Adsense

Rabu, 2 Mei 2012

Kosmo Online - Hiburan

Kosmo Online - Hiburan


ONE tak ambil kesempatan

Posted:

ONE tak ambil kesempatan

ONE tak ambil kesempatan

SEBELUM ini, peminat muzik di Semenanjung Malaysia tidak kenal dengan nama Jimmy Palikat. Namun, selepas single versi dialek Dusun yang berjudul Tanak Kampung (kini dijadikan versi bahasa Melayu dengan tajuk, Anak Kampung) mula dimuat turun di laman sosial YouTube selepas dia berduet dengan penyanyi Aizat Amdan pada konsert Aizat Amdan Borneo Tour yang diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada tahun lalu, populariti Jimmy mula meledak .

Percaya atau tidak, di YouTube, lagu tersebut berjaya meraih tontonan lebih sejuta peminat dalam tempoh hanya sebulan!

Menyedari fenomena lagu tersebut di Sabah dan Sarawak, juga di Brunei dan kini di Semenanjung Malaysia, kumpulan hip hop One Nation Emcee (ONE) yang terkenal menerusi lagu Raja Gelek telah mengundang Jimmy untuk berkolaborasi dengan mereka.

Tuah Jimmy dan One Nation Emcee apabila lagu Anak Kampung kini menjadi fenomena dan mula diputar di stesen-stesen radio.

Menurut vokalis One Nation Emcee, Mimi atau nama sebenarnya Shamimi Amalina Norhisham, 26, biarpun lagu tersebut kini berjaya memikat hati peminat di Semenanjung Malaysia tetapi ia mendapat tindak balas yang negatif daripada peminat lagu tersebut di Sabah dan Sarawak.

"Mereka tak suka apabila kami (One Nation Emcee) cuba mengubah susunan muzik lagu Anak Kampung menjadi rentak reggae hip hop. Sebelum susunan lagu tersebut diubah, One Nation Emcee, Jimmy dan syarikat Nova Music sudah duduk berbincang.

"Kami bukan sesuka hati mengubah lagu tersebut tetapi mengikut selera peminat di Semenanjung Malaysia," ujarnya ketika ditemui selepas sesi fotografi yang berlangsung di studio Utusan Malaysia, Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Luah Mimi lagi, mereka turut dikecam peminat-peminat Jimmy apabila sengaja mengambil kesempatan dan menumpang populariti lagu bapa saudara kepada penyanyi Nikki Palikat itu.

"Saya dengar lagu ini dah lama. Ketika itu, saya pergi ke sebuah kelab di Sabah pada tahun 2010. Saya terus suka dengan lagu tersebut.

PERANCANGAN rapi dibuat terlebih dahulu sebelum keputusan diambil untuk menggabungkan One Nation Emcee dan Jimmy Palikat menerusi lagu Anak Kampung.


"Kalau ikutkan saya bercadang mahu bikin lagu balas untuk Anak Kampung tetapi versi wanita pula tetapi One Nation Emcee dan Jimmy sudah tentu tak boleh bekerjasama.

"Jadi, selepas berbincang dan mengambil kira manfaat yang akan diperoleh kedua-dua belah pihak, akhirnya One Nation Emcee dan Jimmy nekad berkolaborasi menyanyikan Anak Kampung. Bagaimanapun, saya ubah sedikit liriknya agar sesuai untuk saya menyanyikannya," jelas Mimi mewakili One Nation Emcee yang cukup sinonim dengan lagu lama yang disuntik nafas baharu.

Balas Jimmy pula, memang sudah lama dia berniat untuk membawa masuk Anak Kampung ke Semenanjung Malaysia tetapi dia ingin fokus dulu di Sabah dan Sarawak. Akhirnya, selepas dua tahun lagu itu dihasilkan, ia akhirnya dibawa ke Malaysia.

Ditebak soalan kenapa memilih Nova Music untuk memasarkan lagu tersebut ungkap Jimmy, itu adalah kerana Nova Music terlebih dahulu membuat tawaran berbanding syarikat rakaman lain.

"Memang banyak syarikat rakaman yang buat tawaran kepada saya selepas Anak Kampung popular di Sabah dan Sarawak tetapi Nova Music yang tawar dulu. Disebabkan itu saya memilih syarikat itu. Mereka juga yang mencadangkan kumpulan One Nation Emcee untuk berkolaborasi bersama saya untuk lagu tersebut.

"Saya setuju sebab memang saya suka dengan kumpulan ini sejak mereka menyertai Gangstarz lagi. Mereka ada kelebihan dan ahli-ahli One Nation Emcee juga kebanyakannya dari Sabah. Mudah untuk saya berkomunikasi," ujarnya yang tidak kisah lagunya itu diubah mengikut rentak reggae hip hop.

Berani suntik kelainan

Dikenali dengan tarian yang rancak dan bertenaga, One Nation Emcee yang turut dianggotai dua lagi anak muda iaitu Mohd. Norzaidi Edris atau Zydee dan Nur Hasan Baias atau Jojofly mengakui tidak dapat menarik peminat yang ramai untuk menyukai muzik mereka kerana keberanian mereka dalam melakukan eksperimental pada lagu-lagu lama.

"Kami tak fikir pasal glamor. Asalkan minat yang amat mendalam dalam muzik dapat direalisasikan. Kami juga merupakan kumpulan yang berani untuk menyuntik kelainan pada muzik lama. Bukan tujuan untuk merosakkan lagu lama tetapi kami suka pada muzik yang berbeza.

PENGGERAK nadi One Nation Emcee terdiri daripada (dari kiri) Zydee, Mimi dan Jojofly.


"Sekadar memberi nafas baharu pada lagu tersebut tetapi dalam masa yang sama tidak merosakkan lagu tersebut. Kami juga buat susunan lagu yang berbeza untuk disesuaikan mengikut tarian yang dibawa di atas pentas," ujar Jojofly.

Diajukan persoalan sampai bila One Nation Emcee boleh bertahan dengan karya muzik sebegitu, jelas Mimi, dia percaya muzik yang dibawa mereka akan matang bersama mereka.

"Kami tak rasa mahu berhenti daripada membawa muzik sebegini dan beraksi di atas pentas. "Ini adalah minat kami. Mungkin sampai satu tahap bila dah tak boleh menari selincah hari ini, kami akan melatih anak-anak muda untuk menjadi seperti kami," ujarnya yang sudah memikir jauh mengenai masa depan kumpulannya.

Tidak terikat dengan mana-mana syarikat rakaman, sambung Mimi lagi, One Nation Emcee akan muncul dengan album kedua mereka tetapi terpaksa menangguhkannya kerana terikat untuk mempromosikan Anak Kampung yang sudah diedarkan di stesen radio sejak 12 Mac lalu.

Menurutnya, dia tidak mahu mengambil mudah sebaliknya bersikap lebih teliti untuk menghasilkan album kedua mereka.

"Konsep dan bahan sudah ada cuma kami perlukan masa untuk duduk

Tenaga muzik Avenged Sevenfold

Posted:

Tenaga muzik Avenged Sevenfold

Tenaga muzik Avenged Sevenfold

Oleh HARYATI KARIM
haryati.karim@kosmo.com.my


KONSERT julung-julung kali Avenged Sevenfold di Malaysia ternyata cukup sukses apabila meraih kunjungan 15,000 peminat fanatik mereka.


Band Avenged Sevenfold dari California, Amerika Syarikat yang juga dikenali dengan nama singkatan A7X dianggotai oleh M. Shadows (vokalis), Synyster Gates (gitar utama), Zacky Vengeance (gitar) dan Johnny Christ (bass).

Posisi pemain drum A7X, James Owen Sullivan atau nama pentasnya The Rev telah diganti oleh Arin IIejay, selepas The Rev ditemui mati di rumahnya akibat kombinasi ubat serta alkohol yang diambil secara berlebihan pada 28 Disember 2009.

Meskipun selepas kematian The Rev, perjuangan muzik A7X diteruskan dan sebuah lagu berjudul So Far Away daripada album kelima mereka, Nightmare, dicipta khas untuk The Rev.

Malam Ahad lalu, band yang berpaksikan genre heavy metal itu telah menggegarkan Kuala Lumpur dengan konsert julung-julung kali mereka di Surf Beach, Sunway Lagoon.

Mereka muncul di atas pentas tepat pada pukul 9 malam dan beraksi hampir dua jam di hadapan 15,000 peminat yang hadir.

Lautan manusia yang majoritinya memakai baju hitam bersorak gembira sambil mengangguk-angguk kepala mengikut rentak irama lagu yang didendangkan.

Buat peminat A7X, inilah saat yang dinantikan mereka apabila dapat menyaksikan sendiri band yang tubuhkan pada tahun 1999 itu secara langsung di depan mata.


AKSI hebat dua gitaris Avenged Sevenfold, Zacky Vengeance (kiri) dan Synster Gates.


Ternyata vokal M. Shadows tidak mengecewakan, meskipun kebanyakan lagu A7X memerlukan dia menjerit, vokal masih kekal bertenaga daripada awal hingga ke akhir konsert.

Suasana tapak konsert yang rancak bertukar sayu, apabila mereka mendendangkan lagu So Far Away malah, peminat turut mengeluarkan pemetik api sebagai simbolik memperingati The Rev.

"Lagu ini khas untuk Jimmy (panggilan untuk The Rev), setiap kali lagu ini dinyanyikan, saya rasa seperti Jimmy sedang melihat kita semua," kata M. Shadows.

Selain lagu So Far Away, A7X turut mendendangkan sebanyak 10 buah lagu lain daripada album pertama sehingga album terbaharu mereka.

Lagu popular band itu seperti Bat Country, Afterlife dan juga Buried Alive turut didendangkan.

Memulakan persembahan dengan lagu Nightmare, Critical Acclaim dan Second Heartbeat, pujian harus diberikan kepada A7X apabila mereka bermain dengan cukup kemas dan bertenaga.

Tidak ada cacat cela yang membingitkan telinga atau aksi luar biasa yang mengejutkan khalayak. Sistem bunyi yang baik menambahkan lagi kehangatan konsert.


KETERUJAAN yang jelas terpancar daripada wajah peminat setia Avenged Sevenfold yang membanjiri lokasi konsert.


Vokalis AX7, M. Shadows cukup bijak mengawal penonton, apa sahaja permintaannya diturutkan sahaja oleh peminat. Sesekali, dia berbicara bersama peminat.

"Semua sudah penat? Kami gembira berada di Malaysia buat pertama kali selepas mengadakan konsert di Singapura. Semua yang ada di sini harus bergembira dan menikmati malam ini," ujar M. Shadows sambil disambut dengan jeritan peminatnya.

Sebelum konsert berakhir, A7X mendendangkan lagu Unholy Confessions, kemudian peminat dipinta oleh M. Shadows untuk melakukan gerakan pusingan di tengah-tengah tapak konsert sambil pihak A7X merakamkan aksi itu untuk dimuatkan dalam DVD konsert jelajah mereka.

Rata-rata peminat, pulang dengan perasaan puas hati apabila A7X memberikan persembahan yang menepati piawaian mereka.

Konsert A7X Live di Kuala Lumpur dibawakan oleh Fat Boys, Tune Talk dan JS Concert.

Selamat tinggal Pilih Kasih

Posted:

Selamat tinggal Pilih Kasih

Selamat tinggal Pilih Kasih

Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

ROSYAM sendiri tidak tahu adakah Pilih Kasih akan kembali diterbitkan pada masa akan datang.


TIGA musim program realiti yang mencungkil bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih bersiaran di kaca televisyen dan kemenangan Reen Rahim sebagai juara Pilih Kasih 3 sudah diketahui umum.

Kini, peserta-peserta program itu akan meneruskan kelangsungan mereka dalam industri seni tanah air dan terpulang kepada mereka sendiri untuk mencorakkannya.

Namun, timbul persoalan kenapa hayat program tersebut hanya sampai ke tahap tiga musim? Adakah Pilih Kasih tidak mampu dalam menarik minat audiens atau ada agenda lain yang sedang difikirkan penerbit eksekutifnya, Rosyam Nor?

Menjawab persoalan itu, Rosyam nyata sudah bersedia dengan jawapannya ketika ditemui pada majlis makan malam Pilih Kasih 3 di Holiday Villa Subang, Selangor, baru-baru ini.

Kosmo!: Kenapa Rosyam membuat keputusan untuk menamatkan program Pilih Kasih selepas hanya tiga musim bersiaran?

ROSYAM: Sejak pelancaran Pilih Kasih 3 lagi saya sudah hebahkan bahawa ini musim terakhir program Pilih Kasih. Kita sudah hasilkan 56 orang peserta yang saya yakin mampu mewarnai industri hiburan tanah air. Saya tak tahu bila lagi program ini akan diterbitkan lagi.

Ada pihak yang mengatakan Rosyam sekadar lepas tangan selepas peserta-peserta Pilih Kasih keluar daripada rancangan itu. Komen Rosyam?

Memang daripada awal lagi produksi Pilih Kasih tidak akan menjaga atau menjanjikan 100 peratus karier kepada mereka selepas tamat program ini. Selepas Pilih Kasih berakhir, saya dan pihak produksi tidak ada lagi sebarang komitmen dengan mereka.

Adakah Rosyam sudah ada perancangan lain apabila memilih untuk menamatkan program Pilih Kasih?

Insya-Allah akan ada rancangan realiti lain pada tahun depan. Semua masih dalam peringkat perbincangan buat masa sekarang. Mungkin saya akan bekerjasama dengan stesen televisyen swasta.

Ada juga pihak yang mengatakan bahawa Pilih Kasih merupakan sebuah program yang tidak bermanfaat, sampah dan sia-sia. Komen Rosyam?

Saya tak kisah apa yang orang cakap pasal Pilih Kasih. Saya tahu apa yang saya buat selama tiga tahun dan penat lelah saya adalah serius! Program saya bukan sampah dan saya sudah jayakan dengan bersungguh-sungguh!

Sejauh mana keyakinan Rosyam terhadap artis keluaran Pilih Kasih?

Hanya 20 peratus daripada peserta Pilih Kasih tidak terlibat dalam industri, selebihnya kini sudah menceburi bidang ini.

Harapan Rosyam terhadap juara Pilih Kasih 3, Reen Rahim?

Reen ada pakej dan sejak awal Pilih Kasih 3 lagi dia sudah menunjukkan penguasaan dan kelihatan menonjol berbanding peserta lain. Harap dia dapat berlakon dengan pelakon popular dalam menaikkan lagi popularitinya. Dalam erti kata lain, dia harus menumpang populariti pelakon yang sudah terkenal.

Bagaimana pula dengan peserta-peserta lain?

Harap peserta-peserta lain juga boleh berhubung baik dengan guru-guru mereka dalam industri dan menggunakan ilmu yang telah diajar. Populariti perlu seiring dengan kerja (lakonan) yang baik! Saya akui tiga bulan tidak cukup untuk mereka menimba ilmu pengetahuan seni, saya sendiri mengambil masa 13 tahun untuk sampai ke tahap ini. Paling tidak, gunakan ilmu yang ada sedikit itu.

Harapan Rosyam terhadap syarikat penerbitan filem atau drama?

Jangan sandarkan harapan yang terlalu tinggi kepada peserta Pilih Kasih kerana mereka masih baharu dalam industri.

Apa perkembangan terkini Rosyam?

Saya akan memulakan penggambaran filem aksi berjudul Balistik 0.45 arahan Silver Cheng menjelang 30 Jun ini. Filem itu bakal menggandingkan saya dengan Rita Rudaini. Ia merupakan kerjasama dengan Film Engine. Jika tiada aral melintang, saya akan menerbitkan empat buah filem pada tahun ini. Selain Balistik 0.45, filem lain termasuklah Selepas Badar, Kekasih dan Phee Lam Lee.

Satu langkah yang sangat berani untuk menerbitkan sehingga empat buah filem. Mungkin Rosyam ada sasaran sendiri?

Dua tahun lepas saya ada umumkan mahu hasilkan filem. Pada mulanya bimbang juga sebab kutipan filem sekarang teruk ditambah pula dengan masalah cetak rompak. Namun, ketiga-tiga filem saya itu merupakan filem bajet rendah tapi saya memberi jaminan daripada segi kualiti. Saya target untuk mengeluarkan sebuah filem setiap bulan pada tahun 2014, jadi untuk tahun itu saja akan ada 12 filem daripada Suhan.