Sensasi |
- Mamat mengaku masih cintakan Fida
- Video:Rakaman CCTV Rafizi Hamdan maut dilanggar lari
- Gambar Stacy AF dengan anaknya Bella Valentina
- Video Honeymoon Lisa dan Yusry di New Zealand
- Bayaran Jozan RM50 Ribu Sejam ??
Mamat mengaku masih cintakan Fida Posted: 21 Mar 2012 08:57 AM PDT Kalau korang ingat lagi..Mamat Sepah dan Fida putus cinta gara-gara mamat terupload gambar Fida tak bertudung...Camtue pun boleh menyebabkan putusnya jalinan kasih..nampak sgt bertapa rapuh cinta mereka sebab satu silap terus break off.. Mungkin Fida tertekan di kritik masyarakat dan ditambah dengan kisah percintaan Mamat dengan kekasih lamanya Adda,mamat dikatakan seorang playboy dan banyak dah perempuan dikecewakan mamat ..dan akhirnya mamat pula dikecewakan Fida..Karma? erkk.... Menurut kenyataan Fida tak berapa lama dulu,selepas berpisah dengan Mamat,dia dah temui pengganti..Seorang businessman katenyer... Baru-baru nie mamat dan Fida telah berbaik semula.Pun begitu masing-masing menafikan bercinta semula,tapi hanya berbaik sekadar kawan...Atau mungkin mereka cuba menyorokkan kisah cinta kerana takut dilanda kontroversi lagi? Jom baca luahan hati Mamat. Adakah anda masih berhubung dengan Fida selepas putus cinta? MAMAT: Sebenarnya saya dan Fida masih menjalinkan hubungan, tetapi hanya sebagai kawan biasa. Walaupun bukan lagi pasangan kekasih, kami berdua akan keluar bersama-sama kalau ada kelapangan dan hubungan kami tetap baik. Tidak dinafikan ada beberapa orang rakan saya yang agak pelik apabila kami berkawan, namun apa salahnya kalau kami berkawan. Saya sendiri langsung tidak menyimpan perasaan dendam terhadapnya, meskipun dia yang membuat keputusan untuk mengakhiri percintaan kami. Pernah merancang untuk menjalinkan semula hubungan cinta dengan Fida? Saya akui perasaan sayang dan cinta terhadap Fida masih ada, tetapi kami tidak pernah terfikir untuk kembali semula menjalinkan hubungan cinta dan kami tidak pernah membincangkan perkara tersebut. Setakat ini kami lebih selesa untuk berkawan sahaja dan saya anggap dia seorang kawan yang sangat baik kerana masih mengambil berat terhadap diri saya. Malah, saya tetap berharap agar mendapat peluang kedua untuk bercinta semula dengannya dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Adakah anda tidak mahu mencari teman wanita lain? Selain terpalit dengan kontroversi bersama Fida, saya juga dikatakan seorang lelaki playboy kerana sikap saya yang terlalu peramah dengan sesiapa sahaja sehingga dilabel sebegitu. Jadi, saya tidak terfikir untuk mencari teman wanita baharu dan lebih selesa dengan kehidupan sekarang. |
Video:Rakaman CCTV Rafizi Hamdan maut dilanggar lari Posted: 21 Mar 2012 08:37 AM PDT Pelapis Pelumba Basikal negara, Rafizi Hamdan maut akibat dilanggar sebuah kenderaan Proton Saga 1.5 bernombor pendaftaran WCK 2290 sekitar jam 7.50 pagi,pada 18 March 2012. Di fahamkan ketika kejadian di hadapan sebuah stesen minyak, arwah telah di langgar dan pemandu tersebut bertindak melarikan diri namun takdir menyebelahi arwah kerana nombor pendaftaran pemandu tersebut telah terjatuh manakala rakaman CCTV jelas menunjukkan pemandu tersebut memandu laju melarikan diri. Pemandu tersebut seorang berbangsa Melayu kini telah ditangkap pihak polis untuk siasatan lanjut. Arwah meninggalkan seorang isteri dan dua orang anak. Al-Fatihah buat arwah. |
Gambar Stacy AF dengan anaknya Bella Valentina Posted: 21 Mar 2012 08:35 AM PDT Semakin ramai selebriti kita belum berkahwin yang mengambil anak angkat nampaknya..Sensasi harap korang sayangilah anak angkat tue sampai bila-bila jangan nanti dah ada anak sendiri anak angkat dipinggirkan pula.. Anak angkat Stacy nie baru berusia sebulan dua..dan diberi nama Bella Valentina... Alolololo comelnyer..cume bilik Stacy asal bersepah sangat tue..he he |
Video Honeymoon Lisa dan Yusry di New Zealand Posted: 21 Mar 2012 08:30 AM PDT Pasangan yang sangat sepadan kan..Lis the cutey,and Yusry yg jambu.. Yusry nampak makin hensem pas dah kawen,lisa nampak chubby sket tp still cantik..and watching our celebrities nyer honeymoon best je... Semoga Yusry dan Lisa kekal bersama selamanya and cepat-cepat dapat baby..must be soo cute |
Bayaran Jozan RM50 Ribu Sejam ?? Posted: 21 Mar 2012 08:21 AM PDT Wah wah zaman sekarang jadi pelawak pun leh kaya tau..so kalau anak-anak ,adik-adik uols suka loyar buruk atau buat lawak,jgn lah marah..ada bakat terpendam tue.. zaman sensasi sekolah dulu,ada diantara rakan-rakan terutama lelaki suka buat lawak..memang kelakar dan menghiburkan boleh la release tension setelah penat dgr cikgu mengajar..hehe Kes Jozan pula,Ozlyn sebagai pengurus Johan menerangkan isu Jozan demand nak RM50k sejam. Cuba tengok muka Johan masa kurus mcm budak lepas SPM je..hehe..Zizan pun nampak cekeding lagi time nie.. "Cerita itu tersebar mungkin disebabkan oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan sebut harga yang kami tetapkan. Lantas mereka mula menyebarkan cerita kononnya Johan atau Zizan mula demand dalam soal bayaran," ujarnya Ozlyn memberitahu, caj yang dikenakan adalah bersesuaian dengan kualiti dan standard persembahan Jozan atas permintaan pengelola sesebuah acara. "Sebut harga yang kita berikan kepada pihak penganjur adalah berdasarkan kepada permintaan mereka mengenai perkara yang perlu dilakukan oleh Jozan dalam sesebuah persembahan. "Bagaimanapun harga yang diberikan masih boleh dirunding dan pihak kami selalunya akan bertolak ansur dengan permintaan penganjur," ujarnya. "Bukan nak menyombong atau besar diri apabila mereka sudah ada nama dalam industri tetapi kadang-kala ada sebab mengapa kita perlu menolak sesuatu tawaran yang datang. "Bagaimanapun, selalunya saya akan cuba mencadangkan kepada penganjur untuk mengambil pelawak-pelawak lain jika sesuatu tawaran yang datang sesuai dengan majlis yang hendak dikelolakan," katanya. "Rasanya lebih baik mendiamkan diri daripada mengeluarkan kenyataan yang akan memburukkan lagi keadaan. Biarlah apa orang nak kata kerana pada akhirnya hanya kami dan Allah sahaja yang tahu," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |