Adsense

Ahad, 12 Februari 2012

Zon Artis

Zon Artis


(Gambar) Farhan AF4 Sudah Menjadi Tunangan Orang

Posted: 12 Feb 2012 06:51 PM PST

GAMBAR PERTUNANGAN FARHAN AF4

Semalam (12 Feb 2012) telah berlangsung majlis pertunangan Farhan AF4 dengan jejaka yang pernah diperkenalkannya kepada media sebelum ini iaitu Ahmad Rashdan Suhaimi. Kami pernah kongsikan gambar jejaka yang kini sudah menjadi tunang Farhan itu DI SINI.

Sedikit info, majlis pertunangan yang berlangsung sekitar jam 3 petang itu diadakan di Cafe Flora, AmWalk, Kuala Lumpur. Pada majlis tersebut, Farhan menerima lima dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, kek cawan, potpurri, buah-buahan dan wang hantaran permulaan.

Seperti biasa, jika sudah menerima hantaran dari pihak lelaki pasti akan ada balasan dari pihak perempuan. Dengan itu, pihak Farhan membalas tujuh dulang hantaran yang antaranya adalah sirih junjung, buah-buahan, kek, kek cawan, sejadah, coklat dan kitab Al-Quran.

GAMBAR PERTUNANGAN FARHAN AF4

GAMBAR PERTUNANGAN FARHAN AF4

Sedikit info lagi, hasil daripada perbincangan pada majlis pertunangan itu, pihak Farhan dan pihak keluarga Rashdan bersetuju untuk melangsungkan pernikahan mereka pada tahun hadapan. Namun begitu, tarikh bila pernikahan itu akan dilangsungkan masih belum ditetapkan.

GAMBAR PERTUNANGAN FARHAN AF4

Psstt: Jom usya blog ni -> apadehal.com

Related Posts with Thumbnails

(Gambar) Aksi Dato Siti Nurhaliza Ketika Latihan Menembak Menggunakan M16

Posted: 12 Feb 2012 01:48 AM PST

GAMBAR TERBARU SITI NURHALIZA SEMASA MENEMBAK

Pada hari Khamis lalu (9 Februari 2012) telah berlangsung satu sesi latihan menembak di Kem Perdana Sungai Besi melibatkan Platun Seni Askar Wataniah yang mana Dato Siti Nurhaliza hadir ke sesi latihan tersebut. Yer la, Tok Ti kan dah menyertai Askar Wataniah, bila dah ada sesi latihan tu dan kebetulan jadual free, haruslah beliau pergi.

Bila Tok Ti dah pergi latihan menembak tu, merakam aksi Tok Ti sewaktu menjalani latihan adalah satu 'kewajipan' kerana inilah satu-satunya peluang yang ada untuk melihat Tok Ti dari sisi lain yang biasa kita lihat. Dengan itu, kat bawah ni ada beberapa gambar aksi Tok Ti menggunakan senjata M16 sewaktu latihan yang diadakan.

GAMBAR TERBARU SITI NURHALIZA SEMASA MENEMBAK

GAMBAR TERBARU SITI NURHALIZA SEMASA MENEMBAK

GAMBAR TERBARU SITI NURHALIZA SEMASA MENEMBAK

GAMBAR TERBARU SITI NURHALIZA SEMASA MENEMBAK

GAMBAR TERBARU SITI NURHALIZA SEMASA MENEMBAK

Psstt: Jom tengok 8 gambar kelakar ONLY IN INDIA ni~

Related Posts with Thumbnails