OHBULAN! |
Kontroversi Foto Panas : Hot Pants Atau Panties? Posted: 27 May 2012 11:06 PM PDT Sekeping foto panas yang dipercayai melibatkan seorang pelakon wanita popular lagi jelita seperti yang tersebar di beberapa web internet serta program tv hiburan jelas membangkitkan minat orang ramai untuk mengetahui kisahnya yang lebih lanjut. Dipercayai juga foto berkenaan telah diambil semasa percutian pelakon itu ke sebuah pulau peranginan di negara seberang. Kata sumber, pelakon itu terlampau mabuk sehingga terselak kain bajunya menampakkan bahagian sulit yang sepatutnya dipelihara baik. Beberapa pihak media cuba menghubungi pelakon berkenaan bagi mendapatkan kepastian, namun gagal atas alasan sibuk menguruskan anaknya yang sedang sihat. Di sebuah forum hiburan pula, foto versi tanpa sensor telah dikongsikan dan ia jelas memaparkan riak wajah seorang wanita yang mirip dengan pelakon tersebut. Di forum yang sama, sedikit perbalahan berlaku apabila ada pihak yang mendakwa bahawa pelakon itu mengenakan panties, manakala pihak yang berlainan mempertahankan pelakon itu bahawa dia mengenakan hot pants. Pada kami, tiada bezanya. Apa yang pasti kontroversi seperti ini sedikit sebanyak mencemarkan nama baik pelakon itu yang baru sahaja mengikatkan kontrak dengan sebuah syarikat produksi terkemuka. Layangkan undian anda selepas ini. |
Linda Rafar Trauma Selepas Terperangkap Dalam Lif Posted: 27 May 2012 11:01 PM PDT Terperangkap 10 minit dalam lif bukanlah satu perkara yang menyeronokkan. Apatah lagi apabila anda terperangkap bersama anak anda yang baru berumur 4 tahun. Itulah yang berlaku pada Linda Rafar selepas dia menghantar 2 orang anaknya, Rezzaril, 12, dan Rezzaiman, 10, bermain boling di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Linda Rafar turut terperangkap bersama beberapa orang lain dan juga pekerja plaza itu. "Selepas menghantar anak saya bermain boling di aras atas, saya turun ke aras bawah bagi membeli barang-barang dapur. Pada kejadian itu, bukan saya dan Rezzaqiib sahaja berada dalam lif, terdapat beberapa orang termasuklah seorang pekerja plaza itu. Agak mencemaskan, kerana masing-masing sukar untuk bernafas." – Linda Rafar dipetik dari mStar Online. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 12 tengah hari itu menjadi lebih cemas apabila lampu terpadam dan anak Linda Rafar yang baru berumur 4 tahun mengalami kesukaran untuk bernafas. "Sebenarnya, yang membuatkan saya lebih cemas apabila salah seorang daripada kami yang terperangkap memberitahu lif itu sering bermasalah sehingga ada kejadian ia dapat dibuka dalam masa satu hari. Gemuruh darah saya dibuatnya. Syukurlah, lif berkenaan dapat dibaiki oleh petugas penyenggaraan yang dimaklumkan mengenai kejadian itu." – Linda Rafar. Linda Rafar mengakui bahawa kejadian ini menyebabkan dirinya trauma untuk menggunakan lif lagi dan memilih untuk menggunakan eskalator sahaja pada masa akan datang. Sumber : mStar Online |
You are subscribed to email updates from OHBULAN! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |