Himpunan Kisah Sensasi |
Posted: 02 Jan 2012 05:00 PM PST PETALING JAYA: Setiap orang pasti mendoakan kehidupan yang lebih baik pada tahun 2012 selepas tahun 2011 melabuhkan tirainya. 2012 yang menjelang memberi erti kepada sebahagian besar artis-artis kita. Ada yang ingin mendirikan rumah tangga, ada juga yang ingin mengukuhkan kerjaya agar memperoleh pendapatan yang lebih sebagai tuntutan nafkah kehidupan. Malah ada juga yang ingin menjalankan hidup kearah kebaikan dan membuang keburukan diri pada diri masing-masing. Begitu juga dengan selebriti-selebriti tempatan, mereka juga sudah merancang perkara yang terbaik dalam hidup dan yang mana tidak sempat dilaksanakan pada tahun 2011. Perancangan itu akan dibawa ke 2012. Oleh itu, mStar Online berkongsi pendapat dengan beberapa artis tempatan mengenai azam dan ucapan mereka sempena sambutan Tahun Baru 2012. Nasha Aziz: Pelakon jelita ini berazam untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini (diri dan agama), lebih tegas membuat keputusan, lebih berhati-hati dari terus dibuli oleh kaum lelaki (majikan atau teman lelaki) dan jelaskan hutang tertunggak. Didie Alias: Pelakon dan pelawak, Didie Alias memberitahu azamnya pada 2012 adalah untuk menerbitkan sebuah program bual bicara khusus untuk para wanita. Selain itu juga, Didie berkata, dia juga ingin menerbitkan program berbentuk hiburan, santai dan fesyen. "Tahun 2012 adalah tahun untuk saya mengembangkan lagi sayap kerjaya ke tahap lebih tinggi," ujarnya. Elfira Loy: Pelakon telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang ini ingin mencuba lebih banyak watak mencabar pada tahun 2012. Baru sahaja menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Elfira berkata dia kini boleh menumpukan sepenuhnya perhatian kepada dunia lakonan sebelum kembali menyambung pelajaran. Zul Ariffin: Bekas kekasih pelakon Abby Abadi ini memberitahu masih belum puas dengan hasil lakonannya.Oleh itu, 2012 adalah tahun untuknya memperbaiki diri dan mutu lakonan dan seterusnya menjadi seorang pelakon berkaliber. Fasha Sandha: Azamnya pada tahun 2012 adalah untuk mengembangkan perniagaan salun miliknya dengan membuka beberapa lagi cawangan. Ujarnya, dia juga akan bertemu jodoh dan mengharapkan peminat mendoakan kebaikan untuknya. Dynas Mokhtar: "Saya mahu menambah bilangan anak kerana Kyhra pun sudah besar dan saya nak mengembangkan perniagaan butik Dynas Nursing Attire (DNA serta membuat lebih banyak promosi. Diharap Tahun Naga akan menjadi tahun yang baik untuk kita. Insya Allah." Linda Onn: Penyampai radio Suria FM, Linda Onn pula berazam untuk menaikkan lagi jumlah pendengar stesen radio itu supaya ia menjadi radio pilihan pendengar. Zed Zaidi: "Saya nak jadi penerbit filem yang berjaya seperti Datuk Yusof Haslam, Rosyam Nor, Norman KRU dan David Teo." Nanu Baharudin: "Sebenarnya saya tiada azam baru. Tiap-tiap tahun mempunyai azam yang sama. Saya akan memastikan untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik dan bekerja lebih kuat." Aaron Aziz: "Saya tak pernah ada azam sebab tak tahu apa yang akan dilakukan pada masa hadapan. Apa pun, saya akan buat yang terbaik dan berharap dapat melakukan ibadah umrah pada tahun 2012." Dj Lin Suria FM: "Ingin lebih berjaya sebagai penyampai radio Suria FM dan memperkenalkan Suria di serata Malaysia dan luar negara." |
You are subscribed to email updates from Himpunan Kisah Sensasi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |