Adsense

Rabu, 11 Januari 2012

OHBULAN!

OHBULAN!


Gossip: Nasha Aziz Sudah Nikah, ‘Tuan Haji’ Dari Brunei Jadi Suami?

Posted: 10 Jan 2012 09:36 PM PST

Wahh! Nasha Aziz sudah bernikah? Gosip liar yang tersebar di sebuah laman hiburan tempatan dan juga forum ini benar-benar menarik perhatian OHBULAN!.

Apa tidaknya, tiada angin tiada ribut, tiba-tiba muncul cerita Nasha Aziz sudah bernikah dengan seorang 'Tuan Haji' yang berasal dari Brunei. Menurut khabar angin yang tersebar, suami Nasha Aziz adalah seorang duda dan mereka sudah berkahwin hampir 5-6 bulan yang lepas.

"Khabarnya dah 5-6 bulan kahwin. Abis lah tentu wartawan scoop tis news nanti. Ampun lah tuan haji bocor citer kat sini lak," dakwa sumber tersebut.

Gosip ini dikuatkan lagi apabila Nasha Aziz dikhabarkan sudah lama mendiamkan diri dan tiada apa-apa cerita mengenainya. Barangkali dia sedang menikmati kebahagiaan di Brunei? Itu hanya tekaan OHBULAN!

Apa-apa pun, jika khabar angin yang tersebar ini benar, tahniah OHBULAN! ucapkan pada Nasha Aziz dan suami. Tapi jika ia hanyalah sekadar khabar angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, biasalah, nama pun khabar angin.

Full content generated by Get Full RSS.

Dayang Nurfaizah Hiasi Muka Depan ENF, Sedia Buka Hati Untuk Cinta Baru!

Posted: 10 Jan 2012 09:18 PM PST

Wow, itu saja yang mampu kami ucapkan setelah menyelak sehelai demi sehelai mukasurat Majalah Online ENF sebentar tadi.

Kali ini, ENF yang baru sahaja masuk isu ke-3 telah meletakkan Dayang Nurfaizah sebagai covergirl majalah tersebut. Dan apa yang lebih menarik, editor dan juga rakan media kami, Faizal Harun telah berjaya memberikan gaya dan stail yang menarik kepada Dayang Nurfaizah. Sekali imbas, saling tak tumpah seperti Rihanna bukan?

Dayang Nurfaizah dalam temubualnya bersama ENF turut menyatakan bahawa tahun 2012 mungkin akan menjadi tahun mencari cinta. Bagi dirinya, dia sudah bersedia untuk menerima seseorang, namun begitu masih tiada orang lagi yang bertakhta di hati. Tidak dapat dipastikan benar atau tidak, tapi Dayang memberitahu ENF bahawa pengurusnya yang sedang mencarikan jodoh untuk dirinya.

Kepada anda yang mencari-cari majalah ENF, cuma klik disini, ENF Isu 3, tak perlu bayar. Percuma untuk tatapan semua!

Full content generated by Get Full RSS.