Harian Metro: Rap |
Posted: 09 Jan 2012 08:16 AM PST BAGAIKAN satu 'trend' pula apabila stesen radio tempatan mengambil pelawak terkenal sebagai sandaran untuk memancing pendengar mengikuti frekuensi masing-masing. Sebelum ini Sinar FM mengambil Raja Azura dan Salih Yaacob. Kemudian, Usop Wilcha disunting ke konti Hot FM, diikuti Johan Raja Lawak bagi Era FM. Kini sebuah lagi stesen radio popular, Suria FM, mengundang Nabil Raja Lawak dan Kenchana Devi untuk menarik lebih ramai pendengar. Sebelum ini, Suria FM juga pernah menggunakan khidmat pelakon Sharifah Shahirah yang bagaimanapun sudah mengundur diri. Bagi Nabil dan Kenchana, peluang dilamar Suria FM, hujung tahun lalu bagaikan bulan jatuh ke riba. Memang mereka berdua sangat berbesar hati apabila diberi peluang meneroka satu lagi cabang baru dalam dunia penyiaran.
Nabil tidak menafikan sebelum ini, dia pernah muncul di stesen radio lain apabila penyampai radio sedia ada tidak dapat ke udara disebabkan komitmen lain. Jadi sekurang-kurangnya dia sudah ada sedikit pengalaman di dalam konti. Pelawak yang baru menamatkan zaman bujangnya pada 30 September tahun lalu dengan Nazira Ayub berkata, dengan menerima tawaran itu, komitmennya bakal bertambah. Namun Nabil tidak menganggap ia sebagai satu beban malah peluang keemasan. "Saya sudah memikirkan secara masak-masak dan saya sudah bersedia untuk menghadapi apa juga kemungkinan selepas ini termasuklah kehilangan 'job' lain. "Dari segi komitmen pula, bagi saya tiada masalah besar terutamanya untuk bangun pagi kerana saya ini jenis 'morning person'. Seperti ketika penggambaran, saya kena bangun awal juga kalau diarahkan berbuat demikian. "Lagipun, slot saya ke udara dari jam 6 pagi hingga 10 pagi saja. Selepas tamat, masih banyak ruang masa untuk saya melakukan aktiviti lain," kata pemenang gelaran Bintang Paling Popular bagi 2008 ini. Nabil juga tidak merahsiakan bahawa dia sudah mampu menghela nafas lega dengan tugas barunya itu kerana sekurang-kurangnya sudah ada pendapatan tetap setiap bulan. Mengenai gandingannya dengan Kenchana, baginya, dia yakin dengan 'chemistry' yang mereka ada kerana sebelum ini pun mereka sudah beberapa kali digandingkan dalam beberapa acara dan majlis. "Kami berdua sudah diberi latihan persediaan sebelum memulakan tugas sebenar dan setakat ini, gandingan kami bertiga tidak ada sebarang masalah. Kalau ada sekalipun, Abang Halim boleh membimbing serta membetulkan kami. "Mungkin ada juga cabarannya seperti melebihi had masa bercakap tapi saya akan memperbaikinya dari semasa ke semasa serta menyesuaikan diri," ulasnya. Bagi pelakon komedi yang popular menerusi sitkom Puteri di TV3, Kenchana, dia bersetuju menerima tawaran ini kerana ingin mencabar sejauh mana kebolehannya untuk melakukan sesuatu yang belum pernah dicubanya. Walaupun mungkin pada awalnya dia akan berhadapan sedikit masalah kerana tiada asas bertugas dalam konti, faktor itu bukan tembok halangan. Jelas Kenchana, sudah tiba masanya dia membuktikan walaupun bukan Melayu, dia boleh menarik pendengar menerusi celotehnya itu. Jelas Kenchana mengikuti jejak penyampai radio veteran keturunan India, Prema yang dulu bertugas di konti RTM pada era 1990-an. "Menyanyi, berlakon, mengacara, semuanya saya cuba lakukan dan apabila peluang ini datang kepada saya, saya hanya mengambil masa dua hari saja untuk berfikir. "Dengan konsep 1Malaysia yang dilaung-laungkan kerajaan sekarang, saya boleh katakan inilah contoh yang cuba saya terapkan. "Seperti Nabil juga, saya tidak berdepan masalah untuk bangun seawal jam 5 pagi kerana sudah terbiasa dengan rutin itu bersama keluarga saya. "Dari segi komitmen, Suria FM sangat fleksibel dan memberikan kami kelonggaran untuk menerima tawaran lain asalkan tidak mengganggu slot yang sudah ditetapkan," ujarnya. Di sebalik kegembiraannya dipilih Suria FM, dia sangat berharap akan mendapat sokongan daripada pendengar dan berjanji akan memanfaatkan kontrak setahun yang diikat bersama stesen radio berkenaan. Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Yusri Abu Samah, berkata pemilihan dua selebriti berkenaan sebagai penyampai baru di stesen itu adalah berdasarkan satu kaji selidik. "Kami dapati, pendengar kini lebih sukakan penyampai yang boleh menimbulkan suasana ceria serta menyelitkan unsur komedi. Oleh kerana itu, kami mengambil Nabil dan Kenchana kerana mereka menepati kriteria ini. "Saya tak nafikan, memang 'trend' sekarang stesen-stesen radio mengambil pendekatan yang sama tapi inilah yang dikatakan persaingan sihat," katanya. Selain program Breakfast@Suria, antara program baru yang diperkenalkan adalah Menu Ceria Suria (10 pagi - 1 tengah hari) yang dihoskan DJ Myra dan Zizi, Santai Pejabat Di Suria (1 tengah hari - 4 petang/ DJ Bob), Ceria Petang Di Suria (4 petang - 8 malam/ Linda Onn), Citra Muzik Di Suria 7 perkara mengenai Nabil 7 perkara mengenai Kenchana Picit jerawat Kehilangan ibu tercinta pada 1998. Rendang ayam, sambal udang, asam pedas. Semua destinasi percutian di Malaysia. Dolce Gabbana. Jadi pakar motivasi, guru atau konsultan Menulis skrip, menari tarian klasikal India, menyanyi lagu-lagu Tamil |
Posted: 09 Jan 2012 07:57 AM PST LIMA tahun lamanya Mohd Noor Kadir, 58, menyepi daripada industri hiburan sehingga ada menyangka dia merajuk. Drama dan filem terakhir terbitan syarikatnya, Kuasatek Pictures Sdn Bhd adalah Marabukka, Mr Cinderella dan Mr Cinderella 2. Bagaimanapun tahun ini, Mohd Noor mahu kembali. Dia ingin aktif semula dalam industri dengan menghasilkan buah tangan terbarunya berjudul Persona Grata yang akan memulakan penggambarannya hari ini di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ia arahan Zek Zukry.
Ketika dihubungi minta penjelasan mengenai kemunculan semulanya itu, Mohd Noor berkata, dia menghilangkan diri buat seketika bukanlah kerana merajuk atau berasa hati dengan mana-mana penggiat seni tanah air. "Saya tak pernah merajuk, rindu lagi adalah. Kalau merajuk saya tak datang balik dalam industri. Kalau merajuk pun, tak ada orang yang nak pujuk saya. Cerita sebenarnya, ketika saya ghairah jadi penerbit, syarikat kejuruteraan saya mula terabai dan menghadapi masalah. Nampaknya saya tak boleh buat dua perkara satu masa.
"Sekarang selepas syarikat kejuruteraan itu dapat dipulihkan semula, saya kembali berkarya kerana sudah ada banyak masa terluang. Namun begitu saya hanya terbabit dalam kerja di belakang tabir iaitu sebagai penulis skrip. "Saya terpaksa beri tumpuan kepada syarikat kejuruteraan kerana anak-anak tidak berminat untuk menguruskannya, sebaliknya mereka lebih berminat dalam kerja produksi. Jadi, saya lantik anak sulung saya, Alif (26 tahun) sebagai produser baru Kuasatek Pictures dengan dibantu adiknya, Sheila dan Amir. "Alif juga berminat untuk menjadi pengarah dan saya mahu dia menjadikan Syamsul Yusof sebagai sumber inspirasi. Dua lagi anak saya, Nabila bekerja dengan syarikat kejuruteraan saya, manakala yang bongsu, Shamira, masih bersekolah tingkatan dua. "Selain terpaksa memulihkan syarikat kejuruteraan, saya memang perlu berehat seketika kerana apabila menulis saya hilang fokus, tulisan sudah mula melalut.
Pun begitu, dalam keghairahan produser drama dan filem lain menerbitkan cerita hantu, Mohd Noor pula tidak berminat dengan cerita seram. "Saya tidak berminat untuk menerbitkan filem hantu kerana saya tak pernah berjumpa dengan makhluk itu, jadi jiwa saya tidak 'dekat' dengannya. Saya lebih suka mengutarakan masalah sosial dan keluarga serta menyentuh perihal cinta. "Bukan hanya cinta sesama manusia, tetapi juga cinta kepada alam. Saya baru siapkan skrip drama cinta kepada alam berjudul Fanatik," katanya. Berbalik kepada Persona Grata, katanya, ia dilakonkan Hairie Othman, Haliza Misbun, Mahadi Amin, Izreen Azminda, Kapten Mohd dan penampilan istimewa rakan baiknya, Raja Azmi Raja Sulaiman. "Saya dan Raja Azmi sangat rapat dan dia sanggup berlakon dalam drama ini kerana saya. Raja Azmi akan membawakan watak sebagai Doktor Hawa dan muncul dalam 14 babak," katanya. Menurut Mohd Noor, dia buat telefilem itu tanpa tahu mahu dijual ke stesen TV mana. "Kalau TV3 masih ingat saya lagi, saya sedia berbincang dengan mereka. Andai kata mereka sudah lupakan saya, saya carilah stesen TV lain yang sudi. Saya membuat dulu drama ini kerana yakin dengan jalan cerita Persona Grata," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Rap To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |