Berita Harian: Hip |
Posted: 13 Oct 2012 05:42 PM PDT Aku Terima Nikahnya mampu usik emosi remaja di alam percintaan Gandingan Nora Danish dan Adi Putra adalah sebab utama untuk penonton ke pawagam bagi menyaksikan filem terbaru Metrowealth Pictures (MIG), Aku Terima Nikahnya. Filem yang penuh sentimen emosi dan mampu mengundang sebak ini boleh menjerat sesiapa saja yang mempunyai kenangan cinta. Filem ini mula ditayangkan sejak Khamis (11 Oktober) lalu. Gandingan yang mula disatukan menerusi drama Tentang Dhia ini berjaya menarik penonton untuk mengetahui sejauh mana keserasian yang diterjemahkan dalam drama berkenaan mampu disampaikan kembali dalam naskhah arahan sutradara baru, Eyra Rahman ini. Eyra berjaya lari daripada bayangan pengarah lain di bawah MIG untuk menterjemahkan sebuah karya berbentuk romantik drama dengan acuan tersendiri dengan jalan cerita ringkas tapi pada masa sama mampu menarik perasaan penonton untuk menyusuri ceritanya yang mempesonakan. Permainan emosiIa sesuai dengan plot filem itu yang berkisar rintangan yang terpaksa dihadapi isteri untuk mengembalikan ingatan suaminya selepas terbabit dalam kemalangan dan mengalami masalah selective amnesia. Walaupun Aku Terima Nikahnya adalah sebuah cerita dengan jalan cerita ringkas, tapi ia sarat permainan emosi yang mampu untuk membawa kesengsaraan dihadapi oleh Arlisa (Nora Danish). Penonton bagaikan dapat merasai penderitaan itu. Pada awalnya, penonton diajak untuk melihat saat romantik pasangan Johan dan Arlisa selepas melangsungkan perkahwinan yang menyebabkan jalan cerita tampak sedikit perlahan ditambah lagi kurangnya penggunaan dialog, sebaliknya membawa penonton dari babak ke babak seterusnya. Selain itu, penonton juga disajikan muzik latar yang indah dapat bersama membawa mood penonton untuk menyelami perasaan romantik dan kesengsaraan hati yang dihadapi pasangan berkenaan. Lakonan Adi Putra sebagai Johan dan Nora Danish (Arlisa) dilihat sebagai pasangan pelakon yang menampakkan keserasian mereka di lakon layar. Tetapi, jika dianalisis, untuk watak Johan, Adi dilihat kurang memberi untuk menunjukkan perasaannya terhadap Arlisa. Mungkin juga dengan membawa watak Johan yang hilang ingatan, pengarah cuba menunjukkan ada jurang antara watak Johan Namun, berbeza dengan Nora yang dilihat menunjukkan peningkatan pada mutu lakonannya untuk turut masa memberi emosi kepada penonton merasai perasaan yang dihadapi. Air matanya bukan dibuat-buat. Watak dibawanya itu menangis bagaikan bukan beraksi dalam filem. Nora memperlihatkan sisi lakonan matang, mengingatkan penulis mengenai kehebatan lakonan seniwati Aku Terima Nikahnya dilihat lebih mampu mengusik emosi remaja yang sedang di alam percintaan, untuk mencongak sama ada cinta sebenar yang mereka lalui itu mungkin juga bakal berdepan kepayahan dan kesulitan yang menuntut kesabaran tinggi jika menempuh alam runah tangga kelak. Di sinilah kekuatan filem ini bagaikan mahu berkongsi rasa dan cinta untuk remaja yang asyik masyhuk bercinta. Cinta tragis Filem ke66 terbitan MIG ini juga dilihat seakan mempunyai persamaan dengan filem Hollywood, The Vow yang dibintangi oleh Rachel McAdams (Paige Collins) dan Channing Tatum (Leo Collins), namun yang membezakannya adalah karakter pelakon yang mana dalam filem berkenaan si isteri mengalami masalah selective amnesia dan Leo berusaha untuk mengembalikan ingatan isterinya. Aku Terima Nikahnya mengisahkan cinta tragis Johan dan Arlisa yang berdepan dengan dugaan berat selepas diijab kabul dan melalui hari-hari indah sebagai pasangan suami isteri. Kemalangan jalan raya yang menimpa Johan menyebabkan dia mengalami selective amnesia dan ingat perkara yang berlaku hingga Johan berusia 31 tahun saja sebelum dia mengenali Arlisa. Johan yang langsung tidak mengenali Arlisa cuba untuk menjauhkan diri, namun ia tidak mematahkan semangat Arlisa untuk mengembalikan ingatan suaminya. |
Posted: 13 Oct 2012 05:35 PM PDT Program resipi terbaru Datuk Redzuawan Ismail mula bersiaran 17 Oktober Selebriti chef terkenal negara, Datuk Redzuawan Ismail atau dipanggil Chef Wan bakal muncul lagi menerusi program masakan kendaliannya dengan pelbagai resipi baru yang dikumpul dan diubah suai berasaskan menu antarabangsa, bakal bersiaran bermula 17 Oktober ini, menerusi TV1. Jika sebelumnya beliau mengendalikan program sedemikian bersendirian atau sesekali mengundang selebriti, kali ini Chef Wan mengundang pula pihak media massa yang membabitkan golongan wartawan, penulis seni hiburan dan editor akhbar serta majalah dalam bidang berkenaan menerusi program terbarunya berjudul Sajian Chef Wan Bersama Media. Menerusi program masakan itu, Chef Wan akan mengajar wartawan terbabit mengenai resipi baru dan unik yang disesuaikan daripad abeberapa menu yang dipelajarinya dari luar negara, selain konsep rancangan itu lebih memberi pendekatan kepada 'interior and cooking' dengan menyerlahkan identiti yang melambangkan ciri kemasan dalaman, stail, suasana, dan cita rasa dalam mempromosi pelbagai pilihan hidangan di lokasi terpilih.13 episod Pengurus program berkenaan, Kapten (B) Izzauddin Azlan, berkata Sajian Chef Wan Bersama Media dihasilkan sebanyak 13 episod dengan episod pertamanya akan disiarkan di TV1 bermula jam 10.30 pagi dengan mengundang bersama seorang editor majalah hiburan. "Menerusi konsep program masakan ini yang agak unik, paparan gaya dan suasana latar belakang lokasi membantu memberi kepuasan kepada penonton dengan maksud supaya menghargai keistimewaan sekali gus menjadikan konsep program ini lebih berketerampilan. Pemilihan tajuk Sajian Chef Wan Bersama Media dicetuskan bagi memberi ruang kepada pihak media yang selama ini berada di belakang tabir untuk ditampilkan kepada umum, selain menghargai khidmat dan jasa mereka. "Untuk tujuan itu, rancangan masakan ini akan mengenengahkan resipi berbuka dari negara Asia dan sajian etnik tempatan. Chef Wan juga memperkenal destinasi makan ternama di sekitar Kuala Lumpur di samping berkongsi maklumat dan rahsia masakan di lokasi terbabit. Tips makanan seimbang "Penonton juga akan dibawa berkunjung dari satu tempat ke satu tempat dalam 13 episod yang tidak akan pernah menjemukan oleh hos yang terkenal dengan sifat mesra dan kelakar serta berpengalaman luas dalam pengembaraan sajian di seluruh dunia. Program ini turut menyelitkan pelbagai kaedah, tips dan petua mengenai makanan seimbang, khasiat pemakanan serta resipi hidangan mengikut lokasi terpilih," kata Izzauddin Azlan. Untuk episod pertama pada Rabu ini di TV1, disediakan sajian Pegedil Hati Ayam dan Ayam Fricasee Wirda Adnan, diikuti episod seterusnya kelak termasuklah resipi Laksa Siam, Kek Keju Mini Kopi & Mentega Kacang, Kushari Mesir, Tomyam Kung, Kari Kambing Kashmir, Sambal Taucu Kerang, Udang Harimau Goreng Dalam Kari Hijau/Telur Masin, Mufin Epal Blueberi, Sotong Pesemol, Geng Gati Plaa Grapo, Sup Tekwan Palembang, Ketam Goreng Ala Pattaya, Ayam Cacciotore, Greek Seafood Salad, Spagetti Puttenesco, Chili Sumbat, Pooja Crab Meat Souff le, Udang Goreng Shanghai, Ikan Kukus Kasturi, Ikan Panggang Percik dan BBQ Teriyaki Lamb Chop. Antara individu dari kalangan media yang dijemput sebagai tetamu program itu termasuk Wirda Adnan, Azman Ibrahim, Huzz, Akmal Abdullah, Siti Murni Abdul Aziz, Zaini Zaa, Budiey, Faizal Riduan, Zieman, Ellyna Ali, Siti Dimiatri dan Emma Husin. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |