Sensasi |
- Nurul bakal berkahwin ,mahu perkahwinan ekslusif dan romantik
- Fauziah Ghous bercinta dengan Dato Farid?
- Lagu Bawaku diharamkan penyiarannya,Malique kesal tidak diberi pengadilan
- Gambar-gambar Pernikahan Azza Elite dan Azlan Zulaily
Nurul bakal berkahwin ,mahu perkahwinan ekslusif dan romantik Posted: 01 Apr 2012 08:27 AM PDT Nurul Wahab telah terlepas kata dalam program bual bicara wanita terbitan TV3, "Wanita Hari Ini" (WHI) bahawa dia sudah mempunyai calon suami dan jika tiada aral melintang, dia akan menamatkan status jandanya tahun ini. Dalam program tersebut yang sedang membicarakan topik "Fesyen: Koleksi Pengantin" ketika itu, pemilik nama sebenar Nurul Huda Abdul Wahab ini telah terlepas cakap selepas pengacara WHI, Azizah Ariffin dan Fiza Sabjahan bertanya tentang status dirinya. Akhirnya penyanyi berusia 34 tahun ini mendedahkan bahawa dia sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga, namun enggan mengulas lanjut tentang bakal suaminya. "Saya harap semua pihak memahami situasi saya. Saya mohon maaf kepada mereka yang menanti jawapan sahih mengenai status saya sekarang. Apa yang saya boleh kongsikan, saya memang akan berkahwin tahun ini jika tiada aral melintang. Saya akan membuat pengumuman sekita Mei nanti. Oleh itu kita tunggu sajalah," ujarnya ketika ditemu ramai media sejurus selepas rancangan tersebut tamat. Nurul yang bakal menggunakan khidmat Rizman Ruzaini memberitahu dia berasa teruja untuk bekerjasama dengan pereka fesyen terkenal itu. "Jika saya berkahwin buat kali kedua nanti, sudah pasti saya akan memilih Rizman Ruzaini kerana kami sudah lama bekerjasama sebelum ini. Selain selesa, saya suka rekaan mereka yang kreatif. Jujurnya, kami masih belum membuat sebarang perbincangan. Semua persiapan baru hendak dimulakan," jelasnya lagi. Ditanya tentang perkahwinan impiannya, Nurul memberitahu dia inginkan perkahwinan keduanya ini diadakan secara eksklusif dan dalam suasana penuh romantik. |
Fauziah Ghous bercinta dengan Dato Farid? Posted: 01 Apr 2012 08:10 AM PDT Sensasi pun terkejut jugak bila mendengar cerita nie,maklumlah dulu Dato Farid Ridzuan sering membawa anak dan isterinya ke event-event media prima. Rupanya Dato FR dah bercerai 2 tahun yang lepas. Dan Sensasi dengar cerita Fauziah Ghous dan Dato Farid sudah intim semenjak lebih dua tahun lepas lagi... Iqram Dinzly sering disangka kekasih Fauziah namun sebenarnya mereka adalah rakan karib.. "Hati saya mula terbuka untuk rapat dengannya selepas melihat keikhlasan dan ketulusan dia nak berkawan dengan saya. Dia yang juga merupakan rakan niaga abang saya turut pernah menyuarakan hasratnya untuk melamar saya. Tapi ia masih awal lagi kerana kami kini sedang dalam proses mengenal hati budi masing-masing,"katanya "Sejak dulu lagi saya tiada apa yang nak sorok atau berpura-pura jika saya memang berkawan dengan seseorang. Sebelum ini, ramai yang mendakwa mengenai hubungan kami tetapi saya menafikan kerana ketika itu kami masih belum rapat. Baru-baru ini sahaja kami mula keluar."jelasnya. Fouziah yang memberitahu bahawa dia sebelum ini kurang bergaul dan berkawan dengan lelaki, jadi dia mahu berkawan dan mengenali lelaki dahulu, dan jika ada jodoh dia bersedia untuk berkahwin. |
Lagu Bawaku diharamkan penyiarannya,Malique kesal tidak diberi pengadilan Posted: 01 Apr 2012 07:53 AM PDT Korang dah dengar lagu 'Bawaku Pergi" yang dicipta oleh Malique? Sejujurnya pertama kali sensasi mendengar lagu ini,memang Sensasi agak terkejut kerana liriknya memang seolah-olah seperti kisah remaja yang mengajak kekasih pergi lari dari realiti dan bawa pasport untuk ke luar negara. Bagi Sensasi memang lagu nie tak memberi kesan pada sensasi tapi sebenarnya,lagu memang mampu mempengaruhi remaja terutama remaja yang bermasalah dan berpikiran sempit,jadi lagu memberi inspirasi kepada mereka untuk melakukan sesuatu.. Lagu yang membawa erti seolah mengajak remaja lari dari rumah memang mampu membuatkan ibu bapa berasa sentap apabila mendengarnya.. Tapi Malique mempunyai alasan tersendiri... Pengharaman lagu "Bawa Aku Pergi" Khamis lalu, akhbar Utusan Malaysia melaporkan rungutan Presiden Majlis Pemuafakan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan yang meminta lagu tersebut diharamkan kerana membawa unsur negatif serta boleh mendorong remaja lari dari rumah. Berikutan rungutan itu, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan akan menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi menentukan sama ada lagu tersebut wajar diharamkan ataupun sebaliknya. "Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat sudah diterima dari kerajaan, lagu Bawaku Pergi harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. "Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Keputusan dilakukan oleh individu, panel yang tidak adil, cetek dan berkepentingan politik," katanya dalam kenyataan tersebut. Dalam kenyataan tersebut, Malique turut menjelaskan maksud dan bagaimana lagu Bawaku Pergi itu dicipta. "Pada tahun 2008, saya menulis lagu Pergi Jauh untuk isteri saya. Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu Bawaku Pergi sebagai susulan kepada lagu Pergi Jauh. "Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari sudut pandangan seorang isteri kepada suaminya. "Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet atau Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, 'puncak dunia kita duga'. Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. "Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatakan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua 'pentafsir profesional' gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, 'pergi lebih lama, pergi lebih jauh'. "Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan. Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. "Saya gemar mengembara, dalam dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja," luahnya dalam kenyataan tersebut. |
Gambar-gambar Pernikahan Azza Elite dan Azlan Zulaily Posted: 01 Apr 2012 07:42 AM PDT Tahniah Sensas ucapkan kepada Azza dan suaminya Azlan yang dh selamat bergelar suami dan isteri.Walaupun perbezaan umur mereka sembilan tahun ,Azza 34 dan azlan 25,namun zaman skrg nie umur hanya angka yang pening keserasian dan menerima satu sama lain dengan seadanya.. Selepas hampir tujuh tahun menjadi janda, pelakon dan penyanyi Azza(Elite) akhirnya sah bergelar isteri kepada pramugara penerbangan AirAsia iaitu Azlan Zulaily dengan hanya tiga kali lafaz. Kedua-dua pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Bukit Antarabangsa ustaz Hakim Abdul Rahman di sini pada Ahad selepas solat Asar. Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari,34, kelihatan ayu mengenakan pakaian nikah rekaan Syafeq Aiman berwarna krim sementara solekan pula sentuhan Deq Sha. Pada majlis itu pihak lelaki membawa sembilan dulang hantaran yang antaranyaterdiri daripada beg tangan, buah-buahan, Al-Quran, coklat, cincin, manisan serta emas kahwin berjumlah RM300. Pihak perempuan pula membalas sebanyak 11 dulang hantaran antaranya minyak wangi, sirih junjung, buah-buahan, cincin dan persalinan. Kedua-dua belah pengantin bersetuju dengan jumlah wang hantaran sebanyak RM10,000. Majlis yang serba sederhana itu turut dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak, rakan-rakan media serta teman artis seperti Rozita Che Wan, Roslan Shah serta anggota Elite iaitu Abby Abadi, Watie dan Sasha. Azza yang mengenali Azlan, 25, sejak dua tahun lalu berharap perkahwinan tersebut adalah terakhir buat dirinya selepas kegagalan rumah tangganya sebelum ini. "Saya berharap perkahwinan ini akan membawa kebahagiaan kepada saya dan Azlan. Syukurlah dia boleh menerima saya seadanya walaupun jarak usia kami hampir sembilan tahun," katanya. Sementara itu Azlan yang mengenakan pakaian baju Melayu putih gading pula menganggap faktor perbezaan usia bukan penghalang untuk dia mencintai wanita itu. "Azza seorang yang ramah dan tidak susah untuk memahaminya. Yang penting sikap lucunya itu telah membuka hati saya untuk jatuh cinta kepadanya," kata Azlan. Majlis resepsi kedua-dua pasangan itu mendapat tajaan pasaraya Mydin dan akan diadakan di Ipoh pada tarikh yang belum ditetapkan lagi. .
|
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |