertama dicalonkan ke peringkat akhir. Sehubungan itu, Nabila enggan meletakkan harapan. Terima kasih kepada pengundi. Pencalonan ini cukup bermakna walaupun baru sekarang saya berada dalam senarai Top 5. Ini bermakna, secara tidak langsung penonton menilai hasil lakonan saya. Sebelum ini, biarpun tidak berada dalam Top 5, saya tetap memberi sokongan kepada ABPBH. Cuma mungkin nanti perasaannya berbeza apabila kali ini saya hadir sebagai finalis, katanya yang bersaing dengan Fasha Sandha, Izara Aishah, Neelofa dan Siti Saleha dalam kategori berkenaan. Izzue akui saingan hebat Lelaki berkulit putih dan bermisai yang juga anggota kumpulan remaja Forteen ini tidak menyangka namanya berjaya membolosi senarai akhir ABPBH 2012. Memang pada awalnya saya tidak menaruh harapan. Tetapi rupa-rupanya saya tercalon namun tidak mahu terlalu memikirkannya. Ini kerana saingan hebat-hebat belaka. Mungkin ini disebabkan produk saya yang mereka gemari, ujar Izzue Islam yang dicalonkan dalam kategori Artis Baru Lelaki Popular bersama Shah Iskandar, Taiyudin Bakar, Jimmy Palikat dan Aiman Hakim Ridza. |
Pejabat Den Wahab dimasuki pencuri Posted: 09 Jan 2013 01:32 PM PST Pelakon yang juga produser, Den Wahab, kerugian lebih RM10,000 apabila pejabat urusan syarikatnya, Global Network Entertainment (GNE), dipecah masuk pencuri. Kejadian disedari Isnin lalu apabila dia tiba di pejabat untuk memulakan kerja harian.
Lebih menyedihkan apabila saya dapati semua komputer sudah hilang. Segala dokumen penting berkaitan produksi drama pula berada dalam komputer berkenaan.
Menurut Den, kejadian itu memang menjadi iktibar buatnya. Sebelum ini, dia tidak pernah menyangka perkara buruk seperti itu boleh berlaku.
Selepas ini saya lebih berhati-hati, dengan memasang alat penggera dan kamera litar tertutup agar kejadian sama tidak berulang, katanya yang baru saja selesai menjalani penggambaran drama bersirinya berjudul Beret Hijau musim kedua untuk siaran di RTM. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |