Celebrity News   |  
- Kekasih Dan Tunang Liyana Jasmay Adalah Jiran Rumah, Fathuddin Mazlan
 - Download Video 3GP Melia Aimelia Bogel ??
 - Malek Noor Jaguh Bina Badan Buang Semua Hadia Yang Dimenangi
 - Aiman Hakim Ridza Pelakon Vanila Dan Coklat Top 10 Carian Google
 
|   Kekasih Dan Tunang Liyana Jasmay Adalah Jiran Rumah, Fathuddin Mazlan Posted: 15 Mar 2012 07:50 PM PDT  Mengikut sumber lelaki ditengah inilah Bakal Tunang Liyana Jasmay  Menurut ibu Liyana Jasmay, Pn. Habsah, mereka telah lama berkenalan kerana mereka tinggal berjiran. Menurut Liyana Jasmay pula, beliau tidak menyangka bahawa lelaki yang dicari-cari selama ni merupakan jirannya sahaja. Liyana Jasmay baru sahaja melancarkan single terbarunya berjudul Cinta Bersatu. Jika dilihat pada bait-bait lagu tersebut, seperti sangat sesuai dengan kisah percintaan mereka ini.. Apa-apa pun, semoga pertunangan ini akan disambung hingga ke jinjang pelamin dan seterusnya kekal hingga akhir hayat. ZoOM : Tahniah Dan Semoga hari bahagia itu akan tiba dengan meriah dan bahagianya....Tetapi betul ke gossip yang ZoOM dengar, dikhabarkan Majlis pertunangan bersama jejaka pilihan hatinya pada 28 Mac ini. , gaun pengantinnya bernilai RM10,000 !! Huh mahal tu :) Bukan Selalu dilakukan kecuali yang dah kali ke 2..ke3 atau ke4 :) Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis  |  
|   Download Video 3GP Melia Aimelia Bogel ?? Posted: 15 Mar 2012 07:35 PM PDT  Tajuk diatas merupakan tajuk yang ZoOM jumpa daripada sebuah laman blogspot yang baru di buat/create bulan ini .Namun persoalanya siapakah yang menjadi dalang dalam menyebarkan dan jika betul video tersebut benar apakah motifnya.  Mungkin ramai daripada anda tidak mengetahui kewujudan akaun blogspot ini, namun bagi ZoOm kehadiran blog yang hanya mempunyai satu post yang bertajuk "Download Video 3GP Melia Aimelia Bogel". Huh terkejut ZoOM, namun malas nak download sebab tak ada masa nak tengok dan mengesahkan. Namun demikian jika ada diantara anda yang sudah melihatnya tolong share BETUL KE TAK !!!? Laman Blog tersebut melia-aimelia-3gp-download.blogspot.com Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis  |  
|   Malek Noor Jaguh Bina Badan Buang Semua Hadia Yang Dimenangi Posted: 15 Mar 2012 07:23 PM PDT  Bekas  jaguh bina badan negara, Datuk Malek Noor mendedeahkan beliau membuang  dan membakar semua pingat dan piala yang pernah dimenangi sepanjang  terlibat dalam sukan bina badan.   Katanya tindakan itu diambil kerana piala dan pingat mempunyai ukiran patung bentuk badan manusia yang diharamkan oleh Islam. Malek turut meminta masyarakat beragama ISlam supaya berfikir panjang sebelum terlibat dengan pertandingan membina badan kerana ianya suatu yang ditegah oleh agama. Dahulu saya galakkkan orang buka baju atas pentas, tapi sekarang saya meminta mereka berfikir dahulu kerana ianya berkaitan dengan akidah kita sebagai umat Islam Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Sembang Petang bersama Tokoh anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan di Pusat Dagangan Kelantan ZooM : Alhamdulillah kerana ramai orang popular di Malaysia terutamanya artis-artis terkenal dan ahli sukan sedar akan perkara yang ditegah daripada melakukan. Apa kata anda ? Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis  |  
|   Aiman Hakim Ridza Pelakon Vanila Dan Coklat Top 10 Carian Google Posted: 15 Mar 2012 07:16 PM PDT  Aiman  Hakim Ridza atau Aiman memang semakin popular dalam kalangan peminat  sejak berlakon dalam drama rantaian popular Vanila Coklat di TV3 dengan  episod akhirnya pada Selasa lalu ditonton seramai 4.5 juta penonton.   Jangan  ada yang terkejut jika fakta sebenarnya, Aiman, 23, yang mula terjun  dalam bidang seni menerusi program realiti nyanyian, Mentor, kini  menjadi subjek carian kesembilan tertinggi daripada sepuluh carian  tertinggi oleh pelayar Google di negara ini sepanjang bulan Februari  lalu.   Kenyataan  itu dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Google Malaysia baru-baru ini  dan dalam kenyataan mereka, Aiman merupakan selebriti tunggal tempatan  yang berada dalam senarai sepuluh carian tertinggi tersebut.   Aiman  yang ditemui pada majlis tontonan episod akhir drama Vanila Coklat  bersama peminat di Rasta, Damansara, Selangor malam Selasa lalu ternyata  cukup terkejut dengan penerimaan peminat terhadapnya bagaimana masih  belum meninggalkan cita-citanya sebagai penyanyi.   Kosmo!:  Apakah perasaan Aiman apabila diumumkan sebagai satu-satunya selebriti  tempatan dalam senarai sepuluh carian tertinggi oleh pelayar Google di  Malaysia sepanjang bulan Februari lalu?   Aiman:  Saya tidak tahu bagaimana nak cakap tetapi mestilah gembira. Saya tahu  pun apabila terbaca di akhbar baru-baru ini. Syukur selepas berlakon  beberapa buah drama Vanila Coklat drama kelima lakonan saya dan ia  benar-benar berjaya melonjakkan nama saya. Terima kasih buat peminat  setia Vanila Coklat.   Apabila dikerumuni peminat dan semakin dikenali, Aiman rasa diri makin popular?   Entahlah,  saya masih macam dahulu lagi, saya masih orang sama cuba yang bezanya  penerimaan orang terhadap saya berubah. Kalau dulu saya pergi ke  mana-mana tiada orang yang kisah, sekarang Alhamdulillah ada juga orang  kenal (ketawa).   Mungkinkah Aiman menjadi pelakon kerana kerjaya nyanyian yang tidak berapa menjadi?   Apa  yang boleh saya katakan adalah peluang yang datang. Saya tidak sangka  saya akan dikenali seperti hari ini, tetapi bagi saya lakonan juga satu  cabang seni. Walaupun saya lebih dikenali sebagai pelakon hari ini tidak  bermakna saya lupakan bidang nyanyian.   Nama Aiman memang semakin popular tetapi ada juga pihak yang mengatakan lakonan Aiman masih kaku. Komen?   Saya  akui perkara itu sebab saya pelakon baharu. Masih terlalu banyak  perkara tentang ilmu lakonan yang harus saya pelajari. Bagi memantapkan  lagi mutu lakonan, saya telah meminta ibu saya mendaftarkan saya di  sebuah kelas lakonan.   Nampaknya Aiman kini semakin sibuk di set penggambaran, ada masa untuk rakam lagu?   Ada.  Sebuah lagu berjudul Bicara Hati yang dicipta oleh Adi Six Sense, saya  akan nyanyikan lagu itu untuk dijadikan lagu tema sebuah drama. Saya  tidak pernah lupakan bidang nyanyian, buat masa ini saya tidak boleh  janjikan apa-apa lagi tetapi saya mempunyai perancangan untuk muncul  dengan single tidak lama lagi.   Tidak ada sebarang kerjasama dengan bekas mentor dalam program Mentor, Rahim Maarof?   Rasanya  tidak kerana dia pernah berkata mahu bersara daripada dunia seni untuk  memberi tumpuan kepada keluarga, jadi saya tidak mahu menyusahkan Rahim  Maarof. Lebih baik saya bergerak sendiri.   Projek terbaharu selepas drama Vanila Coklat berakhir?   Saya  ada mendapat beberapa tawaran drama dan filem. Filem itu datangnya  daripada produksi yang menerbitkan drama Vanila Coklat sendiri.   Mungkinkah ada sambungan Vanila Coklat versi filem?   Mungkin (ketawa). Saya tidak tahu, harus tunggu dan lihat sahaja.    ZoOM : Wow superb sangat-sangat sebab artis baru macam Aiman ini telah menjadikan fenomena Google beralih arah kepada beliau. Tahniah sekali lagi kerana dapat menjadi perhatian dalam arena industri hiburan di Malaysia...tahniah juga kepada pihak produksi drama Vanilla dan Coklat.  Jika Dah Baca ClickLah Like @ Share !! Follow @zoomartis  |  
| You are subscribed to email updates from Celebrity News  To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.  |  Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





