Adsense

Ahad, 16 September 2012

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater

Sensasi Selebriti | Berita Hiburan, Gossip Artis, Gambar Selebriti Terbaru, Filem, Muzik, Video & Teater


Pelancaran Produk Terbaru MAY Diamond Dazzle

Posted: 16 Sep 2012 10:32 PM PDT

SERLAHKAN PESONA BINTANGMU DENGAN

Formulasi menjadikan kulit kelihatan lembut dan berseri bak sang bintang

Jenama penjagaan badan dan kecantikan terkemuka Malaysia, MAY memperkenalkan rangkaian sabun dan krim mandian terbaru mereka, MAY Diamond Dazzle.

Dilancarkan dalam bungkusan baru yang menarik, MAY Diamond Dazzle bukan sahaja akan mempesonakan pengguna setia malah ia akan memberi keserian, kesegaran dan mengekalkan kelembapan kulit melalui formulasi terbaru iaitu "Nutrimoist Complex."

Tiz Zaqyah May

"Sejak dahulu lagi MAY adalah teman setia kepada setiap gadis. Kami menumpukan perhatian kepada kehendak mereka dan memahami bahawa mereka memerlukan manfaat tambahan di dalam rejim penjagaan kecantikan mereka",  jelas Encik Ng, Pengurus Besar Pemasaran, Bahagian Isi Rumah & Penjagaan Peribadi, Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd.

Tambah Francis lagi, manfaat tambahan ini boleh dinikmati oleh setiap "gadis May" melalui formulasi Nutrimoist Complex yang diperkaya dengan gabungan tiga pelembap aktif. Formulasi ini bukan sahaja membersih malah ia menghidrat, memelihara dan mengekalkan kelembapan kulit untuk tempoh yang lebih lama. Keunikan manfaat tambahan ini membuatkan MAY berdiri utuh berbanding dengan jenama produk mandian yang lain.

Ujar beliau lagi, krim mandian MAY Diamond Dazzle memiliki elemen mewah yang diadun dengan garam laut dan mempunyai efek berkilau. MAY Diamond Dazzle memberikan aura mewah, eksklusif dan pesona glamor seakan seorang bintang selepas setiap sesi mandian. Penggunaan berterusan produk ini menjadikan kulit kelihatan lebih halus, ayu dan berseri sekaligus memberikan keyakinan kepada setiap pengguna.

Kemunculan May dengan variasi sabun dan krim mandian terbaru ini turut mencuri perhatian bakat besar layar perak dan televisyen tempatan, Tiz Zaqyah yang telah dilantik sebagai wajah eksklusif jenama ini.

"Tiz Zaqyah adalah seorang aktres muda yang berjaya, penuh dengan aura glamor dan berkeyakinan tinggi. Beliau adalah definisi sebenar seorang gadis MAY Diamond Dazzle yang menjadi inspirasi kepada setiap pengguna", bicara Francis mengenai pemilihan Tiz Zaqyah sebagai duta MAY Diamond Dazzle.

Beliau percaya MAY Diamond Dazzle akan menarik perhatian golongan wanita muda dan golongan eksekutif yang sering mencari produk dengan manfaat tambahan bagi kulit mereka.

Sementara itu Tiz Zaqyah turut merasa teruja apabila dilantik menjadi duta MAY Diamond Dazzle. " Saya berasa amat bangga dilantik menjadi wajah eksklusif bagi sebuah produk yang menakjubkan seperti MAY Diamond Dazzle ini. Saya adalah orang pertama yang mencuba produk ini sebelum dipasarkan dan ianya memberikan¬_manfaat yang amat menakjubkan".

"Sebagai seorang artis, saya amat menghargai manfaat tambahan yang hadir di dalam produk MAY Diamond Dazzle yang bukan sahaja melembutkan kulit malah menjadikan kulit saya berseri dan bermaya. Saya yakin bahawa ramai gadis seusia saya pasti akan menggemari MAY Diamond Dazzle_kerana manfaat hebat ini", ujar Tiz Zaqyah.

Rangkaian sabun dan krim mandian MAY Diamond Dazzle boleh didapati di kebanyakan kedai dan pasar raya di seluruh Malaysia. Ia dijual pada harga RM2.85 bagi satu pek yang mengandungi tiga buku sabun 85gm, RM5.90 untuk botol 220ml, RM8.10 bagi 600ml pek isi semula (refill) dan RM13.90 bagi botol 700ml.

Tiz Zaqyah May

Tiz Zaqyah May

Mengenai Jenama MAY
Sama ada kejelitaan jasmani ataupun rohani, MAY percaya bahawa setiap wanita mengidamkan kedua-duanya.
Sejak permulaannya dalam 1970an sebagai sabun kecantikan yang memenuhi keperluan pembersihan asas para pelanggan, jenama MAY telah berkembang selama ini menerusi pelbagai transformasi dari aspek formulasi, pembungkusan dan kekukuhan jenama demi memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah.
Kini, MAY adalah satu jenama mandian peribadi terkemuka yang menggandingkan manfaat kecantikan bahan-bahan semula jadi dengan wangian yang membelai jiwa demi memberi kenikmatan jasmani dan rohani yang menyeluruh.
Rangkaian sabun kecantikan dan krim mandian MAY membersih dan menyucikan badan dengan lembut, manakala gandingan bahan-bahan penjagaan kulit melembapkan dan mencergaskan badan untuk kulit lembut bak sutera. Apabila kulit sihat sejahtera, kecantikan paras rupa turut mempesona secara semula jadi.

Mengenai Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd
Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd. (Lam Soon) merupakan pengeluar makanan, produk keperluan rumah serta penjagaan peribadi yang telah bertapak di Malaysia sejak 1950an. Produk berkualiti dalam kategori produk keperluan rumah dan peribadi termasuk sabun kecantikan dan krim mandian MAY, sabun FRUITALE NUTRIENT, sabun dan krim mandian anti-bakteria ANTABAX, pencuci tangan cecair dan cecair sanitasi tangan anti-bakteria ANTABAX, produk keperluan rumah ZIP, cecair pencuci pinggan-mangkuk mesra alam BIO-HOME, cecair dan pes pencuci pinggan-mangkuk LABOUR.
Sebagai jenama keperluan rumah dan penjagaan peribadi terkemuka yang dipercayai oleh para pengguna, Lam Soon bertekad untuk menghasilkan produk berkualiti untuk gaya hidup yang lebih sihat dan bersih.

Tags: , , , , , , ,

Tags: , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan:

Peraduan Bercuti Ke Bandung Bersama Judika & Budiey

Posted: 16 Sep 2012 09:05 PM PDT

Salam semua, seperti mana Budiey war-warkan di Twitter dan Fanpage Budiey.com sebelum ini, Budiey dengan kerjasama Sony Music Malaysia mahu membawa sepasang pembaca blog budiey.com untuk bercuti sambil menonton konsert penyanyi Judika di Bandung.

Mahu tak? Jika anda mahu, jom sertai peraduan ini. Budiey kira senang je nak join peraduan ni. Tak susah sangatlah. Buat video parody je.

Okay, untuk menambah rasa keterujaan anda tu, Budiey senaraikan dulu senarai hadiah yang korang akan dapat untuk peraduan ini.

Judika

Senarai Hadiah Peraduan Bercuti Ke Bandung Bersama Judika & Budiey.com:

HADIAH UTAMA
1 X Percutian Ke Bandung selama 3 Hari 2 Malam untuk 2 orang sambil menonton Konsert Judika
2 X Tiket Masuk Ke Parti Ulangtahun Budiey.com Yang Ke-6
*Tiket penerbangan dan penginapan di hotel ditaja oleh Sony Music. Perbelanjaan harian dan makan miniim dan membeli belah ditanggung oleh pemenang. Sila pastikan anda mempunyai passport antarabangsa sendiri.

HADIAH SAGUHATI
10 X Album Terbaru Judika yang ditandatangani oleh Judika & Goodie Bag sumbangan Budiey.com

Untuk menyenangkan lagi korang buat video paraody anda tu, boleh juga rujuk kepada muzik video rasmi lagu Judika – AKU YANG TERSAKITI di Youtube ini:

Cara Untuk Menyertai Peraduan Ini:

Tak susah dan tak senang. Sebab apa yang anda perlu buat ialah:

1. Rakam Muzik Video Lagu Judika iaitu AKU YANG TERSAKITI dalam bentuk video parody dengan durasi penuh mengikut selera dan kreativiti anda sendiri. Tak perlu nak tiru sebijik macam video rasmi Judika kat Youtube nih, sebab korang bebas nak letak apa sahaja, nak miming sendiri pun boleh, nak buat tarian Gangnam Style pun boleh (sesuai ke? hahaha) atau apa sahajalah termasuk masukkan effect atau gimik untuk menjadikan video anda ni menarik.

3. Sila letak hashtag pada tajuk video anda: #PeraduanBudiey.com. Contoh tajuk: Aku Yang Tersakiti Versi Gangnam Style #PeraduanBudiey.com

2. Upload video rakaman anda itu ke Youtube dengan menggunakan akaun anda sendiri.

3. Promote video anda itu di laman sosial seperti Twitter dan Facebook. Ajak semua rakan-rakan untuk menonton video tersebut. Ini kerana pemenang utama berdasarkan pada jumlah penonton paling ramai. Lagi ramai, lagi bagus.

4. Sila emelkan penyertaan anda beserta dengan link video di Youtube anda kepada:

Tarikh tutup peraduan:

30 September 2012

Tarikh Bertolak Ke Bandung:

31 Oktober – 2 November 2012

Tajuk Email: Peraduan Bercuti Ke Bandung Bersama Judika & Budiey

SYARAT & PERATURAN:

  1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pembaca Sensasi Selebriti yang menetap di Semenanjung Malaysia sahaja.
  2. Semua pemenang akan dihubungi melalui email.
  3. Keputusan juri adalah muktamad.
  4. Dengan menyertai peraduan ini, pembaca bersetuju terikat dengan Syarat dan Peraturan serta keputusan Sensasi Selebriti.

Terima kasih kepada pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan bertangguh lagi, jom hantar penyertaan anda sekarang!

Kepada anda yang tak kenal Judika, beliau sebenarnya adalah pemenang tempat kedua Indonesian Idol musim kedua pada tahun 2005.

Judika kini berusia 34 tahun dan telah pun melahirkan 3 buah album iaitu Seri Cinta (2005), One (2007) dan Setengah Mati Merindu (2010).

Melalui album ketiga ini, Judika mempertaruhkan single berjudul Setengah Mati Merindu sebagai single pertama beliau dalam album ini.

Namun peminat-peminat di Malaysia lebih memilih lagu AKU YANG TERSAKITI sebagai lagu pilihan.

Kalau korang perasan, lagu ini juga amat ligat berputar di radio-radio tempatan terutamanya stesen ERA FM dan telah memasuki carta ERA 30.

Terima kasih kepada Sony Music Malaysia kerana sudi menaja penerbangan dan penginapan Budiey & pemenang peraduan ini.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:

Baca artikel lain yang berkaitan: