Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Tidak sangka popularTIDAK pernah merancang untuk menjadi popular, apatah lagi bergelar seorang pelakon dan selebriti yang dikenali ramai seperti hari ini, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, boleh dikira antara aktres yang bertuah kerana mencipta nama dalam masa yang cukup singkat. Ketika dia mula-mula muncul dalam industri seni, namanya sarat dengan gosip cinta. Kemudian dia dikatakan tersangkut dalam perang dingin dengan seorang lagi aktres popular, meskipun ketika itu belum ada produk yang mempertaruhkan bakatnya kecuali kecantikan yang dimiliki. Bagaimanapun, selepas kegagalan filem Azura 2011 lakonannya bersama pelakon Shah Jaszle, peminat seni mula mempersoalkan kehadiran Neelofa dalam industri seni. Neelofa sedar akan kritikan negatif yang diberikan terhadap filem sulung lakonannya itu. Tanpa segan silu, dia mengaku dirinya tidak pandai berlakon. "Saya masuk ke dalam industri seni ini secara tidak dirancang dan saya mengaku sebelum menjadi pelakon, saya tidak pernah ada pengalaman berlakon langsung. Saya memang tidak pandai berlakon. "Saya sedih juga apabila filem Azura 2011 mendapat kritikan dan lakonan saya dikategorikan sebagai menghampakan, tetapi segala kritikan yang dilontar tidak melemahkan semangat saya. Saya juga masuk ke dalam industri seni bukan untuk menjual kecantikan semata-mata kerana saya sedar untuk bertahan lama dalam industri ini, bakat perlu datang seiring," jawabnya yang ditemui pada majlis pelancaran produk baharu Habib Jewel di Ampang, Selangor baru-baru ini. Tidak mahu mengalah, Neelofa mengambil inisiatif untuk menghadiri kelas lakonan daripada aktor dan aktres terkenal tempatan bagi memantapkan mutu lakonannya. "Saya sedar diri dan tahu kemampuan saya. Kerana itu saya sudah merancang untuk memasuki kelas lakonan secara peribadi sebelum saya masuk ke set penggambaran sesebuah filem. Antara aktres hebat yang saya ingin belajar daripadanya adalah Elly Suriati," jawabnya jujur. Selepas filem Azura 2011, berderet filem lakonannya menanti untuk ditayangkan seperti Lemak Kampung Santan, King Kapcai dan Saya Amat Mencintaimu (S.A.M). Menurutnya lagi, terdapat beberapa tawaran filem yang masih dipertimbangkan dan Neelofa mengakui dia seorang yang amat memilih naskhah demi memastikan kelangsungannya dalam industri seni. "Sebenarnya sebelum filem Azura 2011 lagi saya telah memilih naskhah. SELEPAS padat dengan jadual kerja sejak tahun lalu. Neelofa akhirnya dapat meluangkan masa untuk bercuti ke Eropah pada bulan lalu. "Bukannya mahu berlagak diva tetapi saya harus memilih bagi memastikan profil kerjaya saya berada dalam landasan yang betul sekali gus memanjangkan lagi usia saya dalam industri seni. "Perkara pertama yang saya lihat dalam sesebuah naskhah sudah pasti skrip yang bagus, kemudian saya akan menilai mampu atau tidak saya membawakan sesebuah watak itu dengan baik. Sebenarnya saya teringin untuk berlakon dalam filem yang berkisar tentang kekeluargaan," beritahu anak kelahiran Kelantan ini. Besar kepala Perjalanan kerjaya seni Neelofa baharu sahaja bermula, sejak dari awal sehingga hari ini, ada sahaja gosip liar yang membabitkan namanya. Terbaharu gadis berusia 22 tahun ini dikatakan sudah mula besar kepala disebabkan permintaan yang tinggi terhadapnya. Menjawab isu tersebut, Neelofa terdiam sebentar lantas bertanya kembali, bila masa dia bersikap demikian. "Saya tidak tahu bila dan di mana saya besar kepala. Mungkin ada orang salah faham dan menyebarkan cerita yang tidak betul. Setakat hari ini Alhamdulillah saya tidak pernah gagal menghadiri semua acara atau temu janji yang terdapat dalam jadual saya," terangnya mempertahankan diri. Namun Neelofa mengakui yang dia kini cukup teliti dalam memilih acara yang ingin dihadirinya bagi mengekalkan nilai eksklusif buat dirinya. "Saya tidak boleh menghadiri semua acara kerana jika peminat terlalu kerap melihat wajah saya, nilai eksklusif itu akan segera hilang. Jika ada dua acara dalam satu masa, saya akan mengambil kira mana yang lebih penting dan memberi faedah kepada saya tetapi kepentingan itu bukannya kerana wang semata-mata, sebaliknya boleh jadi dalam acara itu saya dapat bertemu peminat," tambahnya lagi. Sudah menjadi orang popular, namanya cukup kuat untuk menarik orang ramai menghadiri sesebuah acara. Neelofa memberitahu, ada masanya dia terasa dirinya dipergunakan oleh pihak penganjur apabila namanya digunakan untuk menarik orang ramai sedangkan dia belum membuat sebarang pengesahan kehadiran atau tidak tahu menahu langsung tentang kewujudan acara tersebut.
"Mungkin sebab hal-hal begini, maka timbul gosip saya besar kepala. Konon janji nak datang tetapi tidak datang. Ingin saya tegaskan sekali lagi, saya tidak pernah gagal menghadiri mana acara yang terdapat dalam jadual saya. Memang saya rasa diri dipergunakan tetapi mahu buat macam mana sebab saya sendiri tidak tahu, jadi saya terima sahaja," katanya sedikit kesal. | ||
Shiha, Iqbal kena perbaiki cara makan Posted: Shiha, Iqbal kena perbaiki cara makanOleh HARYATI KARIM IQBAL dan Shiha yang mengendalikan program Jalan-Jalan Cari Makan mendapat respons negatif daripada penonton kerana didakwa tidak mampu membangkit selera makan. PROGRAM Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) yang diterbitkan sejak tahun 2003 di TV3 kini telah masuk musim yang ke-18. Pengacaranya juga silih berganti. Selepas pengacara paling bijak membangkitkan selera penonton di meja makan iaitu Maria Tengku Sabri, JJCM kemudian diterajui oleh aktres Sabrina Redzuan dan seterusnya Qi Razali. Selepas Qi mengambil keputusan mengundur diri daripada JJCM untuk memberi fokus kepada bidang lakonan, JJCM musim baharu telah digantikan oleh Shiha Mentor dan juga Iqbal yang lahir daripada program Pilih Kasih. Baru bersiaran sebanyak lima episod daripada sasaran keseluruhan sebanyak 38 episod, sudah kedengaran maklum balas negatif daripada penonton setia yang beranggapan mereka berdua tidak sesuai untuk menerajui program tersebut. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Intan Suraya yang baru pertama kali menjadi penerbit untuk program tersebut. Kosmo!: Sejak JJCM musim baharu bersiaran, banyak komen negatif mengenai dua pengacaranya iaitu Shiha dan Iqbal. Siapa sebenarnya yang memilih mereka untuk menerajui program tersebut? INTAN SURAYA: Saya yang menjalankan uji bakat tetapi yang mempunyai kuasa untuk memilih adalah pihak pengurusan jenama. Apabila mereka memilih Shiha dan Iqbal pasti ada sesuatu yang istimewa pada mereka berdua. Maknanya, dalam fikiran Intan terdapat orang lain yang sepatutnya berada di posisi pengacara itu? Sebenarnya tujuan asal kami mengadakan uji bakat adalah untuk mencari pasangan buat Qi. Saya buat uji bakat dengan ramai artis termasuk Yana Samsudin dan Taiyuddin Bakar (Tai). Tai antara pilihan tetapi jadualnya bertindih dengan drama Apa Celop dan kebetulan ketika itu Qi memberitahu mahu mengundur diri daripada JJCM. Sebab itu kami memilih dua pengacara baharu. Jika rating JJCM musim ke-18 ini menurun, adakah Intan akan menggantikan Shiha dan Iqbal dengan orang lain seperti Tai jika terdapat kelapangan dalam jadualnya? Untuk menggantikan orang itu bukan keputusan saya. Apa yang saya lihat walaupun penonton memberi maklum balas yang buruk tetapi rating program ini tidak turun langsung. Alhamdulillah, setakat ini rating tidak pernah kurang daripada satu juta penonton, malah angka itu semakin naik sedikit demi sedikit. Apa tindakan yang diambil Intan selaku penerbit apabila terdapat komen negatif daripada penonton JJCM mengenai dua pengacara baharu itu? Apa sahaja komen yang mereka berikan saya ambil untuk memperbaiki lagi mutu program. Sebenarnya mengendalikan program yang sudah bermusim-musim dan terkenal, penonton pasti membuat perbandingan. Perkara ini berlaku dalam semua program televisyen. Biarlah mereka bersuara kerana itu hak mereka untuk memberi sebarang komen. Saya terima dan akan memperbaiki sedaya upaya. Ramai penonton yang tidak senang dengan cara Shiha dan Iqbal mengacarakan JJCM kerana nampak sangat mereka berlakon seolah-olah berselera di depan kamera. Komen? Apa yang boleh saya buat adalah memperbaiki cara mereka makan supaya mereka nampak benar-benar berselera dan mampu menyakinkan penonton bahawa makanan yang dimakan itu sedap. Bagi saya sendiri, tiada pengacara lain yang mampu membangkitkan selera orang seperti mana yang dilakukan oleh Maria Tengku Sabri, itu sudah kelebihannya. Saya tidak boleh paksa untuk pengacara baharu mengikut cara pengacara sebelum ini. Maksudnya, Intan akan mengekalkan cara pengacaraan mereka berdua meskipun terdapat komen negatif? Mereka orang baharu, masih banyak yang perlu diperbaiki. Ada sesetengah orang suka dengan cara mereka dan ada yang tidak suka. Saya juga berusaha untuk mendidik mereka sebaik mungkin. Setakat ini mereka tidak mendatangkan masalah, malah komitmen kerja mereka sangat bagus. Saya harap penonton memberi peluang kepada mereka berdua. Selepas ini apa perancangan penggambaran untuk memantapkan lagi JJCM? Perjalanan penggambaran JJCM masih panjang, banyak lagi makanan di Malaysia yang kita tidak tahu. Mungkin selepas Malaysia, kami akan ke Brunei kerana banyak masakan Brunei yang agak menarik, tetapi perancangan itu akan terlaksana jika JJCM mendapat tajaan. Saya harap penonton akan terus memberikan sokongan kepada JJCM. | ||
Sekitar Hot FM Big di Terengganu Posted: Sekitar Hot FM Big di TerengganuOleh KHAIRUL AMRI HASSAN ELLA (tengah) sedang menguasai pentas dengan persembahan hebatnya. MENJENGAH tahun 2012, rupa-rupanya sudah enam tahun stesen radio popular hot FM beroperasi dan pastinya konsert tanda penghargaan buat pendengar, Hot FM Big Jam kembali lagi tahun ini. Sinonim dengan jenama itu, penganjuran tahun ini mendapat sambutan luar jangka daripada penduduk di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia khususnya dari Terengganu. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Radio Media Prima Bhd., Seelan Paul, lebih kurang 50,000 penonton hadir membanjiri Dataran Syahbandar, Kuala Terengganu sepanjang konsert yang diadakan sebanyak dua sesi iaitu petang dan malam pada hari Sabtu hujung minggu lalu. "Sambutan kali ini sangat menggalakkan! Konsert ini adalah yang paling sukses dan emosional. Kami sudah lama tidak membuat acara sebegini dan apabila konsert ini muncul kembali, sambutan yang diterima di luar jangka," katanya yang ditemui selepas tamat konsert itu baru-baru ini. Konsert Hot FM Big Jam tahun ini adalah kerjasama kali pertama dengan stesen televisyen TV9 untuk siaran secara langsung di kaca televisyen. Malah, konsert itu juga boleh ditonton secara live streaming di www.tonton.com.my serta boleh didengari melalui stesen radio hot FM sendiri. Berbicara mengenai pemilihan artis untuk menjayakan acara itu, ujar Seelan pilihan yang dibuat berdasarkan pendengar di pantai timur yang rata-ratanya masih mahukan muzik era 1990-an. "Pendengar di sini (pantai timur) masih sayang akan muzik 90-an dan otai-otai dulu, maka kami sajikan apa-apa yang mereka inginkan. "Radio adalah satu bentuk komuniti, sesebuah stesen itu perlu mencari relevan dan membentuk hubungan dengan masyarakat," ujarnya lagi. Jelas sekali, persembahan daripada penghibur era 90-an masih dinanti-nanti pengunjung yang membanjiri Dataran Syahbandar sejak pukul 4.30 petang hingga lewat malam. Buktinya, empat kumpulan popular sekitar era itu iaitu AXL's, Uk's, Slam dan XPDC mendapat sorakan luar biasa sepanjang konsert. Slot petang menyajikan Sofarz, Najwa Latif, AXL's, Amir Uk's, Alyah, Hafiz dan Zamani Slam beraksi penuh bertenaga di pentas. Sementara pada sebelah malamnya, Black, Spider, Ella, XPDC dan band yang diterbangkan dari Indonesia, Nidji tampil menghangatkan suasana. Pujian harus diberikan buat kumpulan Nidji. Bukan kerana usaha memberikan persembahan terbaik tapi pukauan Nidji yang memaksa penonton bersorak tanpa henti sepanjang mereka di pentas. Barangkali tarikan utama Nidji terletak pada gelekan vokalis kumpulan itu, Giring menerusi rangkaian lagu-lagu popular mereka antaranya Biarlah, Laskar Pelangi dan Jangan Takut. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |