Adsense

Sabtu, 4 Ogos 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Keluar Kereta Baru, Ika Nabila Tiada Persediaan Sambut Aidilfitri

Posted: 02 Aug 2012 11:11 PM PDT

Pelakon cantik Ika Nabila merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam industri seni tanah air. Gadis manis yang pernah dilanda kontroversi apabila didakwa bercinta dengan kaum sejenis ini, kini lebih senang bergerak sendiri ke majlis-majlis anjuran media tanpa ditemani pembantu peribadinya (PA).

"Majlis ini Ika datang sorang je, PA Ika tak datang sebab Ika dari rumah tadi. Jadi kalau tak ada perkara yang melibatkan kerja, Ika akan datang sorang je la," ujar Ika apabila diajukan soalan kemana perginya PA beliau.

Ketika sesi temubual antara pihak OHBULAN! dengan Ika Nabila di Majlis Buka Puasa anjuran Astro di Hotel Royal Bintang, Damansara, Selangor, rabu lalu Ika memaklumkan bahawa untuk sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang nanti, beliau tidak banyak membuat persediaan kerana beliau baru sahaja mengeluarkan kereta baru.

"Tahun ini perancangan untuk Raya tak banyak sangat sebab Ika baru keluarkan kereta baru." Apabila ditanya apakah jenis kereta barunya itu Ika menjawab, "Alah kereta biasa jer, kereta Vios," ujarnya sambil tergelak.

Menurut Ika, pada tahun ini beliau akan menyambut Raya di rumah keluarganya di Pulau Pinang, dan setelah itu beliau akan pulang ke kampung di Perak.

Bercerita mengenai perkembangan terbaru, Ika baru sahaja selesai pengambaran filem Tanda Putera dan sekarang ini beliau tengah sibuk untuk pengambaran drama TV3 untuk slot Azalia, Darjat.

Kehangatan Pada Musim Panas!

Posted: 02 Aug 2012 10:59 PM PDT

Fesyen musim panas 2012 semakin berkembang pantas seiring dengan arus permodenan dalam penggayaan. Bagi si cantik yang gemar dalam penggayaan, terdapat beberapa produk yang memberi kepuasan maksimum untuk digayakan pada musim panas ini.

Explore In Canvas

Tampil menawan, ranggi dan bergaya daripada koleksi Trusting's menjanjikan kepuasan kepada setiap pencinta beg.

Beg yang dihasilkan ini menjelaskan cita rasa moden, sofistikated dan penuh elegan disamping meningkatkan keyakinan diri untuk kelihatan mempersona.

Warna coklat gelap, pastel lembut, dan hijau zaitun merupakan warna pilihan daripada koleksi Trusting's dalam menghasilkan rekaan yang sempurna disamping mengekalkan kemodenan dalam rekaan.

Langkah dengan penuh kemewahan hasil daripada kombinasi kanvas dan kulit dalam setiap rekaan menyerlahkan lagi personaliti si pemakai.

Beg serbaguna yang dihasilkan daripada England ini sangat sesuai digunakan bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti lasak.

Koleksi musim panas menampilkan ideologi dan keunikan rekaan tersendiri dengan  3 corak yang klasik antaranya Tan, Olive, Dan Brown.

Black Folk Clutch

Melangkah penuh mempersona dan berkeyakinan dengan beg gengam hitam mati garapan Alexander McQueen iaitu Black Folk Clutch terdiri daripada lapisan kanvas kapas dengan ruang zip berasingan besar bagi menyerlahkan lagi nilai eksklusif si pemakai.

Beg yang berwarna gelap ini sesuai dikombinasikan dengan busana dan aksesori yang menarik tambahan pula ianya dapat menyempurnakan penampilan saat ke pesta.

Beg tersebut menjadi investasi mewah dan juga merupakan pelaburan mewah yang membolehkan si pemakai tampak lebih elegan apabila menghadiri majlis-majlis glamor.

Alexander McQueen mengetengahkan produk yang unik kerana setiap rekaannya mempunyai hasil seni yang tersendiri dalam memfokuskan nilai yang eksklusif.

Harga produk yang dijual amatlah berpatutan dan mampu dimiliki oleh setiap wanita, jadi mengenai isu harga tiada apa yang perlu dirisaukan.

Maison Scotch

'Stripe black and white' atau bercorak belang adalah kombinasi rona warna yang menarik untuk menyerlahkan personaliti si jelita.

Dengan potongan mengikut bentuk badan hasil daripada gabungan elemen 'rogue' dan tambahan 'je ne sais quoi' tertentu ilham daripada Maison Scotch berasaskan label  Scotch & Soda ini pasti tidak akan menghampakan si pemakai yang inginkan kelainan dalam penggayaan.

Bagi mereka yang bertubuh gempal, singkirkan rasa negatif dan bangkitkan aura positif dalam menggayakan Maison Scotch.

Jelas kelihatan corak berjalur dan berbelang ini sebenarnya amat menarik dan ranggi jika bijak digayakan dengan aksesori serta bahan tambahan sampingan seperti beg, kasut dan sebagainya.

Kualiti fabriknya juga memberikan keselesaan kepada si cantik dalam mengayakan setiap perincian fabrik tersebut untuk membolehkan anda kelihatan mewah bergaya walaupun 'simple'.

Lincah dalam melangkah dengan memberi aura santai menjadi pilihan remaja lebih-lebih lagi wanita yang berkejaya. Si cantik pasti kelihatan sempurna terhadap setiap pakaian yang diperagakan.

Havaiana Pedicure Brilliant Brazilian Flip Flop

Menggabungkan ciri keselesaan dan gaya yang feminin, itulah gambaran koleksi yang dihasilkan daripada rangkaian jenama Brilliant Brazilian flip flop Havaianas iaitu Havaianas Beauty Bar.

Koleksi yang diberi nama Havaianas ini bukan sahaja mementingkan keselamatan si pemakai, malahan gaya yang dikeluarkan juga sesuai untuk lapisan umur.

Terdapat pelbagai warna yang dihasilkan antaranya hijau muda, biru, merah dan sebagainya. Merah tetap dihati. Itulah warna yang menjadi pilihan utama wanita untuk tampil lebih berani sebagai pembakar semangat.

Bentuk produk yang mesra pengguna ini terdiri daripada warna yang terang bakal menyerlahkan lagi personaliti si pemakai untuk tampak seksi.

Pasti anda mendapat jelingan mata daripada wanita sekeliling.

Rio Flat Laidback London

Bingkisan istimewa daripada produk Laidback London iaitu Rio flat yang mampu menawarkan kepuasan maksimum kepada si pemakai yang ingin tampil bersahaja.

Rangkaian produk ini menitikberatkan kesempurnaan dan elegan dengan rekaan moden untuk memberikan gaya pemakaian sepatu hebat musim ini.

Hasil buatan tangan yang bermanik-manik, teliti dan kemas dengan  menggunakan teknik-teknik tradisional daripada Kenya, Afrika ini membantu si jelita untuk melangkah dengan penuh keyakinan.

Sandal Rio flat yang 'chic' berona coklat keemasan ini juga sesuai dipadankan dengan warna-warna bumi seperti coklat tanah, hijau dan warna gelap yang lain.

Permukaannya yang nipis serta ringan memudahkan gerakan si jelita untuk menghadiri ke pesta-pesta dan memjamin ciri-ciri keselematan selain untuk kegunaan harian pada musim panas ini.