Adsense

Rabu, 29 Februari 2012

Berita Harian: Hip

Berita Harian: Hip


EKSKLUSIF: Tunang bulan depan

Posted: 28 Feb 2012 02:10 PM PST

[unable to retrieve full-text content]SELEPAS digosipkan bercinta dengan Syamsul Yusof dan Aizat, pelakon dan penyanyi, Liyana Jasmay akhirnya menamatkan spekulasi mengenai jejaka yang layak bertakhta di hatinya apabila mengaku bakal bertunang dengan ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, bulan depan.

Bayi perempuan pelengkap mahligai Mawi, Ekin

Posted: 28 Feb 2012 02:08 PM PST

Hip

KEHADIRAN bayi perempuan sulung, kira-kira jam 4 pagi semalam, melengkapkan lagi rumah tangga yang dibina Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2005-2007, Asmawi Ani, 31, dan Nor'Ashikin Rahmat, 33.

Pasangan berkenaan yang meraikan ulang tahun ketiga perkahwinan pada Disember lalu, menerima hadiah cukup bermakna dengan kelahiran bayi seberat 2.8 kilogram sebuah pusat perubatan swasta di Bangi.

Sehingga semalam, pasangan selebriti terbabit dikatakan masih memilih nama bersesuaian untuk cahaya mata pertama mereka yang dilahirkan secara normal itu. Bagaimanapun, Mawi dan Ekin belum bersedia untuk berkongsi wajah anak sulung mereka bersama peminat buat ketika ini.

Menurut bapa saudara Ekin, pasangan berkenaan juga hanya bersedia membuat kenyataan pada hari ini, selepas mendapat rehat secukupnya.

Bapa saudara Ekin yang hanya dikenali sebagai Mutalib berkata, Ekin dimasukkan ke wad selepas Maghrib, kelmarin. Selain Mawi turut berada di hospital untuk menemani Ekin ialah ibu serta kembarnya, Nor'Ain Rahmat atau Ain.

Ekin turut difahamkan akan menghabiskan tempoh berpantang di Bangi, di bawah jagaan ibunya.
Pasangan yang berkahwin pada Disember 2008 itu sudah lama menantikan kehadiran cahaya mata bagi melengkapkan lagi rumah tangga mereka. Sepanjang tempoh berkenaan, Ekin pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali.