Adsense

Sabtu, 11 Ogos 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Musim Panas Nicole Richie!

Posted: 10 Aug 2012 10:07 PM PDT

Kehangatan musim panas bukanlah penghalang bagi si pencinta fesyen untuk bergaya. Begitulah juga dengan fashionista terkenal iaitu Nicole Richie yang bijak bergaya tatkala musim panas terik di West, Hollywood baru-baru ini.

Bintang terkenal yang berusia 30 tahun itu kelihatan bergaya dan tenang ketika beliau melangkah  meninggalkan pusat rawatan kecantikan rambut iaitu Salun Andy Lecompte. Selebriti tersebut hanya menyarungkan sepasang seluar pendek hitam dengan kombinasi baju kuning longgar yang besertakan topi fedora hitam besar bagi menyerlahkan lagi personaliti 'vogue' beliau. Bintang kecik molek ini mengabungkan fesyen yang diperagakan dengan sepasang 'chunky black ankle boots' untuk tampil lebih ranggi.

Nicole Richie yang terkenal dengan 'trademark' berkaca mata besar turut dilihat mengunakan kaca mata hitam besar dengan gabungan sebuah beg tangan kulit hitam. Selebriti yang bertubuh kecil ini bukan sahaja bijak memperagakan fesyen malah bijak mengabungkan feseyen beliau mengikut keadaan cuaca.