Berita Harian: Hip |
Posted: 24 Jul 2012 02:17 PM PDT Selepas kira-kira setahun gosip percintaan mereka mula bertebaran, penyanyi lagu Kisah Hati, Alyah, mengaku dia dan komposer terkenal, Datuk Ramli MS kini sedang saling mengenali hati budi masing-masing. Artis berusia 31 tahun ini bagaimanapun menegaskan, perhubungan itu belum mencapai ke tahap yang serius. Bukan jenis suka berselindung mahupun merahsiakan kisah peribadi, penyanyi yang dilahirkan dengan nama Noor Hasliah Abu Hasan, ini tidak gemar memberikan jawapan palsu. Sebaliknya dia sedaya mungkin cuba berkongsi cerita betul. "Setiap kali berjumpa media mahupun peminat, itulah soalan yang sering diajukan dan saya tahu ramai yang inginkan jawapan sebenar. Sebelum ini, ramai tertanyatanya mengenai perkara berkenaan, sekarang saya rasa sudah tiba masa untuk saya bersikap terbuka dan memberitahu situasi sebenar. Kami berdua memang dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Sebelum ini saya tidak mengatakan ya ataupun tidak mengenai hubungan kami. Bukannya tidak pasti, cuma hubungan kami tidaklah begitu serius. Saya bukannya jenis yang memberikan jawapan tidak pasti, sebaliknya saya hanya akan menyatakan apa yang benar. Sambut Aidilfitri di kampung Tampil sopan bertudung pada majlis itu, Alyah juga mengambil keputusan berehat sementara sempena Ramadan. Sejak empat tahun lalu, Alyah bekerja tanpa henti, malah tidak pernah bercuti biarpun pada bulan mulia sebelum ini. Justeru, Alyah memutuskan untuk berehat seketika, sehinggaAidilfitri. Apatah lagi segala program sempena Syawal membabitkan dirinya sudah selesai dirakam. Bermula minggu depan, dia akan menghentikan segala aktiviti seni, begitupun penyanyi ini enggan menghebahkan destinasi percutiannya nanti. Selalunya saya akan cuti pada Hari Raya saja. Setiap kali saya mahu mengambil cuti, ada saja agenda seni yang perlu ditunaikan. Sudah empat tahun saya berkerja tanpa rehat. Tahun ini pula, jadual kerja saya penuh sejak Januari. Inilah kali pertama saya mengambil cuti lama begini, tambah penyanyi yang akan menyambut Syawal bersama keluarga di Gelang Patah, Johor ini. Sementara itu, selepas lagunya, Tak Mungkin Kerana Sayang dan Kisah Hati mendapat sambutan memberangsangkan, Alyah akan muncul bersama lagu terbaru berjudul Lena Sahara ciptaan sepenuhnya oleh Yasin. |
Posted: 24 Jul 2012 02:13 PM PDT Biarpun baru sebuah filem dilakonkan, namun pemenang tempat ketiga program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh, Akim, nampaknya sudah pandai meletakkan syarat jika ditawarkan peluang seterusnya. Bukan bersikap mengada-ngada ataupun meminta-minta, tetapi jejaka berusia 21 tahun ini berbuat demikian demi kebaikan diri.. Baginya, jika ada tawaran selepas ini, hanya watak sesuai dengan dirinya akan dipilih. Syarat itu juga dikenakan bagi memastikan dirinya tidak terlalu fokus kepada lakonan kerana kerjaya utamanya ketika ini tetap sebagai penyanyi. Sebaliknya, saya tidak mahu menjadikan lakonan sebagai tumpuan utama, ujarnya ketika ditemui pada pelancaran khidmat prabayar Njoi di Kajang, baru-baru ini. Sejak membintangi drama Kau Dan Aku, bakat lakonannya mula menarik perhatian pengarah drama dan filem. Pakej menarik yang dimiliki turut membantunya membuka mata penerbit. Saya tetap menerima tawaran berlakon, tetapi akan lebih memilih dari segi watak kerana saya bukannya lahir dalam bidang itu. Tak mahu watak statik Bukan nak tunjukkan diri saya hebat, tetapi tidak mahu nanti orang tengok watak saya statik. Saya mahukan cabaran, sama ada dalam nyanyian mahupun lakonan, katanya yang baru melahirkan album pertama berjudul Akim Ahmad. Menyedari bidang lakonan tidak semudah nyanyian, banyak yang perlu dipelajari remaja ini bagi menguasai bidang itu, agar lakonannya tidak dilihat kaku. Peluang berlakon dalam filem Hoore! Hoore! arahan Saw Teong Hin, bergandingan dengan beberapa pelakon berkaliber lain, turut banyak mengajar dan memberi pendedahan kepadanya selok-belok dunia seni itu. Tidak terhenti di situ, Akim yang memperlahankan aktiviti seni sepanjang Ramadan untuk meluangkan waktu bersama keluarga, akan muncul dengan drama raya berjudul 2 Dalam 1. Sementara itu, menyentuh soal lagu Inilah Cinta yang dibuat semula susunan muziknya, Akim menjelaskan, ia bertujuan untuk menghasilkan kelainan dan menampakkan kematangannya. Lagu itu turut dimuatkan dalam album perdananya. Berasakan melodinya lebih santai dan ringan, kelainan terbabit dianggap selari peningkatan usia muzik dibawanya, sesuai dengan kehendak peminat. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Hip To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |