Adsense

Sabtu, 14 Januari 2012

Sensasi

Sensasi


Fasha Nafi sudah bernikah,Gambar pertunangan Fasha Sandha tersebar

Posted: 13 Jan 2012 11:51 PM PST



Kebelakangan nie tak lekang cerita tentang Fasha Sandha terutamanya gossip cintanya dengan Jejai.

Mula-mula gossip Fasha bakal kahwini Jejai di Jakarta,kemudia Fasha dikatakan sudah bernikah senyap-senyap di Thailand, Akhirnya Fasha menafikan gossip tersebut dan tidak faham kenapa boleh timbul gossip sebegini.

Tapi kalau nak ikutkan memang ramai je artis yang digossipkan sudah bernikah senyap-senyap tapi sebenarnye tak,bahkan Dato Siti pun dulu pernah digossip dah kahwin senyap-senyap.huhu.

Kini gambar pertunangan Fasha Sandha pula tersebar. Fasha kelihatan sangat cantik.

Sebenarnya memang ini gambar pertunangan Fasha,tapi bukan gambar di alam realiti,tapi gambar tunang ini adalah babak dalam Filem Penanggal.

Menyentuh soal hubungan cinta adakah Fasha akan bertunang sebelum bernikah kata Fasha

" Tak kot sebab bila tunang lagi banyak dugaan."

"Fasha inginkan perkahwinan yang sederhana tapi diingati. Sebenarnya Fasha tak nak cakap sangat pasal perkahwinan sebab bosanlah.

"Bila tiba masanya nanti, Fasha akan cakap. Fasha tahu semua orang sedang menunggu, tapi Fasha masih belum bersedia lagi. Fasha harap mereka bersabar kerana Fasha memang tak akan buka mulut buat masa ini. Yang pasti Fasha tak akan buat sidang akhbar namun akan cerita juga pada semua peminat."

Video Biography Dato Siti Nurhaliza di History Channel

Posted: 13 Jan 2012 11:31 PM PST



Sebelum nie pernah dengar desas desus Astro nak buat biography untuk penyanyi nombor 1 negara iaitu Dato Siti Nurhaliza.Baru-baru nie di Astro History Channel,Sensasi ada menonton biography tersebut.Memang menarik.

Masa zaman 1996,Siti mula menyanyi dengan menyertai pertandingan bintang RTM.Kemudian Siti mula menjadi tumpuan ramai.dengan begitu cepat nama Siti naik dan memenangi pelbagai anugerah di aal pembabitan dalam dunia seni.Masa tue suara Siti memang merdu,halus gaya lenggok suara Siti pun masih unik (sebelum ramai artis baru nak tiru gaya nyanyian Siti.huhu)..Selain cantik berwajah manis,berbakat,Siti juga adalah contoh artis yang sopan,lemah lembut dalam percakapan,bijak menjawab soalan wartawan,merendah diri dan tidak bergaul bebas dengan lelaki(mcm artis kebanyakkannya) . Keengganan Siti untuk bergambar dengan artis lelaki menyebabkan wartawan menyindir dengan menyuruhnya balik kampung,namun ternyata Siti mampu bertahan dalam industri seni kerana bakat yang dimiliki dan bukan kerana kontroversi murahan.

Ada satu ketika,setiap kali ada majlis anugerah Siti akan menggondol nya setiap tahun sampai ada yang mula rasa kurang senang seolah-olah artis lain tidak diberikan peluang.
Semua majalah berebut ambik Siti jadi cover magazine,so bila pergi kedai majalah memang semuanya muka siti aje..haha..

Dan memang masa tue ramai jejaka yang angaukan siti..Apabila Dato Siti berkahwin dengan Dato K ramailah yang tak puas hati dan cemburu.Apepun kini Dato Siti semakin berjaya dengan bisnes Simplysiti dan bahagia disamping suami tercinta.

Sensasi sentiasa meminati Dato Siti dan hafal semua lagu-lagu beliau.

Hattan dan Isteri bercerai talak satu selepas dua bulan berkahwin

Posted: 13 Jan 2012 11:13 PM PST

Baru dua bulan berkahwin akhirnya Hattan menceraikan isterinya dengan talak satu.Sebelum nie gosip hattan bercerai talak tiga selepas seminggu dinafikannya.Namun kisah pergolakan rumahtangga Hattan akhirnya terjawab kini.

Hattan buat masa ini enggan memberi komen tentang rumahtangganya.




Pasangan terbabit disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, semalam.

Hattan atau nama penuhnya, Mohd Shukri Shahabuddin, 48, melafazkan talak satu di hadapan Hakim Abdul Rashid Ramli, sekitar jam 11.30 pagi, semalam.

Penyanyi berkenaan hadir bersama pasangannya, Farah Asyikin Othman, 34, untuk memfailkan perceraian dan memohon dibicarakan pada hari sama.

Difahamkan, penceraian itu berlangsung dengan baik dan dipersetujui kedua-dua belah pihak.

Hattan dan Farah Asyikin baru dua bulan mendirikan rumah tangga selepas disatukan pada 11 November 2011 di kediaman penyanyi tersebut di Seri Menanti.

Majlis berkenaan diadakan secara tertutup tetapi meriah dengan kehadiran hampir 100 ahli keluarga terdekat dan teman rapat termasuk Datuk M Nasir, Ramli Sarip dan Man Bai.

Video Parody: Ombak Rindu versi 2 in 1

Posted: 13 Jan 2012 10:23 PM PST